Rabu, 6 November 2013
7 PANJI-PANJI EMAS PERJANJIAN DIMETERAI SEWAKTU DULU.
![]() |
7 PASUKAN MENERIMA PANJI EMAS |
![]() |
PASUKAN BURUNG CRANE |
![]() |
PASUKAN 9 NAGA- D-KHURSY |
![]() |
PASUKAN IKAN DARAT DAN LAUTAN- D.KHURSY |
![]() |
Add caption |
![]() |
PASUKAN SINGA- D. KHURSY |
![]() |
PASUKAN BUNGA LOTUS- D. KHURSY |
![]() |
PASUKAN SI MERAK - D. KHURSY |
WARGANYA EMAS!
Kita disogokkan sehingga
dewasa, bahawa begitu mudah ugama yg dibawa oleh Muhammad itu Cuma bersendikan
rukun islam yg lima sahaja. Bila sudah kita melengkapi rukun ke 5 iaitu naik
haji maka sempurnalah Islam kita. Sekadar mati mata terkatup, sempurna.
Status tamat usia efisen atau
pencen adalah keadaan situasi sangat kurang disenangi dan menakutkan kita.
Situasi itu membuat kita akan sering tertinggal bersendirian dan kurang diperlukan
mudahnya tidak relevan lagi.
Mulai merasakan dunia kita itu sepi dan kosong.
Prasangka diri kurang dihargai
oleh sekeliling termasuk di-rumah kita sendiri serta isinya. Tambah derita
sebelomnya kita itu org berpangkat dan general besar politik. Itulah dipanggil
dilemma warga emas.
Kita juga merasakan setiap
gerak-geri kita diperhatikan oleh ahli keluarga kita dengan ekor mata setiap
waktu seperti penjenayah. Bangkitlah persangkaan buruk kita seakan dimusuhi
juga oleh keluarga, terutama isteri sendiri. Bebelannya dan kerenahnya saban
hari sangat meluatkan. Malah terasa seperti status sbg ketua keluarga juga
telah dilucutkan.
Lebih tertekan perasaan lagi
bila kita sering tertinggal dalam perbincangan keluarga. Bertambah tekanan seperti
tidak lagi diumpamakan. Hati dan perasaan pula semakin tajam dan mudah terasa.
Maklomlah sudah tidak punya pendapatan lumayan gerutu hati kita.
Manusia sangat
perlu dihormati tapi tidak menghormati. Gitulah nasib surat khabar
lama atau bateri lama. Mujur akal masih mampu bekerja lalu memujuk hati dgn berbagai alasan. Terasa
bidalan tua tercucuk ke lubang hidung sendiri ; rumah kata pergi, kubur kata
mari.
Tekanan sebeginilah telah bermukim penyakit ditubuh juga bermula dari rumah sendiri. Tekanan darah mulai nail, jantung dan hati semakin
rapuh. Maka bermulalah kita berjinak dengan pakar dan rumah sakit. Suburlah sektor
rumah sakit atau hospital pakar terutama utk package pensioner.
Begitu juga kecanggihan rumah
orang tua istimewa juga membiak dgn pesat. Malah telah dimuliakan statusnya
kepada industry hospitality dan se-akan perlancungan. Sektor sokongan lain juga
turut menular seperti ar-rahnu serta amanah raya. Turut maju adalah sektor peguam
bila anak2 berebut harta didalam mahkamah.
Industri pemalsuan halal juga
turut terbabit menghirup laba, seperti pembuatan kaki palsu serta apa saja
perlukan kepalsuan. Maka terhakislah segala simpanan, dibank mahu pun di-hati
dan perasaan. Ada juga hilang pedoman lalu membenci hidup maka manamatkannya jesteru muflis dunia dan akhirat.
Sektor nirvana makin
berkembang dan kegemilangan seni ditapak perkuburan sangat menguntungkan
kebelakangan ini sehingga tersenarai di bursa saham. Jelas itulah sumbangan
terakhir para warga emas tersebut namun hanyalah emas juga dapat dibursakan
tanpa warganya.
