Wahai keluarga yang kusayangi,
Pernahkah kalian benar-benar berusaha mentelaah
Al-Quraan? Sudahkah kalian menemui cahaya petunjuk Al-Quraan yg menunggumu?
Seronokkah bila merasakan mukjizat sebagaimana dijanjikan oleh alquran? Atau
masihkah bersangka-sangka, terpura-pura fana melagukan hafalan tanpa pengertian.
Janganlah sampai menghindar cahaya AlQuraan
dari kita kerana kebenciannya bila kita masih engkar dan kepura-puraan mengimaninya.
Bolehkah kita beriman dan yakin tanpa faham terutama agendanya?
Kenapakah ia dinamakan Al-Qura-an? Kenapa kitab
semulia itu dianugerahkan kpd bangsa sehodoh akhlak Bangsa Qura-ish? Kenapa
pula hanya 30 bab atau juzuknya? Bagaimana dan dari mana pula Tuhan menamakan setiap
juzuknya? Seperti Surah Sapi Betina dan menempati 3 juzuk awalnya?
Apakah rahsia surah tersebut sehingga dinamakan
begitu? Berapa ekorkah sapi yg diceritakan dan dimana ladangnya? Tanpa cahayanya
sewajarnya tidak dapat dijawap lalu kalian taburkan seribu fitnah dan alasan
utk menyelamatkan kepuraan diri.
Dunia dan penghidupan ini Cuma suatu
permainan. Permainan mudah utk kanak2 adalah menyusun puzzle atau petak2
bergambar. Walau terkurang satu petak maka tiadalah sempurna. Cacatlah wajah.
Terkurang satu rencah maka gagal masakan kita.
Takut membazir dan rugi dihidang juga, yang arif tersenyum, yang dipertengahan
mencari, terkeliru mengerut dahinya. Murid baru mencari kelainan, melahabnya
penuh taksub. Sesat lagi menyesatkan.
Pernahkah kalian mengetahui terdapat kitab samawi
lain seperti Zabur, Toarah dan Injil yang diceritakan dlm Al-Quraan? Al-Quraan tanpa
silu memperakui kebenarannya. Apakah kepentingannya sehingga perlu disahkan kebenarannya
oleh AlQuraan kitab2 tersebut? Berapakah pula rahsia manusia berada dalam
kitab2 tersebut? Mengapakah terlalu berani kalian menafikan kebenarannya serta
menyingkirkannya dari ugamamu? Mengapakah Tuhan dan agendanya kalian nafikan
kepentingannya?
Dewasa ini kehidupan tertumpu hanya di perut
bagi kebanyakan lapisan masyarakat. Sering kedengaran keluhan; Kalau perut lapar
tiada kekuatan lantas hilang upaya berfikir. Mudah dijangkiti penyakit. Menderita
pula menunggu kematian. Kebulur pun mati juga. Jadi biarlah engkar dan durhaka asal makan. Itulah
kebenaran juzuk perut. Maka dikaitkan panduan menghalalkan walau babi bagi
menghindar kebulur. Lalu dipanuti bidalan asalkan perut kenyang, selesai
masaalah.
Bila perut kenyang hati pun gembira. Memasuki
tidur terasa selesa. Malah tidur pun lena. Terasa dijauhi kematian, selesa. Jelas
persis bersikap haiwan bertaat pada perutnya. Itu namanya keturunan Abu Lahab,
hidup melahab mengabdi kpd perutnya semata.
Perut Kenyang dijadikan senjata mustajab demi
memperdayakan ulamak dan umarak oleh golongan Iblis. Ulamak dan umarak
bersangatan takutnya kpd kurang makan apalagi kelaparan. Akibatnya masyarakat
banyak terjerumus ke dalam pertuhanan perut. Sehingga terlalu lena dan lemak
takut utk mempertahankan kebenaran walau kebatilan mencucuk hidung.
Berlakulah tilikan purba; akan datang suatu waktu
manusia itu bila perut kenyang kebenaran hakiki tidak lagi dihargai.
Templakkan
firman mengatakan, janganlah kamu bertaat seperti anjing. Kerana anjing sangat bertaat
kpd tuannya yang mencampakkan makanan utk perutnya walau pun dr sumber rezeki
haram termasuk cebisan daging saudaranya. Berdoalah agar tuhan membantu
menghindar dr terjerumus kedlm perangkap Iblis. Berusahalah agar perut kenyang
akal pun bercahaya.
Iblis sangat kenal akan Tuhannya dan berjuang
tanpa putus asa membuktikan kebenaran dakwaannya, bahawa anugerah kemuliaan Khalifah
bumi dan alam kepada manusia adalah suatu kezaliman. Setiap pendekatan Iblis
bertambah canggih dari masa ke semasa sehingga ulama dan umarak jadi tebusannya.
Seterusnya mencipta setan bertopengkan wajah
malaikat. Memperdaya demi menggenggam kuasa. Menguasai akal disekelilingnya
sehingga akur pada dia. Sehingga tersingkir warisan serta pesanan seluruh
Anbia’ dan kitab dari masyarakat kita. Namun mereka tetap digelarkan kekasih
Tuhan???? Dizaman Rasulullah ia gelar Abu Jahal Ketua Pegawai Keselamatan kepada
Abu Suffian.
Sekian kalinya Rasul kita cuba dibunuh
beberapa kalinya. Beliau juga diracun utk sekian kalinya oleh Hendon, room-mate
Abu Sufian. Kemudiannya dibunuh ahli-keluarga2nya dan diburu biar pupus oleh golongan
sahabat ini. Kemudiannya sehingga hari
ini ramai pula dijelmakan para habib disetiap kota dlm dunia oleh mereka juga.
Berjayalah mereka menobatkan agenda keturunan
mereka dan mulia dimata masyarakat tanpa ada rasa segan silu lagi pada Tuhan.
Gagal juga akal kita membedakan baik dan buruk. Haiwan mmg faktanya tidak
berakal. Itulah Hizib Abu Suppian, dendamnya kesumat dan sabar menjerat agar
dapat jadi Khalifah dan Sultan.
Keujudan Nabi Aullah Adam adalah benar. Beliau
adalah manusia pertama dan usul benih keturunan sejati manusia juga benar.
Beliau ditempa disyurga dan berasal dari sana juga benar. Hanya beliau mengenal
dan dilengkapi tanda dan nama juga benar. Beliaulah mengambil perjanjian agenda
dan lagenda asal iaitu blue print alam juga benar. Beliau akan memenangi alam sehingga
ke akhir seperti kemahuan Aullah juga benar.
Beliau jugalah digelar Adam Sufiaullah oleh
Tuhannya. Bermaksud perjalanan beliau adalah meletakkan redha serta kemahuan
Aulah semata2 dan titipan rahmat pada sekelian alam. Beliaulah sumber ilmu Sufi
dan Salik juga benar. Jadi siapakah pewaris2 Nabi Aullah Adam tersebut? Apakah
waris atau saka baka Nabi Adam mengerti akan apa yg dipikulkan kepada mereka?
Pasti tahu kecuali bkn keturunan beliau.
Cuma ada dua sahaja golongan, iaitu golongan
Adam dan golongan Azazil. Hidupkan akal, pertanyakan dgn tegas apakah akal mahu
membawa kita ke golongan mana? Kalau akal menjanjikan ke syurga minta
dibuktikan. Bahawasanya kita mempercayai diri kita keturunan Adam pasti berakal
yg bercahaya, dimana dia dan perdengarkan suara jawapannya. Atau kita bukan………tapi
masih boleh memilih.
Dalam menjalani kehidupan baru di bumi beliau
sangat berhiba dihimpit kerinduannya terhadap Tuhannya. Mungkinkah sangat berbeda
alam bumi serta tempat asalnya? Pasti. Alam asalnya sangat maju terutama limpahan
kasih, sayang dan cinta dari Tuhannya.
Apakah Nabi Adam membawa turun ke bumi seluruh
tanda dan nama yang ditakuti oleh segala makhluk bersamanya? Ada tanda yg dibawa
turun dan sebahagiannya tanda dihantar kpdnya bersesuaian keperluan beliau.
Apakah yg dinamakan nama dan tanda tersebut
dan berapakah jumlahnya? Itu rahsia alam, Manusia adalah rahsia Aullah. Apakah
membuatkan semua makhluk itu sujud padanya? Makanya itu agenda Iblis memusnahkan
rahsia Adam sehingga Muhammad serta keluarganya kerana mereka mengerti.
Kenapa beliau tidak diberikan al-kitab
seperti rasul2 yg lain? Bukankah kita diajarkan martabat rasul itu tergantung
kpd adanya alkitab bagi membuktikan kerasulannya? Kerana beliau tiada dihinggapi masalah aqidah
dan iman dan sangat mengenal Tuhannya. Malahan beliau sangat mengerti setiap
perjanjian amanahnya kpd Tuhannya.
Nabi Aullah Adam dianugerahkan sbg khalifah
di-alam dan bumi disuatu majlis di Arsy pemerintahan Tuhan. Siapakah dan berapa
ramaikah makhluk yg hadir dimajlis tersebut? Kerana hanya beliau dapat
menerangkan rahsia nama dan tanda serta tahu menggunakanya lalu ariff kehendak perancangan dan perjalanan
alam seperti kemahuan Aullah.
Azazil kemudiannya Iblis bekas perdana
menteri disyurga juga sangat berkarisma, alim dan pintar, malaikat juga pintar
namun itulah keutamaan Adam. Kerana beliau serta keturunannya sebelom nabi
besar kita tidak bersyahadah maka mereka dikatakan kafir oleh ulamak2 dan
umarak kini. Itulah aqidah dan iman ajaran Iblis. Memfitnah para anbia sangat
berdosa. Balasannya sangat menakutkan.
Terminalogi2 dan jargon2 kronik terutama kafir,
taqwa, islam, Aullah telah lama terpakai semenjak Zaman Adam lagi. Cuma
pengertiannya diberi nafas baru lalu menyeleweng drpd kehendak Aullah. Tranformasi
hala-tuju pasti membawa kepada destinasi berbeza lalu tidak selamat dan kerap
dibencana.
Kesesatan berbeza dari tranformasi. Sesat
kerana bahalol tak punya research dan GPS. Transformasi jelas merancang utk menukar
tujuan asal. Sama artinya meninggalkan amanah, menghapuskan kebenaran adalah
durhaka.
Kalian telah beriman bahawasanya hanya Dia
Tuhan bagi seluruh alam. Bukankah Dia pemilik sekelian alam, yang menafkahi
seluruh makhluknya saban waktu. Malah terlalu sedikit bersyukur kpdnya. Mahunya
Dia seluruh makhluknya mengenalinya dan memanggil hanya namanya. Haiwan2
dihutan, burung2 di-pepohonan, berkicau dgn zikirnya, unggas merengek
memujinya, harimau dan singa megah dgn mgaumannya asmaknya. Kenapa kalian
khianati dia dgn membataskan manusia lain dari memanggil namanya seperti kemahuannya? Apakah itu
kebenaran ajaran Nabi Agung kita? Kenapa Abu Jahal juga pujaan mu?
Alasan dgn kehilangan arah dan kurang faham panduan
tidak dapat menyelamatkan kita dari nista dibencanakan. Namun wayangan kehidupan
disetiap alam memerlukan si badut. Ketawa dan terhiburlah penduduk langit
melihat kelucuan dibumi.
Yang pasti penduduk langit tidak akan kedinginan,
kerana sumber bakaran bertambah banyak, percuma lagi rela. Neraka juga sumber
kehangatan yang ikhlas.
Penuh takzim kita mengakui bahawa Nabi Adam
itu bapa manusia jesteru bapa kita. Bilakah harijadinya dan berapakah umurnya
sekarang? Dimanakah dia mendarat pertama kalinya dibumi ini? Dgn selamba
dijawap tak penting dan tak mengenyangkan. Masyarakat kita pintar dan gagah berdusta.
Perlukah kita pada alamat terkini beliau? Bagaimanakah
wajahnya? Perlukah kita pada wasiat
perjanjian beliau menumpangi bumi ini? Kelihatannya kita lebih berminat harta
warisan beliau! Bilakah akan kita perlukan jawapan persoalan tersebut? Katanya
apabila bahu dan mata tidak lagi tertanggung derita dibencana Tuhan yg sudah
bermula.
Kalau semua soalan tersebut tanpa jawapan
pasti terasa sepertinya kita tiada pertalian dgn Adam. Tapi sangat bernafsu
mencitakan alam yang dianugerahkan pada Adam. Walaupun genetik jauh
berbeza! Jadi anak buangan siapa kalian? Kalau kalian tak tahu Tok pun tak tahu
hahahahaha. Itulah sebab sering dah berisi perut baru kelam kabut.
Namun anak cucu tok akan diberitahu, ok.
Sambung ………
Tiada ulasan:
Catat Ulasan