KONSEP PERTUHANAN

Rabu, 6 November 2013

PERJANJIAN PEN EMAS BERUKIR INDAH - SUMPAH YANG DIAMBIL DARI DARAH UTK JIWA GOLONGANNYA



7 BATANG PEN EMAS BERUKIR INDAH BERDARAH MATANYA. INGATKAH KAMU YANG SANGAT BERANI MENGAMBIL SUMPAHAN PERJANJIAN. APAKAH SEMUA SUMPAHAN PERJANJIAN YANG KITA INGKARI ATAU KAFIRI MUDAH SAHAJA DIANGGAP PURBA DAN LAPUK? APAKAH JIBRAIL PASTI GAGAL MENJALANKAN AMANAHNYA PULA?





























7 PANJI-PANJI EMAS PERJANJIAN DIMETERAI SEWAKTU DULU. 




7 PASUKAN MENERIMA PANJI EMAS

PASUKAN BURUNG CRANE

PASUKAN 9 NAGA- D-KHURSY

PASUKAN IKAN DARAT DAN LAUTAN- D.KHURSY

Add caption

PASUKAN SINGA- D. KHURSY

PASUKAN BUNGA LOTUS- D. KHURSY

PASUKAN SI MERAK -  D. KHURSY

PASUKAN CENDERAWASIH- BONDA KAYANGAN- D.KHURSY



Mengkhianati perjanjian yang sama-sama diijabkan adalah kafir disisi Tuhan. Maka bermulalah seluruh Alm juga mengkhianati atau memungkiri perjanjian mereka. Siapakah seharusnya dipersalahkan bila mereka yang ber7 kafir terhadap perjanjian kita dan ALM juga berbuat yang sama? Ingatkah perjanjian ini wahai ketua golongan? Bersediakah kita menghadapi tentera2 Tuhan? Tunggu!  

WARGANYA EMAS!

Kita disogokkan sehingga dewasa, bahawa begitu mudah ugama yg dibawa oleh Muhammad itu Cuma bersendikan rukun islam yg lima sahaja. Bila sudah kita melengkapi rukun ke 5 iaitu naik haji maka sempurnalah Islam kita. Sekadar mati mata terkatup, sempurna.

Status tamat usia efisen atau pencen adalah keadaan situasi sangat kurang disenangi dan menakutkan kita. Situasi itu membuat kita akan sering tertinggal bersendirian dan kurang diperlukan mudahnya tidak relevan lagi.

Mulai merasakan dunia kita itu sepi dan kosong.
Prasangka diri kurang dihargai oleh sekeliling termasuk di-rumah kita sendiri serta isinya. Tambah derita sebelomnya kita itu org berpangkat dan general besar politik. Itulah dipanggil dilemma warga emas.

Kita juga merasakan setiap gerak-geri kita diperhatikan oleh ahli keluarga kita dengan ekor mata setiap waktu seperti penjenayah. Bangkitlah persangkaan buruk kita seakan dimusuhi juga oleh keluarga, terutama isteri sendiri. Bebelannya dan kerenahnya saban hari sangat meluatkan. Malah terasa seperti status sbg ketua keluarga juga telah dilucutkan.

Lebih tertekan perasaan lagi bila kita sering tertinggal dalam perbincangan keluarga. Bertambah tekanan seperti tidak lagi diumpamakan. Hati dan perasaan pula semakin tajam dan mudah terasa. Maklomlah sudah tidak punya pendapatan lumayan gerutu hati kita.

Manusia sangat perlu dihormati tapi tidak menghormati. Gitulah nasib surat khabar lama atau bateri lama. Mujur akal masih mampu bekerja lalu memujuk hati dgn berbagai alasan. Terasa bidalan tua tercucuk ke lubang hidung sendiri ; rumah kata pergi, kubur kata mari.

Tekanan sebeginilah telah bermukim penyakit ditubuh juga bermula dari rumah sendiri. Tekanan darah mulai nail, jantung dan hati semakin rapuh. Maka bermulalah kita berjinak dengan pakar dan rumah sakit. Suburlah sektor rumah sakit atau hospital pakar terutama utk package pensioner.

Begitu juga kecanggihan rumah orang tua istimewa juga membiak dgn pesat. Malah telah dimuliakan statusnya kepada industry hospitality dan se-akan perlancungan. Sektor sokongan lain juga turut menular seperti ar-rahnu serta amanah raya. Turut maju adalah sektor peguam bila anak2 berebut harta didalam mahkamah.

Industri pemalsuan halal juga turut terbabit menghirup laba, seperti pembuatan kaki palsu serta apa saja perlukan kepalsuan. Maka terhakislah segala simpanan, dibank mahu pun di-hati dan perasaan. Ada juga hilang pedoman lalu membenci hidup maka manamatkannya jesteru muflis dunia dan akhirat.

Sektor nirvana makin berkembang dan kegemilangan seni ditapak perkuburan sangat menguntungkan kebelakangan ini sehingga tersenarai di bursa saham. Jelas itulah sumbangan terakhir para warga emas tersebut namun hanyalah emas juga dapat dibursakan tanpa warganya.

Dalam kita memulakan pelayaran kehidupan baru, gaya hidup juga berubah. Termasuk perubahan hobi dan selera juga, sehingga ramai juga terbabas menambah isteri baru. Selalunya isteri lama kaget dgn perubahan baru kita lalu jatuh mati. Malahan kerana gagal memahami berlaku sedikit kekeliruan lalu berpisah. Didlm proses ini perlu berhati2 kerana byk agenda tersembunyi akan terbongkar dan risikonya kita mati tercekik tulang atau termakan racun tikus.

Menyendiri lazimnya ditakrifkan oleh pakar2 industri hospitaliti sebagai kemurungan dan sangat merbahaya serta perlu menerima rawatan pakar. Kelewatan menerima rawatan dan khidmat nasihat menyebabkan ketenatan, matilah juga. 

Arus pembangunan tetap menghakis nikmat kesihatan, usia dan harta. Sebenarnya tanpa persediaan melalui usia adalah punca sebenar kemurungan. Dibebankan membayar kos rawatan yang tiada pulihnya, menambah kemurungan. 

Kemuliaan industry hospitality ini adalah apabila kelihatan canggih peralatannya dan bangunannya, bertali leher pakarnya, bertambah besar bayarannya namun pesakit2nya bertambah murung tiada pulihnya. Poket yang dulunya berlubang kecil lama tak diganti terus rabak, bolos tangan.

Keluargaku yang keemasan,

Marilah kita membongkok merumput menerangkan denai menuju ke pangkal. Walau bertongkat kita, itulah bukti pahlawan yang gagah bangun dari jatuh terhempas oleh seribu kekecewaan. 

Jangan kalian benarkan kekecewaan dan putus asa meragut jiwa dan raga kalian. Kita telah melakukan apa yang diperlukan dulu dan tetap melakukan apa yang perlu dilakukan sekarang dan seterusnya seperti kesukaan Tuhan.

Usia keemasan seharusnya terang bercahaya dan indah kilauannya. Ilmu dan pengalaman pasti menerangi perjalanan. Amalan baik-mu tetap memimpin kalian sehingga ke-akhir. 

Kehidupan di-alam ini adalah benar-benar sementara. Kita akan pergi ke alam lain meneruskan kehidupan melalui pintu kematian. Hanya perjalanan kita disini sudah hampir ke penamatnya.

Tanggalkan sisa-sisa kerakusan, cita dan cinta lalu, tinggalkan mereka jadi kenangan. Lupuskanlah kalau mampu. Kita tuju destinasi Hakiki walau bersendirian. Bekalkanlah redha Aullah.

Maafkanlah perlayanan isterimu. Maafkanlah kealpaan anak2mu. Maafkanlah seluruh keluargamu. Maafkan jiran-jiran serta masyarakatmu. Maafkan mereka kerana kamu tidak dihargai dan terpinggir. Maafkan harta kamu yang meluncur pergi seperti hari berlalu. Maafkan usia dan tenaga kita yang tak setia. Maafkan kerakusan kuasa dan pengaruh yg telah menjauh benci.

Maafkanlah dunia ini. Maafkan segalanya yang dahulu, telah berlaku dan biar berlalu. Tumpukan memohon kemaafan dari Tuhan Maha Pengampun lagi Pemilik Alam. Barulah mudah kita meminta maaf kepada seluruhnya makhluk yang lain atas keserakahan kita yang lalu.

Berlarilah menghindar jangan dunia mengheret kalian pada kesedihannya. Biarlah kita mendahului meninggalkan dunia sebelom kita ditinggalkannya, akibatnya maka dipusakai kita dgn kemurungannya. 

Kerana dunia mahu jiwa kalian kekal bersamanya
Bebaslah dari rangkulan tipu daya dunia, merdekakan diri kita dari dibelenggukan kemurungan itu dileher kita. Inilah kekayaan ilmu usul hospitality yang tidak dijual-beli.

Sememangnya ilmu usul ini belom menonjolkan nilai per-ekonomiannya di-tahap ini namun agendanya  sembuh dan pulih pasti. Mujarabnya tiada dapat dinilaikan dgn kehodohan wang ringgit. Tetapi keluargaku, jika sudah berbuah pohonnya menjadi punca ekonomi alam.

Keluargaku,

Muhammad itu rahsia Tuhan. Muhammad itu adalah rahmat sekelian alam. Kita bertamu pada dunia dgn membawa buah tangan, rahmatnya Dia. 

Wajarlah dunia menggilai malah mencintai kita, terpedayalah kita jika kita membalas kegilaan cinta itu. Kerana terpedaya lalu bermukimlah kita didunia maka bungkam perjalanan. Gagal amanah Tuhan. Akhirnya dikhianati dunia lalu terpinggir baru rasa tertipu. Penyesalan dibelakang hari tidak didepannya.

Namun pasti berlainan nasibnya kitab lama lagi asli.  Waktu yang kosong dan kesepian itu sangat disyukuri. Itulah takrif anugerah mewah kelapangan. Sepertinya berada di alam baru yg sangat tenang dan bebas mutlak. 

Tiada lagi terburu2 bersiap utk menghadapi kesesakan lalu-lintas, rutin harian yg sgt menggila. Tiada lagi terdengar arahan majikan serta keji maki tugas.

Kita telah dianugerah waktu sendiri utk dikuasai. Mula menikmati cahaya fajar dan merenung embon dan rerumputan dihening subuh. Lebih enak dapat melontarkan fikiran sejauhnya mengiringi pancaran fajar. Terasa sekali kopinya pun enak sekali walau Cuma di kedai mamak.

Baru kita menyedari betapa indah terdampar dihamparan fikiran. Baru kita menyedari kekuatan dan kepintaran kita belom mampu menguasai perubahan tubuh kita sendiri, siapa pula yang menguasai perbuatannya? Baru kita menyedari, perjalanan kehidupan kita didunia ini diamanahkan membawa kenikmatan dan rahmat. Leka pula kita asyik menikmati. 

Jelas hidup kita itu terus mengalir tanpa dapat dibatasi walau pun oleh kita sendiri. 
Selewat usia sebegini baru kita memengertikan banyak hal termasuk sudut-sudut fikiran kita sendiri.  

Rupanya setelah kesibukan mengejar pangkat, harta, penghargaan telah luncur dan berlalu barulah akal berfungsi dan karam dihamparan fikiran bersama kita. 

Sujudlah bersyukur walau kelewatan, asal tiba juga dipersimpangan ini. Malah Berjaya pula kita pinggirkan kemurungan yang ruotin. Itulah hidup yang menghidupi keredhaan Tuhan.

Terserlah kelewatan kita, ilmu yang disogokkan awal dulu tiada pintunya. Sekadar tahu bukan beriman. Sekadar berbuat menjadi beban. 

Kehidupan tanpa menikmati rahsia Muhammad bukanlah indah atau islam. Bersujud kita masih dihamparkan peluang walau dihujung usia, berlinang air mata ingin kembali menikmati kesejahteraan ini dari awal usia.

Umat Muhammad dinikmati usia sekadar 63 tahun sahaja puratanya. Berlautan nikmat dan rahmat perlu dirasakan. Setelah rasa baru dapat disyukuri. Setelah dibaca dan tahu, dah beramal namun belom dirasakan tapi temberang keliling negeri! dapatkah kita menerangkan pertuhanan yang menusuk ke hati? Tidak kesampaian realitinya bagaimana dapat disyukuri?

Sekarang usia berbaki terlalu sedikit, kemaruk enak cahaya kesadaran. Mengapa perlu digilai dunia sedangkan dunia tetaplah merindui kita apatah lagi apabila ditinggalkan. Tergedik-gedik dunia meleser-leser. Perjanjian Tuhan alam sujud dan akur. Memenangi dunia bersama Tuhan iaitu amalan kebenaran redha, pasti manis dan lazat.

Keluargaku,

Mungkin esok tiada kehadiran diantara kita. Inilah seloka akhir utk tahun ini insyaullah bersambung jika ada umur. Berhati-hatilah kemarahan alam kebelakangan ini. Marilah kita buktikan ke-emasan warga kita terutama jiwa dan raga dan tidaklah dusta bersepahan melata.


Salam sayang semua…



PERLAMBANGAN ADAM AWAL.











Keluarga Tersayang,

Setelah puas cuma bersembang marilah kita bermain bukti. Setiap mujahadah pasti ada musyahadahnya. begitu juga iman juga pasti berbekas. makanya pangkat disisi Tuhan pasti ada tandanya. jika tidak terbukti maka sembanglah namanya.

Nama dan tanda diturunkan didlm berbagai wajah dan rupa dan keseluruhannya dinukilkan daripada emas padu. Ianya juga merupakan stampel bagi setiap rasul pembawanya yang diperakui oleh langit.

Stampel asli ini belom pernah dipamirkan kecuali pada cuma ahli keluarga sahaja dan petugas petugas kononnya. Hayati ilmu stampel Adam ini agar kamu dapat kembali kpd perjanjian kamu yang mana suatu waktu akan dipertanyakan.

Diwaktu lain akan kita ceritakan usul tanda adam dan apakah mukjizatnya.




AL KITAB 11

Wahai keluarga yang kusayangi,

Pernahkah kalian benar-benar berusaha mentelaah Al-Quraan? Sudahkah kalian menemui cahaya petunjuk Al-Quraan yg menunggumu? Seronokkah bila merasakan mukjizat sebagaimana dijanjikan oleh alquran? Atau masihkah bersangka-sangka, terpura-pura fana melagukan hafalan tanpa pengertian.

Janganlah sampai menghindar cahaya AlQuraan dari kita kerana kebenciannya bila kita masih engkar dan kepura-puraan mengimaninya. Bolehkah kita beriman dan yakin tanpa faham terutama agendanya?

Kenapakah ia dinamakan Al-Qura-an? Kenapa kitab semulia itu dianugerahkan kpd bangsa sehodoh akhlak Bangsa Qura-ish? Kenapa pula hanya 30 bab atau juzuknya? Bagaimana dan dari mana pula Tuhan menamakan setiap juzuknya? Seperti Surah Sapi Betina dan menempati 3 juzuk awalnya?

Apakah rahsia surah tersebut sehingga dinamakan begitu? Berapa ekorkah sapi yg diceritakan dan dimana ladangnya? Tanpa cahayanya sewajarnya tidak dapat dijawap lalu kalian taburkan seribu fitnah dan alasan utk menyelamatkan kepuraan diri.

Dunia dan penghidupan ini Cuma suatu permainan. Permainan mudah utk kanak2 adalah menyusun puzzle atau petak2 bergambar. Walau terkurang satu petak maka tiadalah sempurna. Cacatlah wajah.

Terkurang satu rencah maka gagal masakan kita. Takut membazir dan rugi dihidang juga, yang arif tersenyum, yang dipertengahan mencari, terkeliru mengerut dahinya. Murid baru mencari kelainan, melahabnya penuh taksub. Sesat lagi menyesatkan.
   
Pernahkah kalian mengetahui terdapat kitab samawi lain seperti Zabur, Toarah dan Injil yang diceritakan dlm Al-Quraan? Al-Quraan tanpa silu memperakui kebenarannya. Apakah kepentingannya sehingga perlu disahkan kebenarannya oleh AlQuraan kitab2 tersebut? Berapakah pula rahsia manusia berada dalam kitab2 tersebut? Mengapakah terlalu berani kalian menafikan kebenarannya serta menyingkirkannya dari ugamamu? Mengapakah Tuhan dan agendanya kalian nafikan kepentingannya?

Dewasa ini kehidupan tertumpu hanya di perut bagi kebanyakan lapisan masyarakat. Sering kedengaran keluhan; Kalau perut lapar tiada kekuatan lantas hilang upaya berfikir. Mudah dijangkiti penyakit. Menderita pula menunggu kematian. Kebulur pun mati juga.  Jadi biarlah engkar dan durhaka asal makan. Itulah kebenaran juzuk perut. Maka dikaitkan panduan menghalalkan walau babi bagi menghindar kebulur. Lalu dipanuti bidalan asalkan perut kenyang, selesai masaalah.

Bila perut kenyang hati pun gembira. Memasuki tidur terasa selesa. Malah tidur pun lena. Terasa dijauhi kematian, selesa. Jelas persis bersikap haiwan bertaat pada perutnya. Itu namanya keturunan Abu Lahab, hidup melahab mengabdi kpd perutnya semata.

Perut Kenyang dijadikan senjata mustajab demi memperdayakan ulamak dan umarak oleh golongan Iblis. Ulamak dan umarak bersangatan takutnya kpd kurang makan apalagi kelaparan. Akibatnya masyarakat banyak terjerumus ke dalam pertuhanan perut. Sehingga terlalu lena dan lemak takut utk mempertahankan kebenaran walau kebatilan mencucuk hidung.
 
Berlakulah tilikan purba; akan datang suatu waktu manusia itu bila perut kenyang kebenaran hakiki tidak lagi dihargai. 

Templakkan firman mengatakan, janganlah kamu bertaat seperti anjing. Kerana anjing sangat bertaat kpd tuannya yang mencampakkan makanan utk perutnya walau pun dr sumber rezeki haram termasuk cebisan daging saudaranya. Berdoalah agar tuhan membantu menghindar dr terjerumus kedlm perangkap Iblis. Berusahalah agar perut kenyang akal pun bercahaya.

Iblis sangat kenal akan Tuhannya dan berjuang tanpa putus asa membuktikan kebenaran dakwaannya, bahawa anugerah kemuliaan Khalifah bumi dan alam kepada manusia adalah suatu kezaliman. Setiap pendekatan Iblis bertambah canggih dari masa ke semasa sehingga ulama dan umarak jadi tebusannya.

Seterusnya mencipta setan bertopengkan wajah malaikat. Memperdaya demi menggenggam kuasa. Menguasai akal disekelilingnya sehingga akur pada dia. Sehingga tersingkir warisan serta pesanan seluruh Anbia’ dan kitab dari masyarakat kita. Namun mereka tetap digelarkan kekasih Tuhan???? Dizaman Rasulullah ia gelar Abu Jahal Ketua Pegawai Keselamatan kepada Abu Suffian.

Sekian kalinya Rasul kita cuba dibunuh beberapa kalinya. Beliau juga diracun utk sekian kalinya oleh Hendon, room-mate Abu Sufian. Kemudiannya dibunuh ahli-keluarga2nya dan diburu biar pupus oleh golongan sahabat ini.  Kemudiannya sehingga hari ini ramai pula dijelmakan para habib disetiap kota dlm dunia oleh mereka juga.

Berjayalah mereka menobatkan agenda keturunan mereka dan mulia dimata masyarakat tanpa ada rasa segan silu lagi pada Tuhan. Gagal juga akal kita membedakan baik dan buruk. Haiwan mmg faktanya tidak berakal. Itulah Hizib Abu Suppian, dendamnya kesumat dan sabar menjerat agar dapat jadi Khalifah dan Sultan.

Keujudan Nabi Aullah Adam adalah benar. Beliau adalah manusia pertama dan usul benih keturunan sejati manusia juga benar. Beliau ditempa disyurga dan berasal dari sana juga benar. Hanya beliau mengenal dan dilengkapi tanda dan nama juga benar. Beliaulah mengambil perjanjian agenda dan lagenda asal iaitu blue print alam juga benar. Beliau akan memenangi alam sehingga ke akhir seperti kemahuan Aullah juga benar.

Beliau jugalah digelar Adam Sufiaullah oleh Tuhannya. Bermaksud perjalanan beliau adalah meletakkan redha serta kemahuan Aulah semata2 dan titipan rahmat pada sekelian alam. Beliaulah sumber ilmu Sufi dan Salik juga benar. Jadi siapakah pewaris2 Nabi Aullah Adam tersebut? Apakah waris atau saka baka Nabi Adam mengerti akan apa yg dipikulkan kepada mereka? Pasti tahu kecuali bkn keturunan beliau.

Cuma ada dua sahaja golongan, iaitu golongan Adam dan golongan Azazil. Hidupkan akal, pertanyakan dgn tegas apakah akal mahu membawa kita ke golongan mana? Kalau akal menjanjikan ke syurga minta dibuktikan. Bahawasanya kita mempercayai diri kita keturunan Adam pasti berakal yg bercahaya, dimana dia dan perdengarkan suara jawapannya. Atau kita bukan………tapi masih boleh memilih.

Dalam menjalani kehidupan baru di bumi beliau sangat berhiba dihimpit kerinduannya terhadap Tuhannya. Mungkinkah sangat berbeda alam bumi serta tempat asalnya? Pasti. Alam asalnya sangat maju terutama limpahan kasih, sayang dan cinta dari Tuhannya.

Apakah Nabi Adam membawa turun ke bumi seluruh tanda dan nama yang ditakuti oleh segala makhluk bersamanya? Ada tanda yg dibawa turun dan sebahagiannya tanda dihantar kpdnya bersesuaian keperluan beliau.

Apakah yg dinamakan nama dan tanda tersebut dan berapakah jumlahnya? Itu rahsia alam, Manusia adalah rahsia Aullah. Apakah membuatkan semua makhluk itu sujud padanya? Makanya itu agenda Iblis memusnahkan rahsia Adam sehingga Muhammad serta keluarganya kerana mereka mengerti.

Kenapa beliau tidak diberikan al-kitab seperti rasul2 yg lain? Bukankah kita diajarkan martabat rasul itu tergantung kpd adanya alkitab bagi membuktikan kerasulannya?  Kerana beliau tiada dihinggapi masalah aqidah dan iman dan sangat mengenal Tuhannya. Malahan beliau sangat mengerti setiap perjanjian amanahnya kpd Tuhannya.

Nabi Aullah Adam dianugerahkan sbg khalifah di-alam dan bumi disuatu majlis di Arsy pemerintahan Tuhan. Siapakah dan berapa ramaikah makhluk yg hadir dimajlis tersebut? Kerana hanya beliau dapat menerangkan rahsia nama dan tanda serta tahu menggunakanya lalu  ariff kehendak perancangan dan perjalanan alam seperti kemahuan Aullah.

Azazil kemudiannya Iblis bekas perdana menteri disyurga juga sangat berkarisma, alim dan pintar, malaikat juga pintar namun itulah keutamaan Adam. Kerana beliau serta keturunannya sebelom nabi besar kita tidak bersyahadah maka mereka dikatakan kafir oleh ulamak2 dan umarak kini. Itulah aqidah dan iman ajaran Iblis. Memfitnah para anbia sangat berdosa. Balasannya sangat menakutkan.

Terminalogi2 dan jargon2 kronik terutama kafir, taqwa, islam, Aullah telah lama terpakai semenjak Zaman Adam lagi. Cuma pengertiannya diberi nafas baru lalu menyeleweng drpd kehendak Aullah. Tranformasi hala-tuju pasti membawa kepada destinasi berbeza lalu tidak selamat dan kerap dibencana.

Kesesatan berbeza dari tranformasi. Sesat kerana bahalol tak punya research dan GPS. Transformasi jelas merancang utk menukar tujuan asal. Sama artinya meninggalkan amanah, menghapuskan kebenaran adalah durhaka.

Kalian telah beriman bahawasanya hanya Dia Tuhan bagi seluruh alam. Bukankah Dia pemilik sekelian alam, yang menafkahi seluruh makhluknya saban waktu. Malah terlalu sedikit bersyukur kpdnya. Mahunya Dia seluruh makhluknya mengenalinya dan memanggil hanya namanya. Haiwan2 dihutan, burung2 di-pepohonan, berkicau dgn zikirnya, unggas merengek memujinya, harimau dan singa megah dgn mgaumannya asmaknya. Kenapa kalian khianati dia dgn membataskan manusia lain dari memanggil namanya seperti kemahuannya? Apakah itu kebenaran ajaran Nabi Agung kita? Kenapa Abu Jahal juga pujaan mu?

Alasan dgn kehilangan arah dan kurang faham panduan tidak dapat menyelamatkan kita dari nista dibencanakan. Namun wayangan kehidupan disetiap alam memerlukan si badut. Ketawa dan terhiburlah penduduk langit melihat kelucuan dibumi.

Yang pasti penduduk langit tidak akan kedinginan, kerana sumber bakaran bertambah banyak, percuma lagi rela. Neraka juga sumber kehangatan yang ikhlas.

Penuh takzim kita mengakui bahawa Nabi Adam itu bapa manusia jesteru bapa kita. Bilakah harijadinya dan berapakah umurnya sekarang? Dimanakah dia mendarat pertama kalinya dibumi ini? Dgn selamba dijawap tak penting dan tak mengenyangkan. Masyarakat kita pintar dan gagah berdusta.

Perlukah kita pada alamat terkini beliau? Bagaimanakah wajahnya? Perlukah kita pada wasiat perjanjian beliau menumpangi bumi ini? Kelihatannya kita lebih berminat harta warisan beliau! Bilakah akan kita perlukan jawapan persoalan tersebut? Katanya apabila bahu dan mata tidak lagi tertanggung derita dibencana Tuhan yg sudah bermula.

Kalau semua soalan tersebut tanpa jawapan pasti terasa sepertinya kita tiada pertalian dgn Adam. Tapi sangat bernafsu mencitakan alam yang dianugerahkan pada Adam. Walaupun genetik jauh berbeza! Jadi anak buangan siapa kalian? Kalau kalian tak tahu Tok pun tak tahu hahahahaha. Itulah sebab sering dah berisi perut baru kelam kabut.

Namun anak cucu tok akan diberitahu, ok.


Sambung ………