KONSEP PERTUHANAN

Rabu, 6 November 2013

WARGANYA EMAS!

Kita disogokkan sehingga dewasa, bahawa begitu mudah ugama yg dibawa oleh Muhammad itu Cuma bersendikan rukun islam yg lima sahaja. Bila sudah kita melengkapi rukun ke 5 iaitu naik haji maka sempurnalah Islam kita. Sekadar mati mata terkatup, sempurna.

Status tamat usia efisen atau pencen adalah keadaan situasi sangat kurang disenangi dan menakutkan kita. Situasi itu membuat kita akan sering tertinggal bersendirian dan kurang diperlukan mudahnya tidak relevan lagi.

Mulai merasakan dunia kita itu sepi dan kosong.
Prasangka diri kurang dihargai oleh sekeliling termasuk di-rumah kita sendiri serta isinya. Tambah derita sebelomnya kita itu org berpangkat dan general besar politik. Itulah dipanggil dilemma warga emas.

Kita juga merasakan setiap gerak-geri kita diperhatikan oleh ahli keluarga kita dengan ekor mata setiap waktu seperti penjenayah. Bangkitlah persangkaan buruk kita seakan dimusuhi juga oleh keluarga, terutama isteri sendiri. Bebelannya dan kerenahnya saban hari sangat meluatkan. Malah terasa seperti status sbg ketua keluarga juga telah dilucutkan.

Lebih tertekan perasaan lagi bila kita sering tertinggal dalam perbincangan keluarga. Bertambah tekanan seperti tidak lagi diumpamakan. Hati dan perasaan pula semakin tajam dan mudah terasa. Maklomlah sudah tidak punya pendapatan lumayan gerutu hati kita.

Manusia sangat perlu dihormati tapi tidak menghormati. Gitulah nasib surat khabar lama atau bateri lama. Mujur akal masih mampu bekerja lalu memujuk hati dgn berbagai alasan. Terasa bidalan tua tercucuk ke lubang hidung sendiri ; rumah kata pergi, kubur kata mari.

Tekanan sebeginilah telah bermukim penyakit ditubuh juga bermula dari rumah sendiri. Tekanan darah mulai nail, jantung dan hati semakin rapuh. Maka bermulalah kita berjinak dengan pakar dan rumah sakit. Suburlah sektor rumah sakit atau hospital pakar terutama utk package pensioner.

Begitu juga kecanggihan rumah orang tua istimewa juga membiak dgn pesat. Malah telah dimuliakan statusnya kepada industry hospitality dan se-akan perlancungan. Sektor sokongan lain juga turut menular seperti ar-rahnu serta amanah raya. Turut maju adalah sektor peguam bila anak2 berebut harta didalam mahkamah.

Industri pemalsuan halal juga turut terbabit menghirup laba, seperti pembuatan kaki palsu serta apa saja perlukan kepalsuan. Maka terhakislah segala simpanan, dibank mahu pun di-hati dan perasaan. Ada juga hilang pedoman lalu membenci hidup maka manamatkannya jesteru muflis dunia dan akhirat.

Sektor nirvana makin berkembang dan kegemilangan seni ditapak perkuburan sangat menguntungkan kebelakangan ini sehingga tersenarai di bursa saham. Jelas itulah sumbangan terakhir para warga emas tersebut namun hanyalah emas juga dapat dibursakan tanpa warganya.

Dalam kita memulakan pelayaran kehidupan baru, gaya hidup juga berubah. Termasuk perubahan hobi dan selera juga, sehingga ramai juga terbabas menambah isteri baru. Selalunya isteri lama kaget dgn perubahan baru kita lalu jatuh mati. Malahan kerana gagal memahami berlaku sedikit kekeliruan lalu berpisah. Didlm proses ini perlu berhati2 kerana byk agenda tersembunyi akan terbongkar dan risikonya kita mati tercekik tulang atau termakan racun tikus.

Menyendiri lazimnya ditakrifkan oleh pakar2 industri hospitaliti sebagai kemurungan dan sangat merbahaya serta perlu menerima rawatan pakar. Kelewatan menerima rawatan dan khidmat nasihat menyebabkan ketenatan, matilah juga. 

Arus pembangunan tetap menghakis nikmat kesihatan, usia dan harta. Sebenarnya tanpa persediaan melalui usia adalah punca sebenar kemurungan. Dibebankan membayar kos rawatan yang tiada pulihnya, menambah kemurungan. 

Kemuliaan industry hospitality ini adalah apabila kelihatan canggih peralatannya dan bangunannya, bertali leher pakarnya, bertambah besar bayarannya namun pesakit2nya bertambah murung tiada pulihnya. Poket yang dulunya berlubang kecil lama tak diganti terus rabak, bolos tangan.

Keluargaku yang keemasan,

Marilah kita membongkok merumput menerangkan denai menuju ke pangkal. Walau bertongkat kita, itulah bukti pahlawan yang gagah bangun dari jatuh terhempas oleh seribu kekecewaan. 

Jangan kalian benarkan kekecewaan dan putus asa meragut jiwa dan raga kalian. Kita telah melakukan apa yang diperlukan dulu dan tetap melakukan apa yang perlu dilakukan sekarang dan seterusnya seperti kesukaan Tuhan.

Usia keemasan seharusnya terang bercahaya dan indah kilauannya. Ilmu dan pengalaman pasti menerangi perjalanan. Amalan baik-mu tetap memimpin kalian sehingga ke-akhir. 

Kehidupan di-alam ini adalah benar-benar sementara. Kita akan pergi ke alam lain meneruskan kehidupan melalui pintu kematian. Hanya perjalanan kita disini sudah hampir ke penamatnya.

Tanggalkan sisa-sisa kerakusan, cita dan cinta lalu, tinggalkan mereka jadi kenangan. Lupuskanlah kalau mampu. Kita tuju destinasi Hakiki walau bersendirian. Bekalkanlah redha Aullah.

Maafkanlah perlayanan isterimu. Maafkanlah kealpaan anak2mu. Maafkanlah seluruh keluargamu. Maafkan jiran-jiran serta masyarakatmu. Maafkan mereka kerana kamu tidak dihargai dan terpinggir. Maafkan harta kamu yang meluncur pergi seperti hari berlalu. Maafkan usia dan tenaga kita yang tak setia. Maafkan kerakusan kuasa dan pengaruh yg telah menjauh benci.

Maafkanlah dunia ini. Maafkan segalanya yang dahulu, telah berlaku dan biar berlalu. Tumpukan memohon kemaafan dari Tuhan Maha Pengampun lagi Pemilik Alam. Barulah mudah kita meminta maaf kepada seluruhnya makhluk yang lain atas keserakahan kita yang lalu.

Berlarilah menghindar jangan dunia mengheret kalian pada kesedihannya. Biarlah kita mendahului meninggalkan dunia sebelom kita ditinggalkannya, akibatnya maka dipusakai kita dgn kemurungannya. 

Kerana dunia mahu jiwa kalian kekal bersamanya
Bebaslah dari rangkulan tipu daya dunia, merdekakan diri kita dari dibelenggukan kemurungan itu dileher kita. Inilah kekayaan ilmu usul hospitality yang tidak dijual-beli.

Sememangnya ilmu usul ini belom menonjolkan nilai per-ekonomiannya di-tahap ini namun agendanya  sembuh dan pulih pasti. Mujarabnya tiada dapat dinilaikan dgn kehodohan wang ringgit. Tetapi keluargaku, jika sudah berbuah pohonnya menjadi punca ekonomi alam.

Keluargaku,

Muhammad itu rahsia Tuhan. Muhammad itu adalah rahmat sekelian alam. Kita bertamu pada dunia dgn membawa buah tangan, rahmatnya Dia. 

Wajarlah dunia menggilai malah mencintai kita, terpedayalah kita jika kita membalas kegilaan cinta itu. Kerana terpedaya lalu bermukimlah kita didunia maka bungkam perjalanan. Gagal amanah Tuhan. Akhirnya dikhianati dunia lalu terpinggir baru rasa tertipu. Penyesalan dibelakang hari tidak didepannya.

Namun pasti berlainan nasibnya kitab lama lagi asli.  Waktu yang kosong dan kesepian itu sangat disyukuri. Itulah takrif anugerah mewah kelapangan. Sepertinya berada di alam baru yg sangat tenang dan bebas mutlak. 

Tiada lagi terburu2 bersiap utk menghadapi kesesakan lalu-lintas, rutin harian yg sgt menggila. Tiada lagi terdengar arahan majikan serta keji maki tugas.

Kita telah dianugerah waktu sendiri utk dikuasai. Mula menikmati cahaya fajar dan merenung embon dan rerumputan dihening subuh. Lebih enak dapat melontarkan fikiran sejauhnya mengiringi pancaran fajar. Terasa sekali kopinya pun enak sekali walau Cuma di kedai mamak.

Baru kita menyedari betapa indah terdampar dihamparan fikiran. Baru kita menyedari kekuatan dan kepintaran kita belom mampu menguasai perubahan tubuh kita sendiri, siapa pula yang menguasai perbuatannya? Baru kita menyedari, perjalanan kehidupan kita didunia ini diamanahkan membawa kenikmatan dan rahmat. Leka pula kita asyik menikmati. 

Jelas hidup kita itu terus mengalir tanpa dapat dibatasi walau pun oleh kita sendiri. 
Selewat usia sebegini baru kita memengertikan banyak hal termasuk sudut-sudut fikiran kita sendiri.  

Rupanya setelah kesibukan mengejar pangkat, harta, penghargaan telah luncur dan berlalu barulah akal berfungsi dan karam dihamparan fikiran bersama kita. 

Sujudlah bersyukur walau kelewatan, asal tiba juga dipersimpangan ini. Malah Berjaya pula kita pinggirkan kemurungan yang ruotin. Itulah hidup yang menghidupi keredhaan Tuhan.

Terserlah kelewatan kita, ilmu yang disogokkan awal dulu tiada pintunya. Sekadar tahu bukan beriman. Sekadar berbuat menjadi beban. 

Kehidupan tanpa menikmati rahsia Muhammad bukanlah indah atau islam. Bersujud kita masih dihamparkan peluang walau dihujung usia, berlinang air mata ingin kembali menikmati kesejahteraan ini dari awal usia.

Umat Muhammad dinikmati usia sekadar 63 tahun sahaja puratanya. Berlautan nikmat dan rahmat perlu dirasakan. Setelah rasa baru dapat disyukuri. Setelah dibaca dan tahu, dah beramal namun belom dirasakan tapi temberang keliling negeri! dapatkah kita menerangkan pertuhanan yang menusuk ke hati? Tidak kesampaian realitinya bagaimana dapat disyukuri?

Sekarang usia berbaki terlalu sedikit, kemaruk enak cahaya kesadaran. Mengapa perlu digilai dunia sedangkan dunia tetaplah merindui kita apatah lagi apabila ditinggalkan. Tergedik-gedik dunia meleser-leser. Perjanjian Tuhan alam sujud dan akur. Memenangi dunia bersama Tuhan iaitu amalan kebenaran redha, pasti manis dan lazat.

Keluargaku,

Mungkin esok tiada kehadiran diantara kita. Inilah seloka akhir utk tahun ini insyaullah bersambung jika ada umur. Berhati-hatilah kemarahan alam kebelakangan ini. Marilah kita buktikan ke-emasan warga kita terutama jiwa dan raga dan tidaklah dusta bersepahan melata.


Salam sayang semua…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan