KONSEP PERTUHANAN

Rabu, 2 April 2014

MAKHLUK SOMBONG YANG YAKIN

Keluargaku.

Kita bersyukur dapat menyaksikan Perjanjian Usul purba Tuhan dijalankan dihadapan mata kita selain dari hanya menyakini dari pembacaan kita. Walau hanya segelintir menyakininya. Betapa hebatnya kemarahan alam memusnahkan manusia. Ianya baru permulaan.

Kita adalah antara segelintir yang mahu kembali menyakini selain kita terdapat juga makhluk lain yang jauh lebih gagah berkongsi alam yang sama kita hidupi. Tetapi kenapakah mereka sangat marah?

Berapa ramaikah dan siapakah mereka yg membiah Adam sewaktu dilantik Khalifah? Apakah keperluannya kita tahu dan kenal dgn rakyat dan jiran kita itu? Apakah Raja sempurna tidak perlu beramanah pada rakyatnya?

Golongan kita suka mengkagumi diri kita sendiri. Dikatakan ilmu kita tersangat tinggi dan moden. Apatah lagi kita sangat dipuji sebagai sebuah Negara islam termakmur. Kita mengakui kitalah Khalifah Alam. Yang sangat melucukan siapakah alam itu tidak kita ketahui.

Sombong tu adalah rasmi syaitan dan keturunannya.

Di-Nusantara, kebelakangan ini ditimbuni ramai ustaz2, sheikh2 dan kiyai2. Tak kurang para habibnya. Mereka2 ini sangat berpengaruh didalam struktur masyarakat kita. Sehingga dipuja terasa spti dewa. Namun usaha mereka menyampaikan tarbiyah amat kita puji.

Masyarakat kita juga kebelakangan ini cenderung memburu ilmu agama. Malah mereka juga sangat prihatin dan sanggup menunaikan apa sahaja impian para guru2 tadi. Bersyukur juga kita melihat para2 guru ramai sudah memandu kereta mewah. Katanya itulah kurniaan utk mereka yg lama berjuang dijalan Rasul.

Banyak ceramah2 dan kitab2 ugama membanjiri pasaran nusantara. Kebanyakannya isinya cuba menyakinkan kita bahawa Dajal Al Masih yang sangat ditakuti telah hadir. Disarankan semua muslim harus menyiapkan diri menentangnya. 

Simbol2nya Dajjal adalah tiga segi, diperkuat dgn lambang mata satu. Lambang satu mata dgn bermata satu adalah dua perkara berbeza. Dajjal Cuma sebahagian dari musibah perjanjian.

Segala simbol bintang2 atau pun lambang yg diluar pengetahuan kita adalah kafir sekali. Banyaklah telah kita khurafatkan. Segala berbentuk patung kita berhalakan. Berlainan sahaja dari kita di-Yahudikan. Sebabnya kita telah memiliki buku dan kitab para kiyai kita dan habis pula membacanya. Apakah sama ilmu kita dgn ilmu Rasul kita?

Golongan kita ramai dan apa sahaja selain kita adalah Pasukan Kafir. 

Jelas mmg sudah kita pasti Pasukan Dajjal menggunakan lambang tua tiga segi atau piramid. Terutama Negara Amerika pemuja Setan, melambangkan awal matawangnya iaitu USD1.00 dollar dgn piramid bermata dipuncaknya.

Kalau membaca tulisan2 para ulamak besar nusantara maka seluruh selain bertulisan jawi adalah lambang kafir. Namun Negara kita berlambangkan harimau menjaga 5 batang keris. Apakah rahsianya segala itu? Apakah jahil itu sgt beriman?

Pernahkah kita mengetahui apakah perlambangan para diri Muhammad Saw? Apakah pula perlambangan Mohor Kerajaan Mohammad Madinah?



Disini mari kita teliti mengapakah rasul kita Muhammad Saw menyertai mereka dan terkeliru? Atau guru2 kita tak mengerti mcm kita? Apakah mereka juga buta? Apakah guru2 kita juga sedang meneka2 Rasulnya? Apakah sebenarnya kita mangsa konspirasi mereka?

Pernahkah kita perhatikan mohor perlambangan Mekah dan Saudi Arabia?


Apakah pernah ulama dan bangsa Qura-ish juga bangsa Mesir meninjau perlambangan negaranya?

Yakinkah kita pada al quraan serta alkitab? Yakinkah kita pada isi ajarannya? Yakinkah kita pada setiap petunjuk ayat dan hurufnya? Tanpa keyakinan bagaimana beriman. Tanpa ilmu bagaimana terbina yakin.

Kita melaungkan iman kita kelas satu. Ianul yakin, haqqul yakin tarafnya. Ianul yakin itu brmaksud sudah kita saksikan dgn mata lalu Yakin. Haqqul yakin itu adalah hakikat dan mudah lagi telah kita saksikan haq yang mengikat. Apanya yg mengikat dan terikat? Maha Pengasih Tuhan, ayuh kita taubat. 

Percayakah pada ayatnya yang mengatakan Muhammad itu penghulu segala Nabi? Percayakah kita Muhammad itu penutup segala Nabi dan ugama? Percayakah kita Muhammad menyempurnakan semua agama? Muhammad Saw adalah penyambung dan penyempurnakan segala kitab kata Quraan. secara tidak lansung dinafikan oleh ulamak sunnah wal jamaah. 

Sudahkah kita pelajari agenda Muhammad dan seluruh para rasul dan nabinya? Apakah quraan dan Muhammad berbohong pada kita bahawa Adam bapa manusia yg dijadikan disyurga? Siapakah yang mewakili manusia dlm mengambil perjanjian dihadapan Aullah lalu dikurniakan bintang Khalifah Alam?

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu.
Suruh makan dia makan,
Suruh menggaji dia (me)layu.

Berapakah perjanjian yang diambil oleh Adam dan apakah perjanjian itu terbatal kerana Adam kita anggap dah mampus? Maka mampuslah juga gelaran manusia tersebut, jadi kita ini bukanlah bangsa Adam?

Pernahkah kita terbaca dlm Alquraan mengatakan semua Rasul dan nabi adalah benar, dan seluruh kitab semawi adalah benar? Apakah agama yang ditarbiahkan oleh Adam As sehingga Ibrahim As?

Wahai para2 guru kami, marilah benar2 mengenali dan mencintai Muhammad dan Tuhannya seikhlasnya? Pernahkah kalian melihat wajah beliau dan mencium walau Cuma baunya? Bawalah kami juga kami pada junjungan kami. Janganlah kami kamu bawa kepada kemurkaan Muhammad dan Tuhannya. Kami takut musibah Tuhan.

Janganlah kami menjadi sombong lalu memfitnah kpd perkara yg belom kami ketahui? Sesungguhnya benar firman, hanya Dia yang dpt membantu kita walau hanya utk menghindar dari kejahatan Iblis. Tuhan, lindungi kami, 
selamatkanlah kami, tutuplah aib kami umat Muhammad Saw.

Bersambung…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan