Keluargaku,
Haiwan manusia.
kita telah dilahirkan oleh ibu kita.
Sesuatu yg sangat jelas bahawa kita dipersiapkan selama sembilan bulan sepuluh
hari lamanya didalam perut ibu kita. Terpenjaralah si-ibu menanggung bebanan
demi cinta kandungannya dlm waktu ditetapkan. Mengapakah seorang ibu
menyanggupi utk melalui derita itu? Dimanakah kaitan maksud firman, terinayalah
jasad bila roh terpenjara didalamnya.
Ibu akan reda memikuli beban jasmani penuh emosi
tersebut. Itulah pembuktian dan hasil cinta kasih sayang beliau terhadap si-suami.
Terlalu jelas ibulah menzahirkan kita.
Akhirnya, genap tempoh tibalah persaatan utk melahirkan.
Sang ibu akan bertarung lagi dgn segala kekuatan yang masih tinggal dan
mempertaruhkan nyawanya dlm menjayakannya.
Derita kesakitan yang lebih mencengkam diseluruh
anggotanya ketika menunggu persaatan, ketakutan
yang ngeri menari dlm hatinya. Bertambah kesakitan apabila tiba pesaatan awal kelahiran
seperti pecah air ketuban pasti menyentap semangatnya.
Sewaktu gesaan memerahnya bertalu2 sehinggalah kepala
bayi muncul ke dunia, kesakitannya bersangatan. Terkoyaklah kemaluannya cedera,
tumpahan darah dan ini akan membuatkan lemas dan hampir kepada kematian. Lalu dia
pasrah pada Tuhan. Garisannya antara hidup dan mati. Itulah Ikhlas telah mencapai
redha.
Maka menzahirlah kasih dan sayang ke dunia berwajah makhluk.
Maka lahir bersama suatu kekuatan iaitu kasih ibu. Terpancar kepuasan dan cahaya
kasih pada zuriat tersebut walau sakitnya belom usai. Bertautlah dua perasaan itu
antara ibu dan anaknya.
Menelusuri setiap detik kesengsaraan ibu dan cara beliau
menghadapi persaatan itu adalah sesuatu keajaiban. Nalurinya mengajarkan dia
menstabilkan emosi dan dirinya. Cinta dan ketaatan membuat dia sangat kuat dan
melayakkan syurga ditapak kakinya.
Utk melahirkan anak yang berikutnya agak mudah rentetan
pengalaman tersendiri sudah melekat dibenak dan tubuhnya. Terbentuk prosidur2
kemudiannya menjadi adat dan panduan. Dari mana pula datangnya naluri tadi yg
belom pernah dijelmakan?
Soalannya, apakah kita sungguh2 dapat menerima sepenuh
hati yang kita dilahirkan dan ibulah menzahirkan kita? Apakah kita dizahirkan
oleh suatu pengorbanan yang tulus dan ikhlas? Disitulah kesaksian sifatullah
berlaku. Apakah berdosa mengetahui sifat Aullah tersebut atau khurafat ianya?
Terpandang wajah bayi maka terlupalah segala kesakitan
walau kemaluan nya dihiris. Kejayaan itu pula sangat membahagiakan seluruh yg
berada disekeliling walau pun sebenarnya proses itu terlalu lumrah. Tetapi jauh
dibenak hatinya biasanya ada berkata, serik dan taubat aku, dah tak mahu lagi.
Dimana pula datangnya perkataan bersalin? Perbuatannya
adalah melahirkan zuriat atau menambahkan umat, dan apa kaitannya dengan bersalin?
Pasti ada rahsia yg masih tersembunyi.
Proses merawat dan membesarkan bayi tersebut juga amat
membebankan dan menuntut banyak pengorbanan. Bekalan kekuatan jasmani dan
rohani berterusan dalam menjayakan tugas berat ini. Tubuh, emosi, tenaga,
rehat, hobi serta pekerjaan juga perlu dikorbankan. Bayi hanya merengek walau
hanya terkencing, apatah lagi kalau byk keperluannya yang lain.
Dilayani
sentiasa…….insan kamil. Lebih berat menyediakan seterusnya insan rabbani.