Kedaulatan Negara wajib dipertahankan. Bidalan lama berkata:
Biar putih tulang , jangan putih mata.
Terbukti kegagahan pasukan tentera kita dgn peralatan canggih apabila beroperasi di Lahad Datu, Sabah. Berkacamata hitam, bertopeng hitam, melangkah gagah mara penuh bersemangat, siap siaga dlm barisan2 menjejaki musuh Negara.
Jet2 pejuang melayang diudara menyerang posisi musuh membantu 10,000 tentera yang menghambat musuh dibawah. Kapal2 perang angkatan laut membelah laut dgn derasnya mencegat bantuan musuh di lautan Sulu yang bergelora.
Barisan meriam berkereta dan kereta kebal berderetan membungkam keberanian musuh buas merentas perkampungan. Pasukan Semboyan cekap memantau komunikasi.
Beberapa bulan kemudian diistiharkan ketewasan 200 org pengganas dilokasi perang.
Persoalan binggung tapi dalam kegembiraan kita;
- Bilangan dan kelengkapan kita mgkinkah keterlaluan dibanding pengganas yg tugas hariannya nelayan pantai.
- Kerosakkan yang dialami oleh penduduk tempatan sangat dahsyat, kediaman serta ladang musnah. Apakah taktikal itu paling berkesan utk situasi tersebut?
- Apakah fakta tentera USA menyertai pengganas2 pada awal babak? Apakah jawapan balas Washington?
- Peruntukan manakah yang akan menanggung kerugian penduduk tempatan serta perubatan trauma mereka?
- Mengapa wartawan asing tidak dibenarkan membuat liputan? Mgkin kita sangat prihatin keselamatan mereka?
- Berapakah bebanan kos penyelenggraan tentera kita dioperasi tersebut?
Kita pun menanti laporan didepan tv sambil membayangkan peperangan Black Hawk Down di Somalia. Penantian mmg membosankan ditambah kualiti lapuran kemudiannya sangat tidak berkesinabungan spti yg diharapkan.
Lama sudah bakat kewartawanan tanah air diremehkan. Dicela, diperlekehkan oleh rakyat namun tiada pemulihan berlaku. Memualkan juga melihat karya mereka saban hari, karenahnya bermusim. Kekadang seperti artis, terkadang seperti politikus. Bencikah mereka pada identity mulia mereka wartawan yang asal hebat?
Media kerajaan bermaksud ianya dibiayai oleh wang kerajaan. Harus diberi kesadaran bahawa gaji mereka dibayar oleh rakyat. Rakyat adalah pelabur dan dikhianati bila kerugian. Maruah dan etika sangat penting selain amanah. Gelinciran kebenaran serta tanpa konsisten juga sgt mengkhianati rakyat.
Mereka juga harus memberikan berkesempatan pada diri mereka utk dimuliakan lalu bersaing dgn kecekapan kewartawanan dinegara jiran2.
Terdapat juga rancangan2 ilmiah bersama para cendiakawan2 Negara. Tetamu undangan juga jelas kabur pengetahuan juga tandus karyarasa bila didengarkan, namun kilatan kepala botak mereka sangat menyilaukan.
Pilihlah panel yg dikenali akhlaknya serta berjenama global lalu mampu membuktikan fakta selain berandaian atas pembacaan dan syok sendiri. Kita harus peka rakyat kita telah ramai berpelajaran tinggi dan ramai pula berjaya diluar Negara. Bukankah kebodohan begitu spti sengaja merugikan media kerajaan tanpa sokongan rakyat!
Mereka seharusnya memiliki alatan media seperti tv, computer utk memerhatikan serta meninjau slot2 di Negara jiran seperti rancangan “lawyers club” dari Jakarta.
Disini kita akan berkongsi dan memperbincangan isu yang boleh dianggap berat tapi lucu secara terpelajar mengenai Peristiwa Lahad Datu’ dan akibatnya.
Dokumen2 ini telah saya dapati dari teman2 dan katanya boleh diperolehi di Washington, London, Delhi, Beijing, Jakarta dan juga Ibu Pejabat United Nation. Sejarah sangat penting ditelusi agar kita tidak dikatakan kacang lupakan kulit. Agar tidak berulang kejadian Lahad Datu’ kedua kalinya.
Dengan kebijakan yang masih berbaki kita lindungi generasi muda dari dikhianati oleh cendiakawan dan sejarahwan yang dimewahkan tetapi sangat mengelirukan.
Walaupun kita tidak seberani dan segagah pasukan tentera kita, namun melindungi kebenaran utk generasi hadapan adalah tanggung jawab setiap individu.
Difailkan didalam;
- Malaya and British Borneo, Sandakan Referendum Treaty 100 yrs - A Century North Borneo – Jose Protacio Mercado Rizal Alonso Realonda- 22 Jun 1876.
- Muhammad Salleh Borneo Sandakan Treaty – 1863- 1865.
- Muhammad Yusuf Rizal Rakmat Shah – The League and Lipa of Borneo – Jan 22 1878 till completed May 23, 1892.
Banyak persoalan yang perlu kita halusi :
- Kononnya kotak perak keramat itu menyimpan segala dokumen2 penting mengenai penyewaan Sabah.
- Kenapa tiada langsung pengetahuan terutama cendiakawan dari Sabah juga? Kenapa kita memperlekehkan pahlawan ulung kita Mat Salleh Sabah?
- Mengapa ianya diiringi oleh panji2 Baginda Raja Singa?
- Setiap perjanjian membawa perlambangan kekal dan antara 2 pihak. Siapakah mereka? Dimanakah mereka?
- Perlukah difahami siapakah yg menandatangani perjanjian ini? Siapakah bulan, bintang serta alif, ba, ta, nun dan sebagainya?
- Sewa kita bayar maka terbukti tanah air kita milik org. Bagaimana rasionalnya menerangkan keadaan ini pd diri kita sendiri?
- Beranikah kita membongkar kekaburan ini agar generasi hadapan tidak ketawa lucu atas ketololan generasi kita?
- Semoga ini suatu kekeliruan, tetapi sekiranya benar apakah ini suatu pengkhianatan?
- Tuduhannya kita sebagai munafiq gergasi, berjanji tapi tanpa amanah. Bagaimanakah meringankan pengkhianatan atas amanah ini?
- Sebenarnya siapakah yang membinggungkan kita? Apakah pemulihan maruah adalah suatu kesalahan dalam perlembagaan kita?
…sambung……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan