KONSEP PERTUHANAN

Jumaat, 10 Mei 2013

PERBENDAHARAAN KITA


Keluargaku, perbendaharaan bidalan dan bedalan adalah jauh berbeda.

Bidalan tua;

1. Hidung tak mancung, pipi tersorong sorong.

Jerkahan itu bermaksud seseorang sangat berusaha memenangi hati pihak lain selalunya wanita tetapi tiadalah bersambut. Jelasnya orang tak mahu tapi tetap kita terhegeh2 mencuba.Bertepuklah sebelah tangan.

Pedomannya bermaksud agar kita berhenti dari meneruskan usaha kita sebelom dimusibahkan. Usaha juga perlu ada batasannya. Namun sekarang bidalan begitu dicicirkan kerana dianggap melemahkan dan mudah putus asa.

Diusahakan juga sampai dapat walau secara jahat. Begitulah budaya baru diamalkan dalam mengejar cita2 lebih lagi dalam politik. Gadis yang dicitakan dimangsakan, asal dapat. Cinta menjadi dendam. Inilah bedalan.

a. Hijrah moden byk merubah masyarakat kita. Banyak khazanah diri yg tertinggal, berciciran dan terbuang.

b. Masyarakat kita meningkat berubah wajah umpama cicak kamelion menyesuaikan diri pada linkongan.

c. Pimpinan masyarakat kita lebih hebat lagi, menteranya tak pernah makbol. Janji kelentong semakin bertaburan.

Terserlah bahawa rakyat telah menegaskan pilihan mereka dan menyenangi budaya baru. Antaranya budaya disuap. Seorang ibu menyuapkan anak besar atau suaminya kekadang janggal tampaknya disisi masyarakat kecuali o.k.u. Bukti kasih sayang amalan kita.

Zaman ini keuntungan adalah cara hidup. Nasihat lagendanya berbunyi tujuan menghalalkan cara. Seiras Hendon Abu Supian pulak.

Waktu ini masyarakat bagai dirasuk berlumba2 mengejar kekayaan dan pangkat. Alasannya berjihad mendukung impian Negara. Namun tampak kereta mewah meriah dijalanraya. Bukti terserlah kemakmuran. Pekida tambah sibuk memungut kereta bank.

Barang keperluan seharian mahal dan tiada percuma. Apa juga harus dibayar walau sepotong nasihat.  Begitulah betapa wang itu adalah segala2nya.

Demi membuktikan kejayaan ekonomi, banyaklah kontrak kerajaan diistiharkan. Berkejaranlah mufti disertai ustaz2nya dinikmati, muncunglah ahli perniagaan. Tanda diuji.

Dalam kesetiaan pada lagenda itu maka dipamirkan didikan beliau dalam mengait kemenangan. Pohon doyan jiran tinggi buahnya sukar dikait maka roboh ditebang. Maka berjamaah kita menikmati. Termanggu jiran tadi pohon warisannya tewas . Kesetiaan dimanupulasikan.

Hakikat kekalahan mmg pahit, bila tiada pihak sanggup menerima kekalahan dan kehilangan, terus mengusahakan kemenangan walau refree telah menamatkan permainan. Tarikah lagenda amalan tanpa batasan.

a. Seperti hebat penerapan jati diri agar gagah dan perkasa masyarakat kita. Insan sempurna atau insan kamil mukamil.

b. Bangunlah sudah masyarakat yg tanpa putus asa serta bersikap wajib menang dalam segala aspek.

c. Kita akan dihiburkan bila semua mereka akan mahu jadi pemimpin tidak lama lagi. Ramailah pemimpin berbakat kita.

Bergelora golongan muda diwariskan falsafah tersebut. Tampak mereka sangat berani, berkumpulan aneka kegelapan, kerap bermuafakat disimpang jalan, ibubapa melarang juga ada yg mati.

Begitulah perjuangan masyarakat kita dalam menyambung hidup dari hari ke hari. Kelihatannya itulah kesengsaraan tanpa kelapangan, tapi pada umum itulah kemodenan.  Mahzab Demokrasi bebas bersuara walau tafsiran tergelincir. Tercicirlah budaya kita.

Setakat hidung yang tak mancung bukan alasan lagi, diplastikkan terus tajam terpacak melampaui mancung. Tersorong sorong mengendeng mmg amalan baru. Leluhur dikuburan juga mengundi dek takut helah terbaru generasi baru.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan