KONSEP PERTUHANAN

Rabu, 2 April 2014

MELUNAKKAN SAKRATUL MAUT

LUMRAH KEMATIAN.

Keluargaku,

Lama juga kita tidak berseloka di serambi.
Janganlah kita terlalu sibuk mengejar sesuatu yg tak pasti sehingga terpedaya dibawa gelombang kehidupan. Tak pasti ertinya keliru dan terlalu hampir pada kejahilan. Jahil itu merugi.

Biarlah Cuma Zaman berubah.
Biarlah Cuma baju kita berubah bkn jasadnya.
Biarlah Cuma kekayaan kita bertambah bkn maksiatnya.

Setiap kali tubuh kita spti mengigil ke-ngerian bila terbayangkan kematian. Bayangkan bagaimana ngeri rasanya bila keluarga kita, isteri kita, anak2 kita, saudara mara kita mengelilingi tubuh kita bertangisan, namun spti pekak tidak mendengar teguran kita. Tubuh kita kaku ditengah rumah.

Barulah kita tersedar bahawa kita telah ditakluki oleh ajal. Mendayu2 ratapan mereka menangisi jasad kita. Jadi dimanakah kita semasa menyaksikan mereka?

Terdengar tarbiah dikaca media tentang kesakitan sakharatul maut dan berbagai siksaan selepasnya. Namun ketakutan tersebut kemudiannya cepat berlalu dgn hanya ditukar saluran tvnya. Kita yakin setiap hidup akan mati. Jadi kalau dihukum pun tidak seorang, legalah sikit hati.

Memahami kematian tersebut penting utk bersedia menghadapinya. Kita turut ketawa melihat kematian yg melucukan dalam berbagai keadaan. Tapi cepatlah berdoa, Tuhan ampuni aku, janganlah kau hina aku sewaktu ajal menemuiku.  

Alam ini Cuma persinggahan sebentar untuk kita diuji dan seterusnya kembali semula ke alam asal kita. Sehari dialam asal kita bersamaan setahun dibumi. Jadi kita Cuma meninggalkan alam asal kita selama lebih kurang 70 hari waktu disana. Dlm jarak waktu tersebut masihkah kita ingat kenderaan pulang ke tmpat asal kita atau tersasarlah kita. Janganlah kita menginaya diri kita sendiri.

Batin kita, iaitu komponen berupa cahaya mengerakkan dalaman kita dan sangat gagah. Dia tiada menghadapi kematian, kerana ditempa di alam asal, itulah yang harus kita kendalikan. Lalu dipakaikan hiasan jasad mencantikkannya dibumi, pakaian luar itulah harus dilindungi oleh diri yg dalam.

Apakah 70 hari itu sudah cukup utk kita lupa daratan. Sependek itukah ingatan kita? Atau berjayakah kita membawa pulang pakaian kita bersama dgn sempurna? Atau parah lagi kita luar dan dalam sangat pelupa.

Kitab mengatakan matahari menerangi alam sehingga ke dasar lautan dan sekian lama menerangi cahayanya kerana cinta kasihnya kpd makhluk. Walau makhluk itu sentiasa tanpa segan silu menyakitinya namun dia tetap membakar dirinya menerangi alam sejagat. Utk kesekian lamanya barulah  dia murka walau makhluk sgt melampau khianatnya. Itulah kerana mungkir perjanjian maka murkalah dia.

Bila kematian merampas kehidupan manusia maka bergelapanlah kita didlm kubur, dimanakah akan kita cari sinar jika matahari juga telah kita khianati? Dapatkah batin kita diwaktu itu, mendatangkan cahaya? Lemaskah kita yg terikat dan terhimpit kegelapan?

Nyawa adalah antara diri batin kita yg belom pernah kita hargai. Nyawa termasuk dalam bab nafkah atau pinjaman drpd Tuhan. Andainya tuhan menswastakan nyawa maka kita harus membeli top-upnya seperti top-up maxis kita. Sekiranya terlupa habislah nyawa maka berrhenti nafas kita kerana kreditnya belom ditop-up kan, sengsaralah kita dgn setiap kali menghadapi sakratul maut saban waktu.

Kitab mengajarkan bahawa ajal itu satu pada kita dan satu lg pada pemiliknya. Mintakan para ustaz utk menerangkan rahsia ayat, agar bahagia kita pulang.  

Sepertinya hidup kita ada tumbalannya. Siapakah yg sgt berkuasa sehingga mampu menguasai sekelian alam sebegitu rupa? Apakah sebenarnya kaitan kita dgn pemilik tadi?

Terpenting apakah kita masih ingat motif kita singgah ke bumi lalu menjalankan perjanjian kita? Motif yg kabur berselindung pasti dibelakang konspirasi. Dibaham musibah adalah mati yang nista. Dihadirkan dihadapan Tuhan alasan tak berguna lagi.

Bersambung…….. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan