KONSEP PERTUHANAN

Isnin, 31 Mac 2014

BICARALAH ALAM

Bicaralah Alam 1.

Bulan March atau Bulan Tiga, 2014 ini  agak lucu tapi membinggungkan dengan jalur2 musibahnya. “March” atau “marching” juga dapat diertikan mara atau majunya pasukan ke garisan hadapan. Kebiasaannya dikaitkan kepada pasukan menggempur. Menurut Al Kitab tentera Tuhan itu jelas bermotifkan perjanjian. Pasukan yang mana?

Setiap saluran media mensensasikan kesengsaraan manusia sejagat saban hari. Rakyat kegelisahan menyaksikan petaka alam meratah manusia. Banjir besarnya, banjir lumpurnya, angin taufannya, tsunaminya dan gunung berapinya. Rencam jenayah juga makin meningkat didlm negeri.

Musnahlah manusia kecil, tua muda, berbagai kaum dan ugama termasuk yang tanpa ugama dan yang pura2 berugama. Musibah melahab manusia tapi tidak rumah2 ibadahnya. Namun manusia besar (berpangkat), sering terlepas. Mungkin juga senyuman mereka sgt menawan hati Alam.

Agar kegelisahan itu akan membuat rakyat berakal dan kembali bertauhid pada Tuhan, walau kebanyakannya kelihatan terbuai pada propaganda politik.

Apakah kesalahan manusia sehingga sebegitu murka Alam dan Tuhan? Mula kedengaran byk majlis keagamaan dianjurkan. Berfatwalah mereka bahawa musibah ini dugaan Tuhan kpd hamba2nya.

Sememangnya benar kerana kasih Tuhan suka meduga kpd kekasihnya, lebih jelas sambungan ayat tersebut adalah dengan dugaan yang bersesuaian dan terpikul oleh hambanya bukanlah sampai mati. Terimalah hakikat dugaan dan musibah adalah sangat berbeza. Marilah berhenti melawak.

Begitu juga ada petaka yang dipusakai oleh kelompok2 manusia terutama di Negara Islam. Gemar berbunuhan sesama bangsa dan seugamanya. Hanya dengan alasan berlainan fahaman dan mahzab. Ditambah visi terbaru iaitu berbunuhan demi kepentingan politik.

Manusia yg mengaku Islam ini jelas lawaknya membawa maut. Mereka berebutan menjadi paling Islam dimata manusia bukan dimata Tuhan. Bukan sahaja malaikat, alam juga hairan dan terkedu. Lawak makjuj.

Kalau dihadirkan Muhammad Saw kembali adakah mereka akan mengenali Rasulnya? Tak mungkin org mati bangun kembali melainkan hantu. Begitulah pengajian kebanyakan mereka lebih menyanjungi kekuasaan hantu melebihi Tuhan.

Al-Kitab membocorkan bahawa diakhir zaman umat Muhammad Saw pecah kepada 73. Maksudnya umat Muhammad Saw sudah pecah 73 fahaman dan tidak bersatu lagi. Setiapnya mengaku yang paling benar. Fahaman yang paling muda iaitu yang ke 73 paling aggresif dan mengaku #1.

Sama seperti anak kecil kita pulang sekolah membawa buku lapurannya bertulis kedudukannya dalam kelas adalah 73. Dgn bangga dia menuntut hadiah dari kita kerana dakwaannya menduduki tempat pertama. Kita tersenyum dgn lawak togennya namun terasa sedih dihati.    

Apakah Muhammad Saw akan mampu pula mengakui mereka sbg umatnya yang berwajah baru? Bolehkah kita mengenali ibadah Muhammad Saw tanpa menyaksikan? Atau sabdaan Muhammad Saw terhad iaitu bermaksud utk zamannya sahaja?

Disumbat2kan ke telinga kita saban waktu oleh media, betapa beruntungnya menjadi rakyat Negara ini yg aman damai. Dapat pulak duit BRIM. Dengarnya rakyat Mindanao dan Manila dapat RM700 sebulan utk tahun kelima ditahun ini. Tapi yg sampai ke tangan rakyat terbukti Cuma sepuluh persen. Pasti ada guru lawaknya.

Apa pun kita sangat bersyukur, segan difatwa oleh ulamak lawak sebagai pelawak cicak.

Sekelipan ketenteram kita pula dilanda lawak xtreme. Hukuman Mahkamah Tinggi didakwa silap ke atas si- Anak Pak Brahim. Terselak hijab, tercerap kusta lalu dihinakan mahkamah tinggi oleh mahkamah rayuan. Hukum dicaturkan bukan dipatuhi. Berbau pula lawak anih ini jesteru ketawa mati oleh bau hanyirnya.

Esoknya terkejut lagi, Pesawat canggih Boeing 777 kepunyaan syarikat gergasi MAS sarat muatan hilang diudara pula. Disangka lawak bodoh. Ribut bercarian seantero buana akan bayangannya pesawat.

Dikampungkan segala pakar bijak pandai , segala pakar seantero buana dengan selengkap peralatan termoden bergabung utk meneka bayangan pesawat. Dengan segala pengalaman, digeledah setiap inci kemungkinan bukti. Kagum kita dengan kepandaian dan peralatan mereka.  

Paling meriah pastinya didapuran wartawan tempatan. Dikampungkan juga bijak pandai tempatan utk meneka resepi. Kedengaranlah oleh kita resepi2 lama yg diberi nafas baru kerana mereka juga tidak pernah diberi peluang dilapangan. Ketawalah para ibu menonton gag concert.

Sewaktu dulu, layang2 pun selalu hilang melayang diudara kerana terputus talinya. Sering masalah di talinya juga. Bertanyalah pada juara tangsinya.
Berdatangan para dukun siap siaga bersedia utk melawan jembalang angin, berderai juga tawa kita menonton lawaknya. Dua bintang, pujian dihati kita.

Menyingkirlah Tok Juragan Mas dari jawatan, alasannya peribadi. Cepat sangat larinya, bayangan Juragan yang 3D sudah tercerap satelit.
Dewan rakyat sudah menerima usul rasmi dari PM bukan dr menteri berwajib, keputusan tekaan adalah pesawat malang terhempas dilautan Hindi. Tiada yang terselamat termasuk bayang2nya sekali. Meratablah keluarga mendengar lawak sadist.

Tanpa cahaya ghaiblah bebayang. Mohonlah pada si-matahari akan cahaya bantuannya. Cuba jugalah mohon bantuan bulan yg bersahabat dgn ombak. Mohonlah juga pada angin yang merawati badai agar tidak beramukan. Air laut itu juga pasti tahu apa yang ada diperutnya. Atau bertanya pada ikan2, mgkin mereka terjumpa pesawat itu. Carilah nelayan yg dapat berbicara dgn ikan sehingga redha ikan dimakan olehnya.   

Meratap sehingga pengsanlah keluarga yang terkait, menitis airmata simpati kita. Meremang roma mendengar silu ratab si-isteri muda kehilangan suaminya, tersayat hati melihat kesedihan anak2 remaja menyembunyikan esakannya, luluh bergema ratab ibu memanggil kematian utknya menebus anaknya. Terlihat kita dahsyatnya penderitaan yang hidup kematian kasihnya. Semoga ini bukan bahan lawak kita?   

Negara berkabung. Malah dunia berkabung. Nampak mulia pula mati nahas kapal terbang. Limpahan sumbangan, keluarga mangsa mewah serta terjamin. Hotel penginapan dan saraan pun dapat, sagu hati pasti banyak. Malah senegara dan sebuana bersembahyang dan bertahlil untuk mereka. Inilah lawak Alam.

Sewajarnya setiap syarikat2 pengangkutan mencontohi keprihatinan MAS kpd pelanggan sekiranya ditimpa musibah. Putrajaya Holding juga sangat prihatin dan banyak menyumbang mendukung MAS. Agar ini bukan lawak udang dibalik batu.

Waktu kita memburu bayang MH370, dua buah penerbangan lain Mas pula menerima petaka termasuk Malindo Air. Apakah petaka kali ini giat di udara sahaja? Apakah dosa sebenar antara kedua dua gergasi penerbangan yang berterbangan ini? Mengapakah mereka dimusibahkan? Bagaimana ulamak mengertikan neraka juga adalah dugaan?   

Sebentar lagi pasti diumumkan gelaran syahid dan habib akan ditentukan oleh ulamak kpd yg terkorban dan terlibat. Katanya lagi, di hujung zaman kitab2 mengatakan banyak dugaan besar begitu, seakan terlupa menerangkan usul ayatnya. Lawak xtreme Si-Yakjuj.   

Tapi adakah sama jasa mereka dgn para tentera dan polis yang benar2 taat pada amanahnya. Telah ribuan terkorban dan yang terbaru di Sabah. Semakin ramai tentera kita dikerahkan ke Sabah. Semoga akan ramai yang pulang dan berkeadaan sempurna.

Sudah kedapatan balu2 tentera terpaksa bekerja di spa2 menafkahi hidup keluarga. Jawapan kementerian suaminya terkorban semasa percutiannya di Negara Barat. Ini lawak dentist yg giginya pula sakit.

Tahun 2000 dahulu berlaku peperangan kaum diantara pribumi di negeri Pontianak, Borneo dengan kaum pendatang Madura. Beribu2 kehilangan nyawa dan kepala. Puncanya kaum Madura berperangai seperti Belanda diberi tanah. Mulanya atas ikhsan maka dibenarkan menumpang pinggir laman tapi akhirnya berdapur dirumah Tuannya.

Lawak serbannya adalah bangsa Madura ini sangat taat ke masjid tapi bila lalu dijambatan terlihat mokcik2 mandi ditepian sungai, terkentutlah dia terlihat betis mokcik. Terbatallah wudhu. Maka diserang dgn maki hamun mokcik2 tadi kerana menjadi penyebab dia terkentut. Disokong pula dakwaannya oleh pemimpin kaumnya. Akibatnya puluhan ribu kaum Madura ,kecil besar, tua muda hilang kepalanya, sehingga pasukan TNI masuk campur memindahkan baki golongan itu kembali ke pulaunya di Jawa. Lawak mimbar.

Bukan setiap manusia Madura itu begitu kerana virus yg sama mula dipusakai ramai rakyat dan pemimpin kita. Buktinya akan kita saksikan, setelah gagal dan kecewa mencari bayang dan bangkai maka akan dipersalahkan pula Teknologi Barat terutama sekutunya CIA.

Walau mereka bertungkus lumus mencari dgn membawa kelengkapan besar serta belanja yang juga besar. Tiba2 kita fitnahkan mereka pula, petaka ini adalah konspirasi mereka. Menangis Muhammad Saw dgn menyaksikan lawak H9N7 orang kita.

Bersambung. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan