Agenda dan Lagenda Tuhan.
Keluargaku,
Mari kita renungkan:
Manusia dihadirkan ke dunia
adalah mengikut garis perancangan Tuhan. Dalam menyempurnakan perancangan
tersebut dibekali perjanjian ke atas hak2nya. Anugerah Perjanjian itu dikurniakan
kpd Adam. Berke-sinabung-an hak2 tadi dipusakai turun temurun pada manusia demi
memakmurkan dunia. Pembuktian rahmat sekalian alam, jangan sehingga hilang
sendi kekuatannya.
Maka diturunkan para nabi
dan rasul dengan motif sederhana iaitu menyampaikan
pesanan dan ingatan agar manusia tetap mematuhi agenda. Serta diajarkan semula
anatomi Hak agar tepat menggunakannya dan dipermudah menjalankan agenda. Jika dilupakan
pusaka perjanjian dan agenda maka hancurlah jambatan ke-sinabung-an. Berjerubulah
dapur kita.
Lagenda adalah susuk
individu yang didewakan oleh sejarah kerana kejayaan perjuangannya menjuarai agenda.
Mereka adalah nama2 besar kenabian seperti Nabi Adam, bapa manusia, Nabi Daud
As, terkenal sebagai Raja David the Golliath, dan anaknya Nabi Sulaiman juga
sultan yang terbesar jajahannya dialam ini. Sehinggalah Nabi Muhammad Saw dan
disambung oleh keturunan kenabian tadi sehingga kiamat.
Itulah perjanjian yang
dimohonkan kepada Tuhan oleh Adam, Ibrahim sehingga Muhammad demi memuliakan
keturunannya.
Pokok agendanya tegak jelas
kpd penzahiran rahmatullah, kemurnian kebaktian manusia. Merajai kehidupan didunia secara adil dan
dikasihi oleh sekelian alam. Dalam usaha tetap tegak lurus, perlu berpaut pada
perjanjian Hak Tuhan dan Hak manusia. Zahirlah huruf HA.
Hanya terdapat dua jenis
lagenda iaitu lagenda tuhan dan lagenda Iblis yang berbeda juga agendanya.
Kedua2nya saling berlawanan digaris tugasan masing2. Satu membawa kpd keberuntungan
dan satu lagi membawa kpd kerugian. Syurga dan neraka.
Ayuh kita jejaki dimanakah terkambus
tamaddun manusia trsbt. Kita pelajari bagaimana leluhur kita dahulu memenangi
agenda tersebut. Jika mati dimana kuburnya, pasti masih ada tertinggal cebisan kebenaran
sejarah awal. Ataukah tamaddun pergi mengekori waktu berlalu kerana murka pada kita.
Pujukilah.
Suatu waktu dulu pohon
mojopahit subur tumbuh melata dan digemari buahnya yang hampir seperti buah sukun.
Ingatkah lagi bila waktunya ianya menjadi pahit. Begitu juga pohonnya baobab
serta kurma. Apakah pohon kurma juga akan merajuk begitu? Manusia sepatutnya
umpama pohon rendang yang subur serta manis buahnya dan banyak dahannya. Banyak
pula manafaatnya. Itulah dipanggil ilmu usul pohon tersilah.
Sudahkah kita saksikan pohon
pisang sudah berbuah dua kali, katanya kejayaan teknologi? Malah pisang juga
telah tidak menjadi buahnya, bertambah mahallah harganya sekarang. Apakah petanda
rugi juga suatu kemajuan? Mungkin dlm waktu terdekat padi pula meragam tidak
berbuah? Sukarkah alam membanjirkan sawah2 kita dengan air masin? Sesungguhnya
kita memperkecilkan kebolehan alam yang taat dan menuntut perjanjiannya.
Kembali pada persoalan
senjata atau rahmat yang dibawa Nabi Adam ke dunia. Seluruh nabi berkesinabungan
memperjuangkannya. Maka terbinalah tamaddun
bangsa bermaruah. Perlukah kita menyingkir dan memungkiri perjuangan mereka? Apakah
kita sudah bersedia diperangi alam dan Tuhan?
Mari kita bongkarkan suatu
kebenaran walau agak berat utk diterima oleh bangsa kita di nusantara ini.
Betapa kebenaran itu sepahit buah mojopahit, karma Aullah muktamad seperti
dijanjikan.
Di tanah perjanjian yg
indah dan tersohor tamaddunnya, kemerdekaan rohani dan jasmani tertunai. Dulunya
di tanah itu bertakhta beberapa org raja yang sangat mashyur dan kuat tapi
telah dikhianati oleh anak2 dan keluarganya sendiri.
Kesemua kerajaan tersebut
sangat makmur serta kaya kerana mewarisi kerajaan kenabian. Atas nama ugama baru
maka direbuti dan dihancurkan budaya kesempurnaan itu. Mengelakkan peperangan
dan kemusnahan jiwa, dan Negara lalu minggirlah raja pilihan tuhan dalam
kedukaan. Bertakhtalah raja baru, darah yg sama tapi berbeda ugama. Perbedaan
antara kura2 dan penyu adalah terlalu nipis namun tetap ada.
Perjanjian amanah Nabi Adam
dalam Al-Qura-an, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Kesedihan
raja yang dipinggirkan menyebabkan tanah kita disumpah oleh alam maka sengsara selama
500 tahun.
Urutan ikhtibarnya,
puteranya si-WS telah dirajakan di Tumapel (Ceribon sekarang) jajahan ayahnya. Puterinya
si-LS dikahwini oleh Raja Mesir si-S golongan Pharaoh (perahu). Dikurniakan
beberapa org putera dan diantaranya yang terbilang bernama Sunan Hidayatullah, setelah
dewasa pulang ke tanah air ibunya utk menyertai gerakkan pamannya WS demi
menumbangkan nendanya Rama Seliwangi.
Negara pun dirampas. Berkat
bantuan wali Sembilan. Bersultanlah sebentar sebelom dijajah pula oleh kuasa
barat lebih 300 tahun. Leburlah tamaddun dan harta colong dek penjajah.
Kononnya perjuangan yg buta, hasilnya pasti sifar.
Maka hiduplah dengan
kemurkaan alam lalu mengenap 500 tahun maka terurailah sumpahan. Adakah iktibar
diinsafi atau masihlah kita khianati Adam dan para Nabi sekali lagi agar mudah
kiamat.
Bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan