KONSEP PERTUHANAN

Rabu, 2 April 2014

IBU

Keluargaku,

Haiwan manusia. 

kita telah dilahirkan oleh ibu kita. Sesuatu yg sangat jelas bahawa kita dipersiapkan selama sembilan bulan sepuluh hari lamanya didalam perut ibu kita. Terpenjaralah si-ibu menanggung bebanan demi cinta kandungannya dlm waktu ditetapkan. Mengapakah seorang ibu menyanggupi utk melalui derita itu? Dimanakah kaitan maksud firman, terinayalah jasad bila roh terpenjara didalamnya.

Ibu akan reda memikuli beban jasmani penuh emosi tersebut. Itulah pembuktian dan hasil cinta kasih sayang beliau terhadap si-suami. Terlalu jelas ibulah menzahirkan kita.  

Akhirnya, genap tempoh tibalah persaatan utk melahirkan. Sang ibu akan bertarung lagi dgn segala kekuatan yang masih tinggal dan mempertaruhkan nyawanya dlm menjayakannya.

Derita kesakitan yang lebih mencengkam diseluruh anggotanya ketika menunggu persaatan,  ketakutan yang ngeri menari dlm hatinya. Bertambah kesakitan apabila tiba pesaatan awal kelahiran seperti pecah air ketuban pasti menyentap semangatnya.

Sewaktu gesaan memerahnya bertalu2 sehinggalah kepala bayi muncul ke dunia, kesakitannya bersangatan. Terkoyaklah kemaluannya cedera, tumpahan darah dan ini akan membuatkan lemas dan hampir kepada kematian. Lalu dia pasrah pada Tuhan. Garisannya antara hidup dan mati. Itulah Ikhlas telah mencapai redha.

Maka menzahirlah kasih dan sayang ke dunia berwajah makhluk. Maka lahir bersama suatu kekuatan iaitu kasih ibu. Terpancar kepuasan dan cahaya kasih pada zuriat tersebut walau sakitnya belom usai. Bertautlah dua perasaan itu antara ibu dan anaknya.

Menelusuri setiap detik kesengsaraan ibu dan cara beliau menghadapi persaatan itu adalah sesuatu keajaiban. Nalurinya mengajarkan dia menstabilkan emosi dan dirinya. Cinta dan ketaatan membuat dia sangat kuat dan melayakkan syurga ditapak kakinya.

Utk melahirkan anak yang berikutnya agak mudah rentetan pengalaman tersendiri sudah melekat dibenak dan tubuhnya. Terbentuk prosidur2 kemudiannya menjadi adat dan panduan. Dari mana pula datangnya naluri tadi yg belom pernah dijelmakan?  

Soalannya, apakah kita sungguh2 dapat menerima sepenuh hati yang kita dilahirkan dan ibulah menzahirkan kita? Apakah kita dizahirkan oleh suatu pengorbanan yang tulus dan ikhlas? Disitulah kesaksian sifatullah berlaku. Apakah berdosa mengetahui sifat Aullah tersebut atau khurafat ianya?

Terpandang wajah bayi maka terlupalah segala kesakitan walau kemaluan nya dihiris. Kejayaan itu pula sangat membahagiakan seluruh yg berada disekeliling walau pun sebenarnya proses itu terlalu lumrah. Tetapi jauh dibenak hatinya biasanya ada berkata, serik dan taubat aku, dah tak mahu lagi.

Dimana pula datangnya perkataan bersalin? Perbuatannya adalah melahirkan zuriat atau menambahkan umat, dan apa kaitannya dengan bersalin? Pasti ada rahsia yg masih tersembunyi.


Proses merawat dan membesarkan bayi tersebut juga amat membebankan dan menuntut banyak pengorbanan. Bekalan kekuatan jasmani dan rohani berterusan dalam menjayakan tugas berat ini. Tubuh, emosi, tenaga, rehat, hobi serta pekerjaan juga perlu dikorbankan. Bayi hanya merengek walau hanya terkencing, apatah lagi kalau byk keperluannya yang lain.

Dilayani sentiasa…….insan kamil. Lebih berat menyediakan seterusnya insan rabbani.

MELUNAKKAN SAKRATUL MAUT

LUMRAH KEMATIAN.

Keluargaku,

Lama juga kita tidak berseloka di serambi.
Janganlah kita terlalu sibuk mengejar sesuatu yg tak pasti sehingga terpedaya dibawa gelombang kehidupan. Tak pasti ertinya keliru dan terlalu hampir pada kejahilan. Jahil itu merugi.

Biarlah Cuma Zaman berubah.
Biarlah Cuma baju kita berubah bkn jasadnya.
Biarlah Cuma kekayaan kita bertambah bkn maksiatnya.

Setiap kali tubuh kita spti mengigil ke-ngerian bila terbayangkan kematian. Bayangkan bagaimana ngeri rasanya bila keluarga kita, isteri kita, anak2 kita, saudara mara kita mengelilingi tubuh kita bertangisan, namun spti pekak tidak mendengar teguran kita. Tubuh kita kaku ditengah rumah.

Barulah kita tersedar bahawa kita telah ditakluki oleh ajal. Mendayu2 ratapan mereka menangisi jasad kita. Jadi dimanakah kita semasa menyaksikan mereka?

Terdengar tarbiah dikaca media tentang kesakitan sakharatul maut dan berbagai siksaan selepasnya. Namun ketakutan tersebut kemudiannya cepat berlalu dgn hanya ditukar saluran tvnya. Kita yakin setiap hidup akan mati. Jadi kalau dihukum pun tidak seorang, legalah sikit hati.

Memahami kematian tersebut penting utk bersedia menghadapinya. Kita turut ketawa melihat kematian yg melucukan dalam berbagai keadaan. Tapi cepatlah berdoa, Tuhan ampuni aku, janganlah kau hina aku sewaktu ajal menemuiku.  

Alam ini Cuma persinggahan sebentar untuk kita diuji dan seterusnya kembali semula ke alam asal kita. Sehari dialam asal kita bersamaan setahun dibumi. Jadi kita Cuma meninggalkan alam asal kita selama lebih kurang 70 hari waktu disana. Dlm jarak waktu tersebut masihkah kita ingat kenderaan pulang ke tmpat asal kita atau tersasarlah kita. Janganlah kita menginaya diri kita sendiri.

Batin kita, iaitu komponen berupa cahaya mengerakkan dalaman kita dan sangat gagah. Dia tiada menghadapi kematian, kerana ditempa di alam asal, itulah yang harus kita kendalikan. Lalu dipakaikan hiasan jasad mencantikkannya dibumi, pakaian luar itulah harus dilindungi oleh diri yg dalam.

Apakah 70 hari itu sudah cukup utk kita lupa daratan. Sependek itukah ingatan kita? Atau berjayakah kita membawa pulang pakaian kita bersama dgn sempurna? Atau parah lagi kita luar dan dalam sangat pelupa.

Kitab mengatakan matahari menerangi alam sehingga ke dasar lautan dan sekian lama menerangi cahayanya kerana cinta kasihnya kpd makhluk. Walau makhluk itu sentiasa tanpa segan silu menyakitinya namun dia tetap membakar dirinya menerangi alam sejagat. Utk kesekian lamanya barulah  dia murka walau makhluk sgt melampau khianatnya. Itulah kerana mungkir perjanjian maka murkalah dia.

Bila kematian merampas kehidupan manusia maka bergelapanlah kita didlm kubur, dimanakah akan kita cari sinar jika matahari juga telah kita khianati? Dapatkah batin kita diwaktu itu, mendatangkan cahaya? Lemaskah kita yg terikat dan terhimpit kegelapan?

Nyawa adalah antara diri batin kita yg belom pernah kita hargai. Nyawa termasuk dalam bab nafkah atau pinjaman drpd Tuhan. Andainya tuhan menswastakan nyawa maka kita harus membeli top-upnya seperti top-up maxis kita. Sekiranya terlupa habislah nyawa maka berrhenti nafas kita kerana kreditnya belom ditop-up kan, sengsaralah kita dgn setiap kali menghadapi sakratul maut saban waktu.

Kitab mengajarkan bahawa ajal itu satu pada kita dan satu lg pada pemiliknya. Mintakan para ustaz utk menerangkan rahsia ayat, agar bahagia kita pulang.  

Sepertinya hidup kita ada tumbalannya. Siapakah yg sgt berkuasa sehingga mampu menguasai sekelian alam sebegitu rupa? Apakah sebenarnya kaitan kita dgn pemilik tadi?

Terpenting apakah kita masih ingat motif kita singgah ke bumi lalu menjalankan perjanjian kita? Motif yg kabur berselindung pasti dibelakang konspirasi. Dibaham musibah adalah mati yang nista. Dihadirkan dihadapan Tuhan alasan tak berguna lagi.

Bersambung…….. 

MAKHLUK SOMBONG YANG YAKIN

Keluargaku.

Kita bersyukur dapat menyaksikan Perjanjian Usul purba Tuhan dijalankan dihadapan mata kita selain dari hanya menyakini dari pembacaan kita. Walau hanya segelintir menyakininya. Betapa hebatnya kemarahan alam memusnahkan manusia. Ianya baru permulaan.

Kita adalah antara segelintir yang mahu kembali menyakini selain kita terdapat juga makhluk lain yang jauh lebih gagah berkongsi alam yang sama kita hidupi. Tetapi kenapakah mereka sangat marah?

Berapa ramaikah dan siapakah mereka yg membiah Adam sewaktu dilantik Khalifah? Apakah keperluannya kita tahu dan kenal dgn rakyat dan jiran kita itu? Apakah Raja sempurna tidak perlu beramanah pada rakyatnya?

Golongan kita suka mengkagumi diri kita sendiri. Dikatakan ilmu kita tersangat tinggi dan moden. Apatah lagi kita sangat dipuji sebagai sebuah Negara islam termakmur. Kita mengakui kitalah Khalifah Alam. Yang sangat melucukan siapakah alam itu tidak kita ketahui.

Sombong tu adalah rasmi syaitan dan keturunannya.

Di-Nusantara, kebelakangan ini ditimbuni ramai ustaz2, sheikh2 dan kiyai2. Tak kurang para habibnya. Mereka2 ini sangat berpengaruh didalam struktur masyarakat kita. Sehingga dipuja terasa spti dewa. Namun usaha mereka menyampaikan tarbiyah amat kita puji.

Masyarakat kita juga kebelakangan ini cenderung memburu ilmu agama. Malah mereka juga sangat prihatin dan sanggup menunaikan apa sahaja impian para guru2 tadi. Bersyukur juga kita melihat para2 guru ramai sudah memandu kereta mewah. Katanya itulah kurniaan utk mereka yg lama berjuang dijalan Rasul.

Banyak ceramah2 dan kitab2 ugama membanjiri pasaran nusantara. Kebanyakannya isinya cuba menyakinkan kita bahawa Dajal Al Masih yang sangat ditakuti telah hadir. Disarankan semua muslim harus menyiapkan diri menentangnya. 

Simbol2nya Dajjal adalah tiga segi, diperkuat dgn lambang mata satu. Lambang satu mata dgn bermata satu adalah dua perkara berbeza. Dajjal Cuma sebahagian dari musibah perjanjian.

Segala simbol bintang2 atau pun lambang yg diluar pengetahuan kita adalah kafir sekali. Banyaklah telah kita khurafatkan. Segala berbentuk patung kita berhalakan. Berlainan sahaja dari kita di-Yahudikan. Sebabnya kita telah memiliki buku dan kitab para kiyai kita dan habis pula membacanya. Apakah sama ilmu kita dgn ilmu Rasul kita?

Golongan kita ramai dan apa sahaja selain kita adalah Pasukan Kafir. 

Jelas mmg sudah kita pasti Pasukan Dajjal menggunakan lambang tua tiga segi atau piramid. Terutama Negara Amerika pemuja Setan, melambangkan awal matawangnya iaitu USD1.00 dollar dgn piramid bermata dipuncaknya.

Kalau membaca tulisan2 para ulamak besar nusantara maka seluruh selain bertulisan jawi adalah lambang kafir. Namun Negara kita berlambangkan harimau menjaga 5 batang keris. Apakah rahsianya segala itu? Apakah jahil itu sgt beriman?

Pernahkah kita mengetahui apakah perlambangan para diri Muhammad Saw? Apakah pula perlambangan Mohor Kerajaan Mohammad Madinah?



Disini mari kita teliti mengapakah rasul kita Muhammad Saw menyertai mereka dan terkeliru? Atau guru2 kita tak mengerti mcm kita? Apakah mereka juga buta? Apakah guru2 kita juga sedang meneka2 Rasulnya? Apakah sebenarnya kita mangsa konspirasi mereka?

Pernahkah kita perhatikan mohor perlambangan Mekah dan Saudi Arabia?


Apakah pernah ulama dan bangsa Qura-ish juga bangsa Mesir meninjau perlambangan negaranya?

Yakinkah kita pada al quraan serta alkitab? Yakinkah kita pada isi ajarannya? Yakinkah kita pada setiap petunjuk ayat dan hurufnya? Tanpa keyakinan bagaimana beriman. Tanpa ilmu bagaimana terbina yakin.

Kita melaungkan iman kita kelas satu. Ianul yakin, haqqul yakin tarafnya. Ianul yakin itu brmaksud sudah kita saksikan dgn mata lalu Yakin. Haqqul yakin itu adalah hakikat dan mudah lagi telah kita saksikan haq yang mengikat. Apanya yg mengikat dan terikat? Maha Pengasih Tuhan, ayuh kita taubat. 

Percayakah pada ayatnya yang mengatakan Muhammad itu penghulu segala Nabi? Percayakah kita Muhammad itu penutup segala Nabi dan ugama? Percayakah kita Muhammad menyempurnakan semua agama? Muhammad Saw adalah penyambung dan penyempurnakan segala kitab kata Quraan. secara tidak lansung dinafikan oleh ulamak sunnah wal jamaah. 

Sudahkah kita pelajari agenda Muhammad dan seluruh para rasul dan nabinya? Apakah quraan dan Muhammad berbohong pada kita bahawa Adam bapa manusia yg dijadikan disyurga? Siapakah yang mewakili manusia dlm mengambil perjanjian dihadapan Aullah lalu dikurniakan bintang Khalifah Alam?

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu.
Suruh makan dia makan,
Suruh menggaji dia (me)layu.

Berapakah perjanjian yang diambil oleh Adam dan apakah perjanjian itu terbatal kerana Adam kita anggap dah mampus? Maka mampuslah juga gelaran manusia tersebut, jadi kita ini bukanlah bangsa Adam?

Pernahkah kita terbaca dlm Alquraan mengatakan semua Rasul dan nabi adalah benar, dan seluruh kitab semawi adalah benar? Apakah agama yang ditarbiahkan oleh Adam As sehingga Ibrahim As?

Wahai para2 guru kami, marilah benar2 mengenali dan mencintai Muhammad dan Tuhannya seikhlasnya? Pernahkah kalian melihat wajah beliau dan mencium walau Cuma baunya? Bawalah kami juga kami pada junjungan kami. Janganlah kami kamu bawa kepada kemurkaan Muhammad dan Tuhannya. Kami takut musibah Tuhan.

Janganlah kami menjadi sombong lalu memfitnah kpd perkara yg belom kami ketahui? Sesungguhnya benar firman, hanya Dia yang dpt membantu kita walau hanya utk menghindar dari kejahatan Iblis. Tuhan, lindungi kami, 
selamatkanlah kami, tutuplah aib kami umat Muhammad Saw.

Bersambung…..

Isnin, 31 Mac 2014

BICARALAH ALAM

Bicaralah Alam 1.

Bulan March atau Bulan Tiga, 2014 ini  agak lucu tapi membinggungkan dengan jalur2 musibahnya. “March” atau “marching” juga dapat diertikan mara atau majunya pasukan ke garisan hadapan. Kebiasaannya dikaitkan kepada pasukan menggempur. Menurut Al Kitab tentera Tuhan itu jelas bermotifkan perjanjian. Pasukan yang mana?

Setiap saluran media mensensasikan kesengsaraan manusia sejagat saban hari. Rakyat kegelisahan menyaksikan petaka alam meratah manusia. Banjir besarnya, banjir lumpurnya, angin taufannya, tsunaminya dan gunung berapinya. Rencam jenayah juga makin meningkat didlm negeri.

Musnahlah manusia kecil, tua muda, berbagai kaum dan ugama termasuk yang tanpa ugama dan yang pura2 berugama. Musibah melahab manusia tapi tidak rumah2 ibadahnya. Namun manusia besar (berpangkat), sering terlepas. Mungkin juga senyuman mereka sgt menawan hati Alam.

Agar kegelisahan itu akan membuat rakyat berakal dan kembali bertauhid pada Tuhan, walau kebanyakannya kelihatan terbuai pada propaganda politik.

Apakah kesalahan manusia sehingga sebegitu murka Alam dan Tuhan? Mula kedengaran byk majlis keagamaan dianjurkan. Berfatwalah mereka bahawa musibah ini dugaan Tuhan kpd hamba2nya.

Sememangnya benar kerana kasih Tuhan suka meduga kpd kekasihnya, lebih jelas sambungan ayat tersebut adalah dengan dugaan yang bersesuaian dan terpikul oleh hambanya bukanlah sampai mati. Terimalah hakikat dugaan dan musibah adalah sangat berbeza. Marilah berhenti melawak.

Begitu juga ada petaka yang dipusakai oleh kelompok2 manusia terutama di Negara Islam. Gemar berbunuhan sesama bangsa dan seugamanya. Hanya dengan alasan berlainan fahaman dan mahzab. Ditambah visi terbaru iaitu berbunuhan demi kepentingan politik.

Manusia yg mengaku Islam ini jelas lawaknya membawa maut. Mereka berebutan menjadi paling Islam dimata manusia bukan dimata Tuhan. Bukan sahaja malaikat, alam juga hairan dan terkedu. Lawak makjuj.

Kalau dihadirkan Muhammad Saw kembali adakah mereka akan mengenali Rasulnya? Tak mungkin org mati bangun kembali melainkan hantu. Begitulah pengajian kebanyakan mereka lebih menyanjungi kekuasaan hantu melebihi Tuhan.

Al-Kitab membocorkan bahawa diakhir zaman umat Muhammad Saw pecah kepada 73. Maksudnya umat Muhammad Saw sudah pecah 73 fahaman dan tidak bersatu lagi. Setiapnya mengaku yang paling benar. Fahaman yang paling muda iaitu yang ke 73 paling aggresif dan mengaku #1.

Sama seperti anak kecil kita pulang sekolah membawa buku lapurannya bertulis kedudukannya dalam kelas adalah 73. Dgn bangga dia menuntut hadiah dari kita kerana dakwaannya menduduki tempat pertama. Kita tersenyum dgn lawak togennya namun terasa sedih dihati.    

Apakah Muhammad Saw akan mampu pula mengakui mereka sbg umatnya yang berwajah baru? Bolehkah kita mengenali ibadah Muhammad Saw tanpa menyaksikan? Atau sabdaan Muhammad Saw terhad iaitu bermaksud utk zamannya sahaja?

Disumbat2kan ke telinga kita saban waktu oleh media, betapa beruntungnya menjadi rakyat Negara ini yg aman damai. Dapat pulak duit BRIM. Dengarnya rakyat Mindanao dan Manila dapat RM700 sebulan utk tahun kelima ditahun ini. Tapi yg sampai ke tangan rakyat terbukti Cuma sepuluh persen. Pasti ada guru lawaknya.

Apa pun kita sangat bersyukur, segan difatwa oleh ulamak lawak sebagai pelawak cicak.

Sekelipan ketenteram kita pula dilanda lawak xtreme. Hukuman Mahkamah Tinggi didakwa silap ke atas si- Anak Pak Brahim. Terselak hijab, tercerap kusta lalu dihinakan mahkamah tinggi oleh mahkamah rayuan. Hukum dicaturkan bukan dipatuhi. Berbau pula lawak anih ini jesteru ketawa mati oleh bau hanyirnya.

Esoknya terkejut lagi, Pesawat canggih Boeing 777 kepunyaan syarikat gergasi MAS sarat muatan hilang diudara pula. Disangka lawak bodoh. Ribut bercarian seantero buana akan bayangannya pesawat.

Dikampungkan segala pakar bijak pandai , segala pakar seantero buana dengan selengkap peralatan termoden bergabung utk meneka bayangan pesawat. Dengan segala pengalaman, digeledah setiap inci kemungkinan bukti. Kagum kita dengan kepandaian dan peralatan mereka.  

Paling meriah pastinya didapuran wartawan tempatan. Dikampungkan juga bijak pandai tempatan utk meneka resepi. Kedengaranlah oleh kita resepi2 lama yg diberi nafas baru kerana mereka juga tidak pernah diberi peluang dilapangan. Ketawalah para ibu menonton gag concert.

Sewaktu dulu, layang2 pun selalu hilang melayang diudara kerana terputus talinya. Sering masalah di talinya juga. Bertanyalah pada juara tangsinya.
Berdatangan para dukun siap siaga bersedia utk melawan jembalang angin, berderai juga tawa kita menonton lawaknya. Dua bintang, pujian dihati kita.

Menyingkirlah Tok Juragan Mas dari jawatan, alasannya peribadi. Cepat sangat larinya, bayangan Juragan yang 3D sudah tercerap satelit.
Dewan rakyat sudah menerima usul rasmi dari PM bukan dr menteri berwajib, keputusan tekaan adalah pesawat malang terhempas dilautan Hindi. Tiada yang terselamat termasuk bayang2nya sekali. Meratablah keluarga mendengar lawak sadist.

Tanpa cahaya ghaiblah bebayang. Mohonlah pada si-matahari akan cahaya bantuannya. Cuba jugalah mohon bantuan bulan yg bersahabat dgn ombak. Mohonlah juga pada angin yang merawati badai agar tidak beramukan. Air laut itu juga pasti tahu apa yang ada diperutnya. Atau bertanya pada ikan2, mgkin mereka terjumpa pesawat itu. Carilah nelayan yg dapat berbicara dgn ikan sehingga redha ikan dimakan olehnya.   

Meratap sehingga pengsanlah keluarga yang terkait, menitis airmata simpati kita. Meremang roma mendengar silu ratab si-isteri muda kehilangan suaminya, tersayat hati melihat kesedihan anak2 remaja menyembunyikan esakannya, luluh bergema ratab ibu memanggil kematian utknya menebus anaknya. Terlihat kita dahsyatnya penderitaan yang hidup kematian kasihnya. Semoga ini bukan bahan lawak kita?   

Negara berkabung. Malah dunia berkabung. Nampak mulia pula mati nahas kapal terbang. Limpahan sumbangan, keluarga mangsa mewah serta terjamin. Hotel penginapan dan saraan pun dapat, sagu hati pasti banyak. Malah senegara dan sebuana bersembahyang dan bertahlil untuk mereka. Inilah lawak Alam.

Sewajarnya setiap syarikat2 pengangkutan mencontohi keprihatinan MAS kpd pelanggan sekiranya ditimpa musibah. Putrajaya Holding juga sangat prihatin dan banyak menyumbang mendukung MAS. Agar ini bukan lawak udang dibalik batu.

Waktu kita memburu bayang MH370, dua buah penerbangan lain Mas pula menerima petaka termasuk Malindo Air. Apakah petaka kali ini giat di udara sahaja? Apakah dosa sebenar antara kedua dua gergasi penerbangan yang berterbangan ini? Mengapakah mereka dimusibahkan? Bagaimana ulamak mengertikan neraka juga adalah dugaan?   

Sebentar lagi pasti diumumkan gelaran syahid dan habib akan ditentukan oleh ulamak kpd yg terkorban dan terlibat. Katanya lagi, di hujung zaman kitab2 mengatakan banyak dugaan besar begitu, seakan terlupa menerangkan usul ayatnya. Lawak xtreme Si-Yakjuj.   

Tapi adakah sama jasa mereka dgn para tentera dan polis yang benar2 taat pada amanahnya. Telah ribuan terkorban dan yang terbaru di Sabah. Semakin ramai tentera kita dikerahkan ke Sabah. Semoga akan ramai yang pulang dan berkeadaan sempurna.

Sudah kedapatan balu2 tentera terpaksa bekerja di spa2 menafkahi hidup keluarga. Jawapan kementerian suaminya terkorban semasa percutiannya di Negara Barat. Ini lawak dentist yg giginya pula sakit.

Tahun 2000 dahulu berlaku peperangan kaum diantara pribumi di negeri Pontianak, Borneo dengan kaum pendatang Madura. Beribu2 kehilangan nyawa dan kepala. Puncanya kaum Madura berperangai seperti Belanda diberi tanah. Mulanya atas ikhsan maka dibenarkan menumpang pinggir laman tapi akhirnya berdapur dirumah Tuannya.

Lawak serbannya adalah bangsa Madura ini sangat taat ke masjid tapi bila lalu dijambatan terlihat mokcik2 mandi ditepian sungai, terkentutlah dia terlihat betis mokcik. Terbatallah wudhu. Maka diserang dgn maki hamun mokcik2 tadi kerana menjadi penyebab dia terkentut. Disokong pula dakwaannya oleh pemimpin kaumnya. Akibatnya puluhan ribu kaum Madura ,kecil besar, tua muda hilang kepalanya, sehingga pasukan TNI masuk campur memindahkan baki golongan itu kembali ke pulaunya di Jawa. Lawak mimbar.

Bukan setiap manusia Madura itu begitu kerana virus yg sama mula dipusakai ramai rakyat dan pemimpin kita. Buktinya akan kita saksikan, setelah gagal dan kecewa mencari bayang dan bangkai maka akan dipersalahkan pula Teknologi Barat terutama sekutunya CIA.

Walau mereka bertungkus lumus mencari dgn membawa kelengkapan besar serta belanja yang juga besar. Tiba2 kita fitnahkan mereka pula, petaka ini adalah konspirasi mereka. Menangis Muhammad Saw dgn menyaksikan lawak H9N7 orang kita.

Bersambung. 

AGENDA DAN LAGENDA TUHAN.

Agenda dan Lagenda Tuhan.

Keluargaku,
Mari kita renungkan:

Manusia dihadirkan ke dunia adalah mengikut garis perancangan Tuhan. Dalam menyempurnakan perancangan tersebut dibekali perjanjian ke atas hak2nya. Anugerah Perjanjian itu dikurniakan kpd Adam. Berke-sinabung-an hak2 tadi dipusakai turun temurun pada manusia demi memakmurkan dunia. Pembuktian rahmat sekalian alam, jangan sehingga hilang sendi kekuatannya.

Maka diturunkan para nabi dan rasul dengan motif sederhana iaitu  menyampaikan pesanan dan ingatan agar manusia tetap mematuhi agenda. Serta diajarkan semula anatomi Hak agar tepat menggunakannya dan dipermudah menjalankan agenda. Jika dilupakan pusaka perjanjian dan agenda maka hancurlah jambatan ke-sinabung-an. Berjerubulah dapur kita.

Lagenda adalah susuk individu yang didewakan oleh sejarah kerana kejayaan perjuangannya menjuarai agenda. Mereka adalah nama2 besar kenabian seperti Nabi Adam, bapa manusia, Nabi Daud As, terkenal sebagai Raja David the Golliath, dan anaknya Nabi Sulaiman juga sultan yang terbesar jajahannya dialam ini. Sehinggalah Nabi Muhammad Saw dan disambung oleh keturunan kenabian tadi sehingga kiamat. 

Itulah perjanjian yang dimohonkan kepada Tuhan oleh Adam, Ibrahim sehingga Muhammad demi memuliakan keturunannya.  

Pokok agendanya tegak jelas kpd penzahiran rahmatullah, kemurnian kebaktian manusia.  Merajai kehidupan didunia secara adil dan dikasihi oleh sekelian alam. Dalam usaha tetap tegak lurus, perlu berpaut pada perjanjian Hak Tuhan dan Hak manusia. Zahirlah huruf HA.  

Hanya terdapat dua jenis lagenda iaitu lagenda tuhan dan lagenda Iblis yang berbeda juga agendanya. Kedua2nya saling berlawanan digaris tugasan masing2. Satu membawa kpd keberuntungan dan satu lagi membawa kpd kerugian. Syurga dan neraka.

Ayuh kita jejaki dimanakah terkambus tamaddun manusia trsbt. Kita pelajari bagaimana leluhur kita dahulu memenangi agenda tersebut. Jika mati dimana kuburnya, pasti masih ada tertinggal cebisan kebenaran sejarah awal. Ataukah tamaddun pergi mengekori waktu berlalu kerana murka pada kita. Pujukilah.

Suatu waktu dulu pohon mojopahit subur tumbuh melata dan digemari buahnya yang hampir seperti buah sukun. Ingatkah lagi bila waktunya ianya menjadi pahit. Begitu juga pohonnya baobab serta kurma. Apakah pohon kurma juga akan merajuk begitu? Manusia sepatutnya umpama pohon rendang yang subur serta manis buahnya dan banyak dahannya. Banyak pula manafaatnya. Itulah dipanggil ilmu usul pohon tersilah.

Sudahkah kita saksikan pohon pisang sudah berbuah dua kali, katanya kejayaan teknologi? Malah pisang juga telah tidak menjadi buahnya, bertambah mahallah harganya sekarang. Apakah petanda rugi juga suatu kemajuan? Mungkin dlm waktu terdekat padi pula meragam tidak berbuah? Sukarkah alam membanjirkan sawah2 kita dengan air masin? Sesungguhnya kita memperkecilkan kebolehan alam yang taat dan menuntut perjanjiannya.

Kembali pada persoalan senjata atau rahmat yang dibawa Nabi Adam ke dunia. Seluruh nabi berkesinabungan memperjuangkannya. Maka  terbinalah tamaddun bangsa bermaruah. Perlukah kita menyingkir dan memungkiri perjuangan mereka? Apakah kita sudah bersedia diperangi alam dan Tuhan?

Mari kita bongkarkan suatu kebenaran walau agak berat utk diterima oleh bangsa kita di nusantara ini. Betapa kebenaran itu sepahit buah mojopahit, karma Aullah muktamad seperti dijanjikan.

Di tanah perjanjian yg indah dan tersohor tamaddunnya, kemerdekaan rohani dan jasmani tertunai. Dulunya di tanah itu bertakhta beberapa org raja yang sangat mashyur dan kuat tapi telah dikhianati oleh anak2 dan keluarganya sendiri.

Kesemua kerajaan tersebut sangat makmur serta kaya kerana mewarisi kerajaan kenabian. Atas nama ugama baru maka direbuti dan dihancurkan budaya kesempurnaan itu. Mengelakkan peperangan dan kemusnahan jiwa, dan Negara lalu minggirlah raja pilihan tuhan dalam kedukaan. Bertakhtalah raja baru, darah yg sama tapi berbeda ugama. Perbedaan antara kura2 dan penyu adalah terlalu nipis namun tetap ada.

Perjanjian amanah Nabi Adam dalam Al-Qura-an, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Kesedihan raja yang dipinggirkan menyebabkan tanah kita disumpah oleh alam maka sengsara selama 500 tahun.

Urutan ikhtibarnya, puteranya si-WS telah dirajakan di Tumapel  (Ceribon sekarang) jajahan ayahnya. Puterinya si-LS dikahwini oleh Raja Mesir si-S golongan Pharaoh (perahu). Dikurniakan beberapa org putera dan diantaranya yang terbilang bernama Sunan Hidayatullah, setelah dewasa pulang ke tanah air ibunya utk menyertai gerakkan pamannya WS demi menumbangkan nendanya Rama Seliwangi.

Negara pun dirampas. Berkat bantuan wali Sembilan. Bersultanlah sebentar sebelom dijajah pula oleh kuasa barat lebih 300 tahun. Leburlah tamaddun dan harta colong dek penjajah. Kononnya perjuangan yg buta, hasilnya pasti sifar.  

Maka hiduplah dengan kemurkaan alam lalu mengenap 500 tahun maka terurailah sumpahan. Adakah iktibar diinsafi atau masihlah kita khianati Adam dan para Nabi sekali lagi agar mudah kiamat.


Bersambung.