Dalam kita memulakan pelayaran kehidupan
baru, gaya hidup juga berubah. Termasuk perubahan hobi dan selera juga, sehingga
ramai juga terbabas menambah isteri baru. Selalunya isteri lama kaget dgn perubahan
baru kita lalu jatuh mati. Malahan kerana gagal memahami berlaku sedikit kekeliruan
lalu berpisah. Didlm proses ini perlu berhati2 kerana byk agenda tersembunyi
akan terbongkar dan risikonya kita mati tercekik tulang atau termakan racun
tikus.
Menyendiri lazimnya ditakrifkan
oleh pakar2 industri hospitaliti sebagai kemurungan dan sangat merbahaya serta
perlu menerima rawatan pakar. Kelewatan menerima rawatan dan khidmat nasihat menyebabkan
ketenatan, matilah juga.
Arus pembangunan tetap
menghakis nikmat kesihatan, usia dan harta. Sebenarnya tanpa persediaan melalui usia adalah punca sebenar kemurungan.
Dibebankan membayar kos rawatan yang tiada pulihnya, menambah kemurungan.
Kemuliaan industry hospitality ini adalah apabila kelihatan canggih
peralatannya dan bangunannya, bertali leher pakarnya, bertambah besar
bayarannya namun pesakit2nya bertambah murung tiada pulihnya. Poket yang
dulunya berlubang kecil lama tak diganti terus rabak, bolos tangan.
Keluargaku yang keemasan,
Marilah kita membongkok
merumput menerangkan denai menuju ke pangkal. Walau bertongkat kita, itulah
bukti pahlawan yang gagah bangun dari jatuh terhempas oleh seribu kekecewaan.
Jangan
kalian benarkan kekecewaan dan putus asa meragut jiwa dan raga kalian. Kita
telah melakukan apa yang diperlukan dulu dan tetap melakukan apa yang perlu
dilakukan sekarang dan seterusnya seperti kesukaan Tuhan.
Usia keemasan seharusnya
terang bercahaya dan indah kilauannya. Ilmu dan pengalaman pasti menerangi
perjalanan. Amalan baik-mu tetap memimpin kalian sehingga ke-akhir.
Kehidupan di-alam
ini adalah benar-benar sementara. Kita akan pergi ke alam lain meneruskan kehidupan melalui pintu kematian. Hanya perjalanan kita disini sudah hampir ke
penamatnya.
Tanggalkan sisa-sisa
kerakusan, cita dan cinta lalu, tinggalkan mereka jadi kenangan. Lupuskanlah
kalau mampu. Kita tuju destinasi Hakiki walau bersendirian. Bekalkanlah redha
Aullah.
Maafkanlah perlayanan
isterimu. Maafkanlah kealpaan anak2mu. Maafkanlah seluruh keluargamu. Maafkan jiran-jiran
serta masyarakatmu. Maafkan mereka kerana kamu tidak dihargai dan terpinggir.
Maafkan harta kamu yang meluncur pergi seperti hari berlalu. Maafkan usia dan
tenaga kita yang tak setia. Maafkan kerakusan kuasa dan pengaruh yg telah
menjauh benci.
Maafkanlah dunia ini. Maafkan segalanya
yang dahulu, telah berlaku dan biar berlalu. Tumpukan memohon kemaafan dari
Tuhan Maha Pengampun lagi Pemilik Alam. Barulah mudah kita meminta maaf kepada
seluruhnya makhluk yang lain atas keserakahan kita yang lalu.
Berlarilah menghindar jangan
dunia mengheret kalian pada kesedihannya. Biarlah kita mendahului meninggalkan
dunia sebelom kita ditinggalkannya, akibatnya maka dipusakai kita dgn kemurungannya.
Kerana dunia mahu jiwa kalian kekal bersamanya
Bebaslah dari rangkulan tipu daya dunia, merdekakan
diri kita dari dibelenggukan kemurungan itu dileher kita. Inilah kekayaan ilmu usul hospitality
yang tidak dijual-beli.
Sememangnya ilmu usul ini
belom menonjolkan nilai per-ekonomiannya di-tahap ini namun agendanya sembuh dan pulih pasti. Mujarabnya tiada
dapat dinilaikan dgn kehodohan wang ringgit. Tetapi keluargaku, jika sudah
berbuah pohonnya menjadi punca ekonomi alam.
Keluargaku,
Muhammad itu rahsia Tuhan.
Muhammad itu adalah rahmat sekelian alam. Kita bertamu pada dunia dgn membawa
buah tangan, rahmatnya Dia.
Wajarlah dunia menggilai malah mencintai kita,
terpedayalah kita jika kita membalas kegilaan cinta itu. Kerana terpedaya lalu
bermukimlah kita didunia maka bungkam perjalanan. Gagal amanah Tuhan. Akhirnya
dikhianati dunia lalu terpinggir baru rasa tertipu. Penyesalan dibelakang hari
tidak didepannya.
Namun pasti berlainan nasibnya
kitab lama lagi asli. Waktu yang kosong
dan kesepian itu sangat disyukuri. Itulah takrif anugerah mewah kelapangan.
Sepertinya berada di alam baru yg sangat tenang dan bebas mutlak.
Tiada lagi
terburu2 bersiap utk menghadapi kesesakan lalu-lintas, rutin harian yg sgt
menggila. Tiada lagi terdengar arahan majikan serta keji maki tugas.
Kita telah dianugerah waktu
sendiri utk dikuasai. Mula menikmati cahaya fajar dan merenung embon dan
rerumputan dihening subuh. Lebih enak dapat melontarkan fikiran sejauhnya mengiringi
pancaran fajar. Terasa sekali kopinya pun enak sekali walau Cuma di kedai
mamak.
Baru kita menyedari betapa
indah terdampar dihamparan fikiran. Baru kita menyedari kekuatan dan kepintaran
kita belom mampu menguasai perubahan tubuh kita sendiri, siapa pula yang menguasai
perbuatannya? Baru kita menyedari, perjalanan kehidupan kita didunia ini diamanahkan membawa kenikmatan dan rahmat. Leka pula kita asyik menikmati.
Jelas hidup kita
itu terus mengalir tanpa dapat dibatasi walau pun oleh kita sendiri.
Selewat usia sebegini baru
kita memengertikan banyak hal termasuk sudut-sudut fikiran kita sendiri.
Rupanya setelah kesibukan mengejar pangkat, harta,
penghargaan telah luncur dan berlalu barulah akal berfungsi dan karam
dihamparan fikiran bersama kita.
Sujudlah bersyukur walau kelewatan, asal tiba
juga dipersimpangan ini. Malah Berjaya pula kita pinggirkan kemurungan yang ruotin.
Itulah hidup yang menghidupi keredhaan Tuhan.
Terserlah kelewatan kita, ilmu
yang disogokkan awal dulu tiada pintunya. Sekadar tahu bukan beriman. Sekadar
berbuat menjadi beban.
Kehidupan tanpa menikmati rahsia Muhammad bukanlah indah
atau islam. Bersujud kita masih dihamparkan peluang walau
dihujung usia, berlinang air mata ingin kembali menikmati kesejahteraan ini
dari awal usia.
Umat Muhammad dinikmati usia
sekadar 63 tahun sahaja puratanya. Berlautan nikmat dan rahmat perlu dirasakan.
Setelah rasa baru dapat disyukuri. Setelah dibaca dan tahu, dah beramal namun belom dirasakan tapi temberang keliling negeri! dapatkah kita menerangkan pertuhanan yang menusuk ke hati? Tidak kesampaian realitinya bagaimana dapat disyukuri?
Sekarang usia berbaki terlalu
sedikit, kemaruk enak cahaya kesadaran. Mengapa perlu digilai dunia sedangkan
dunia tetaplah merindui kita apatah lagi apabila ditinggalkan. Tergedik-gedik
dunia meleser-leser. Perjanjian Tuhan alam sujud dan akur. Memenangi dunia
bersama Tuhan iaitu amalan kebenaran redha, pasti manis dan lazat.
Keluargaku,
Mungkin esok tiada kehadiran diantara
kita. Inilah seloka akhir utk tahun ini insyaullah bersambung jika ada umur.
Berhati-hatilah kemarahan alam kebelakangan ini. Marilah kita buktikan
ke-emasan warga kita terutama jiwa dan raga dan tidaklah dusta bersepahan
melata.
Salam sayang semua…
PERLAMBANGAN ADAM AWAL.
Keluarga Tersayang,
Setelah puas cuma bersembang marilah kita bermain bukti. Setiap mujahadah pasti ada musyahadahnya. begitu juga iman juga pasti berbekas. makanya pangkat disisi Tuhan pasti ada tandanya. jika tidak terbukti maka sembanglah namanya.
Nama dan tanda diturunkan didlm berbagai wajah dan rupa dan keseluruhannya dinukilkan daripada emas padu. Ianya juga merupakan stampel bagi setiap rasul pembawanya yang diperakui oleh langit.
Stampel asli ini belom pernah dipamirkan kecuali pada cuma ahli keluarga sahaja dan petugas petugas kononnya. Hayati ilmu stampel Adam ini agar kamu dapat kembali kpd perjanjian kamu yang mana suatu waktu akan dipertanyakan.
Diwaktu lain akan kita ceritakan usul tanda adam dan apakah mukjizatnya.
AL KITAB 11
Wahai keluarga yang kusayangi,
Pernahkah kalian benar-benar berusaha mentelaah
Al-Quraan? Sudahkah kalian menemui cahaya petunjuk Al-Quraan yg menunggumu?
Seronokkah bila merasakan mukjizat sebagaimana dijanjikan oleh alquran? Atau
masihkah bersangka-sangka, terpura-pura fana melagukan hafalan tanpa pengertian.
Janganlah sampai menghindar cahaya AlQuraan
dari kita kerana kebenciannya bila kita masih engkar dan kepura-puraan mengimaninya.
Bolehkah kita beriman dan yakin tanpa faham terutama agendanya?
Kenapakah ia dinamakan Al-Qura-an? Kenapa kitab
semulia itu dianugerahkan kpd bangsa sehodoh akhlak Bangsa Qura-ish? Kenapa
pula hanya 30 bab atau juzuknya? Bagaimana dan dari mana pula Tuhan menamakan setiap
juzuknya? Seperti Surah Sapi Betina dan menempati 3 juzuk awalnya?
Apakah rahsia surah tersebut sehingga dinamakan
begitu? Berapa ekorkah sapi yg diceritakan dan dimana ladangnya? Tanpa cahayanya
sewajarnya tidak dapat dijawap lalu kalian taburkan seribu fitnah dan alasan
utk menyelamatkan kepuraan diri.
Dunia dan penghidupan ini Cuma suatu
permainan. Permainan mudah utk kanak2 adalah menyusun puzzle atau petak2
bergambar. Walau terkurang satu petak maka tiadalah sempurna. Cacatlah wajah.
Terkurang satu rencah maka gagal masakan kita.
Takut membazir dan rugi dihidang juga, yang arif tersenyum, yang dipertengahan
mencari, terkeliru mengerut dahinya. Murid baru mencari kelainan, melahabnya
penuh taksub. Sesat lagi menyesatkan.
Pernahkah kalian mengetahui terdapat kitab samawi
lain seperti Zabur, Toarah dan Injil yang diceritakan dlm Al-Quraan? Al-Quraan tanpa
silu memperakui kebenarannya. Apakah kepentingannya sehingga perlu disahkan kebenarannya
oleh AlQuraan kitab2 tersebut? Berapakah pula rahsia manusia berada dalam
kitab2 tersebut? Mengapakah terlalu berani kalian menafikan kebenarannya serta
menyingkirkannya dari ugamamu? Mengapakah Tuhan dan agendanya kalian nafikan
kepentingannya?
Dewasa ini kehidupan tertumpu hanya di perut
bagi kebanyakan lapisan masyarakat. Sering kedengaran keluhan; Kalau perut lapar
tiada kekuatan lantas hilang upaya berfikir. Mudah dijangkiti penyakit. Menderita
pula menunggu kematian. Kebulur pun mati juga. Jadi biarlah engkar dan durhaka asal makan. Itulah
kebenaran juzuk perut. Maka dikaitkan panduan menghalalkan walau babi bagi
menghindar kebulur. Lalu dipanuti bidalan asalkan perut kenyang, selesai
masaalah.
Bila perut kenyang hati pun gembira. Memasuki
tidur terasa selesa. Malah tidur pun lena. Terasa dijauhi kematian, selesa. Jelas
persis bersikap haiwan bertaat pada perutnya. Itu namanya keturunan Abu Lahab,
hidup melahab mengabdi kpd perutnya semata.
Perut Kenyang dijadikan senjata mustajab demi
memperdayakan ulamak dan umarak oleh golongan Iblis. Ulamak dan umarak
bersangatan takutnya kpd kurang makan apalagi kelaparan. Akibatnya masyarakat
banyak terjerumus ke dalam pertuhanan perut. Sehingga terlalu lena dan lemak
takut utk mempertahankan kebenaran walau kebatilan mencucuk hidung.
Berlakulah tilikan purba; akan datang suatu waktu
manusia itu bila perut kenyang kebenaran hakiki tidak lagi dihargai.
Templakkan
firman mengatakan, janganlah kamu bertaat seperti anjing. Kerana anjing sangat bertaat
kpd tuannya yang mencampakkan makanan utk perutnya walau pun dr sumber rezeki
haram termasuk cebisan daging saudaranya. Berdoalah agar tuhan membantu
menghindar dr terjerumus kedlm perangkap Iblis. Berusahalah agar perut kenyang
akal pun bercahaya.
Iblis sangat kenal akan Tuhannya dan berjuang
tanpa putus asa membuktikan kebenaran dakwaannya, bahawa anugerah kemuliaan Khalifah
bumi dan alam kepada manusia adalah suatu kezaliman. Setiap pendekatan Iblis
bertambah canggih dari masa ke semasa sehingga ulama dan umarak jadi tebusannya.
Seterusnya mencipta setan bertopengkan wajah
malaikat. Memperdaya demi menggenggam kuasa. Menguasai akal disekelilingnya
sehingga akur pada dia. Sehingga tersingkir warisan serta pesanan seluruh
Anbia’ dan kitab dari masyarakat kita. Namun mereka tetap digelarkan kekasih
Tuhan???? Dizaman Rasulullah ia gelar Abu Jahal Ketua Pegawai Keselamatan kepada
Abu Suffian.
Sekian kalinya Rasul kita cuba dibunuh
beberapa kalinya. Beliau juga diracun utk sekian kalinya oleh Hendon, room-mate
Abu Sufian. Kemudiannya dibunuh ahli-keluarga2nya dan diburu biar pupus oleh golongan
sahabat ini. Kemudiannya sehingga hari
ini ramai pula dijelmakan para habib disetiap kota dlm dunia oleh mereka juga.
Berjayalah mereka menobatkan agenda keturunan
mereka dan mulia dimata masyarakat tanpa ada rasa segan silu lagi pada Tuhan.
Gagal juga akal kita membedakan baik dan buruk. Haiwan mmg faktanya tidak
berakal. Itulah Hizib Abu Suppian, dendamnya kesumat dan sabar menjerat agar
dapat jadi Khalifah dan Sultan.
Keujudan Nabi Aullah Adam adalah benar. Beliau
adalah manusia pertama dan usul benih keturunan sejati manusia juga benar.
Beliau ditempa disyurga dan berasal dari sana juga benar. Hanya beliau mengenal
dan dilengkapi tanda dan nama juga benar. Beliaulah mengambil perjanjian agenda
dan lagenda asal iaitu blue print alam juga benar. Beliau akan memenangi alam sehingga
ke akhir seperti kemahuan Aullah juga benar.
Beliau jugalah digelar Adam Sufiaullah oleh
Tuhannya. Bermaksud perjalanan beliau adalah meletakkan redha serta kemahuan
Aulah semata2 dan titipan rahmat pada sekelian alam. Beliaulah sumber ilmu Sufi
dan Salik juga benar. Jadi siapakah pewaris2 Nabi Aullah Adam tersebut? Apakah
waris atau saka baka Nabi Adam mengerti akan apa yg dipikulkan kepada mereka?
Pasti tahu kecuali bkn keturunan beliau.
Cuma ada dua sahaja golongan, iaitu golongan
Adam dan golongan Azazil. Hidupkan akal, pertanyakan dgn tegas apakah akal mahu
membawa kita ke golongan mana? Kalau akal menjanjikan ke syurga minta
dibuktikan. Bahawasanya kita mempercayai diri kita keturunan Adam pasti berakal
yg bercahaya, dimana dia dan perdengarkan suara jawapannya. Atau kita bukan………tapi
masih boleh memilih.
Dalam menjalani kehidupan baru di bumi beliau
sangat berhiba dihimpit kerinduannya terhadap Tuhannya. Mungkinkah sangat berbeda
alam bumi serta tempat asalnya? Pasti. Alam asalnya sangat maju terutama limpahan
kasih, sayang dan cinta dari Tuhannya.
Apakah Nabi Adam membawa turun ke bumi seluruh
tanda dan nama yang ditakuti oleh segala makhluk bersamanya? Ada tanda yg dibawa
turun dan sebahagiannya tanda dihantar kpdnya bersesuaian keperluan beliau.
Apakah yg dinamakan nama dan tanda tersebut
dan berapakah jumlahnya? Itu rahsia alam, Manusia adalah rahsia Aullah. Apakah
membuatkan semua makhluk itu sujud padanya? Makanya itu agenda Iblis memusnahkan
rahsia Adam sehingga Muhammad serta keluarganya kerana mereka mengerti.
Kenapa beliau tidak diberikan al-kitab
seperti rasul2 yg lain? Bukankah kita diajarkan martabat rasul itu tergantung
kpd adanya alkitab bagi membuktikan kerasulannya? Kerana beliau tiada dihinggapi masalah aqidah
dan iman dan sangat mengenal Tuhannya. Malahan beliau sangat mengerti setiap
perjanjian amanahnya kpd Tuhannya.
Nabi Aullah Adam dianugerahkan sbg khalifah
di-alam dan bumi disuatu majlis di Arsy pemerintahan Tuhan. Siapakah dan berapa
ramaikah makhluk yg hadir dimajlis tersebut? Kerana hanya beliau dapat
menerangkan rahsia nama dan tanda serta tahu menggunakanya lalu ariff kehendak perancangan dan perjalanan
alam seperti kemahuan Aullah.
Azazil kemudiannya Iblis bekas perdana
menteri disyurga juga sangat berkarisma, alim dan pintar, malaikat juga pintar
namun itulah keutamaan Adam. Kerana beliau serta keturunannya sebelom nabi
besar kita tidak bersyahadah maka mereka dikatakan kafir oleh ulamak2 dan
umarak kini. Itulah aqidah dan iman ajaran Iblis. Memfitnah para anbia sangat
berdosa. Balasannya sangat menakutkan.
Terminalogi2 dan jargon2 kronik terutama kafir,
taqwa, islam, Aullah telah lama terpakai semenjak Zaman Adam lagi. Cuma
pengertiannya diberi nafas baru lalu menyeleweng drpd kehendak Aullah. Tranformasi
hala-tuju pasti membawa kepada destinasi berbeza lalu tidak selamat dan kerap
dibencana.
Kesesatan berbeza dari tranformasi. Sesat
kerana bahalol tak punya research dan GPS. Transformasi jelas merancang utk menukar
tujuan asal. Sama artinya meninggalkan amanah, menghapuskan kebenaran adalah
durhaka.
Kalian telah beriman bahawasanya hanya Dia
Tuhan bagi seluruh alam. Bukankah Dia pemilik sekelian alam, yang menafkahi
seluruh makhluknya saban waktu. Malah terlalu sedikit bersyukur kpdnya. Mahunya
Dia seluruh makhluknya mengenalinya dan memanggil hanya namanya. Haiwan2
dihutan, burung2 di-pepohonan, berkicau dgn zikirnya, unggas merengek
memujinya, harimau dan singa megah dgn mgaumannya asmaknya. Kenapa kalian
khianati dia dgn membataskan manusia lain dari memanggil namanya seperti kemahuannya? Apakah itu
kebenaran ajaran Nabi Agung kita? Kenapa Abu Jahal juga pujaan mu?
Alasan dgn kehilangan arah dan kurang faham panduan
tidak dapat menyelamatkan kita dari nista dibencanakan. Namun wayangan kehidupan
disetiap alam memerlukan si badut. Ketawa dan terhiburlah penduduk langit
melihat kelucuan dibumi.
Yang pasti penduduk langit tidak akan kedinginan,
kerana sumber bakaran bertambah banyak, percuma lagi rela. Neraka juga sumber
kehangatan yang ikhlas.
Penuh takzim kita mengakui bahawa Nabi Adam
itu bapa manusia jesteru bapa kita. Bilakah harijadinya dan berapakah umurnya
sekarang? Dimanakah dia mendarat pertama kalinya dibumi ini? Dgn selamba
dijawap tak penting dan tak mengenyangkan. Masyarakat kita pintar dan gagah berdusta.
Perlukah kita pada alamat terkini beliau? Bagaimanakah
wajahnya? Perlukah kita pada wasiat
perjanjian beliau menumpangi bumi ini? Kelihatannya kita lebih berminat harta
warisan beliau! Bilakah akan kita perlukan jawapan persoalan tersebut? Katanya
apabila bahu dan mata tidak lagi tertanggung derita dibencana Tuhan yg sudah
bermula.
Kalau semua soalan tersebut tanpa jawapan
pasti terasa sepertinya kita tiada pertalian dgn Adam. Tapi sangat bernafsu
mencitakan alam yang dianugerahkan pada Adam. Walaupun genetik jauh
berbeza! Jadi anak buangan siapa kalian? Kalau kalian tak tahu Tok pun tak tahu
hahahahaha. Itulah sebab sering dah berisi perut baru kelam kabut.
Namun anak cucu tok akan diberitahu, ok.
Sambung ………
Selasa, 4 Jun 2013
Amanat Ulama Agong2an.
Keluargaku;
Keluasan dan kelapangan nikmat juga dugaan menyempitkan kita.
Harta yang bertumpuk, juga merunsingkan kita. Ramai digolongan ini menderita sakit jantung semasa proses menumpukkan harta. Ketakutan yang bersangatan atas kehilangan tumpukkan serta mengekalkan pendapatan tersebut.
Tumpukkan tersebut juga sukar pula selamat tersimpan dgn rahsia. Ketahuan oleh keluarga terdekat, dimintai. Ketahuan oleh penjahat, dirompaki. Ketahuan oleh parti, dikikisi. Berbagai bahaya dan takut kita kehilangannya. Harta juga sangat menagih perhatian dan waktu.
Segala kelazatan makanan mampu kita beli, sehingga berlauk ikan paus setiap hari. Meratah seekor lembu juga selalu. Namun kelihatan tubuh kita uzur tidak bermaya, bentuk juga sudah melucukan. Tiadalah nikmat dikecapi dan memberkahi kita. Segenggam pil juga routin yang kita taati.
Istana agam seluas Masjid Madinah, sehingga boleh dihimpun seluruh ahli BlackOut 505. Zuriat pula Cuma seorang, bercermat bukan tak subur. Bertalun dan bergema kerana sepinya. Taulan segan menjenguk mungkin merajuk. Akhirnya berdebu juga. Malah ada terjeruk dirumah org tua akhirnya.
Dilimpahkan kekayaan, dipenuhi kouta jumlah isteri. Berbakti lelaki melindungi kaum hawa tauladan mufti. Merudum ekonomi bagai runtuh alam maka bergelimpangan janda sengsara. Disimpanlah mereka, dicukupi dan tidak kufur dinikmati. Janggut prihatin kemas memutih, zuriat bukan tujuan. Berlarian kita menuju yang kesempitan.
Sijil Kelulusan Universiti byk bertampalan diserata dinding. Pelbagai macam sijil juga turut jadi perhiasan. Betapa berilmunya kita, marah berapi jika tiada dihormati. Punca ilmu tiadalah kita hormati dan pedulikan. Panduan ulama keagungan kita, dibuang jauh agar tidak dijumpai masyarakat.
Kebenaran yang bagaimana cuba disampaikan oleh mereka? Mampukah mereka dan kita memahami konsep yang cuba disampaikan oleh Rasulillah atau kita juga dari golongan api yg marak? Bolehkah tumpukkan mencelakakan kita sehingga melumpuhkan konsep rasullillah? Maka kecelakaanlah Rasulullah.
Keluasan dan kelapangan nikmat juga dugaan menyempitkan kita.
Harta yang bertumpuk, juga merunsingkan kita. Ramai digolongan ini menderita sakit jantung semasa proses menumpukkan harta. Ketakutan yang bersangatan atas kehilangan tumpukkan serta mengekalkan pendapatan tersebut.
Tumpukkan tersebut juga sukar pula selamat tersimpan dgn rahsia. Ketahuan oleh keluarga terdekat, dimintai. Ketahuan oleh penjahat, dirompaki. Ketahuan oleh parti, dikikisi. Berbagai bahaya dan takut kita kehilangannya. Harta juga sangat menagih perhatian dan waktu.
Segala kelazatan makanan mampu kita beli, sehingga berlauk ikan paus setiap hari. Meratah seekor lembu juga selalu. Namun kelihatan tubuh kita uzur tidak bermaya, bentuk juga sudah melucukan. Tiadalah nikmat dikecapi dan memberkahi kita. Segenggam pil juga routin yang kita taati.
Istana agam seluas Masjid Madinah, sehingga boleh dihimpun seluruh ahli BlackOut 505. Zuriat pula Cuma seorang, bercermat bukan tak subur. Bertalun dan bergema kerana sepinya. Taulan segan menjenguk mungkin merajuk. Akhirnya berdebu juga. Malah ada terjeruk dirumah org tua akhirnya.
Dilimpahkan kekayaan, dipenuhi kouta jumlah isteri. Berbakti lelaki melindungi kaum hawa tauladan mufti. Merudum ekonomi bagai runtuh alam maka bergelimpangan janda sengsara. Disimpanlah mereka, dicukupi dan tidak kufur dinikmati. Janggut prihatin kemas memutih, zuriat bukan tujuan. Berlarian kita menuju yang kesempitan.
Sijil Kelulusan Universiti byk bertampalan diserata dinding. Pelbagai macam sijil juga turut jadi perhiasan. Betapa berilmunya kita, marah berapi jika tiada dihormati. Punca ilmu tiadalah kita hormati dan pedulikan. Panduan ulama keagungan kita, dibuang jauh agar tidak dijumpai masyarakat.
- Imam Abu Hanifah : “tidak halal bagi seseorang untuk berpegang kepada kami selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya”
- Imam Ahmad bin Hanbal :”janganlah kamu bertaqlid kepadaku dan jangan kepada Malik dan jangan pada Syafi’I tetapi ambilah agama kamu dari mana mereka ambil”
- Imam syafi’I berkata ”buanglah hasil ijtihadku apabila hadis itu shahih, karena itulah madzhabku”
- Imam Malik berkata “aku ini manusia biasa yang kadang betul dan kadang salah, maka periksa kembalilah pendapat-pendapatku, mana yang sesuai dengan sunnah maka ambilah dan mana yang tak sesuai maka buanglah”
Kebenaran yang bagaimana cuba disampaikan oleh mereka? Mampukah mereka dan kita memahami konsep yang cuba disampaikan oleh Rasulillah atau kita juga dari golongan api yg marak? Bolehkah tumpukkan mencelakakan kita sehingga melumpuhkan konsep rasullillah? Maka kecelakaanlah Rasulullah.
Agenda Golongan Api
Setiap kekalahan dan kerugian kaum keluarganya ketika memerangi setiap Rasullullah terutama jiwa, harta, dan maruah sejak awal dipendam rapi menjadi pekasam menunggu matang.
Menepati agenda besar Assabiah adalah mengekalkan penguasaan keluarga dan golongannya, terutama terhadap platfom penting manusia seperti setiap platfom berugama termasuk Iselam sehingga Kota Mekah.
Dizaman Muhammad SAW, Hindun adalah ibu suci mereka. Jelas dalam pengetahuan kita beliau yg tiada henti meracun Rasullullah. Tuhan membuktikan firmannya dgn keujudan golongan yg membunuh para nabi, juga telah meresap ke dalam umat Muhammad.
Abu Sufian mengotakan sumpah dgn kejayaan Kabilahnya melalui putra kebanggaannya, Mu’awiyah. Setelah merampas kekuasaan, Mu’awiyah segera menyambung agenda besarnya dengan sangat komprehensif, mengkhianati Islam yang diperjuangkan Rasullullah.
- Maka seluruh keluarga Rasululah segera dihapuskan. Dimanakah pula golongan Sunnah diwaktu itu? Apakah turut serta bersama Muawiyah?
- Model Kerajaan Rasulullah dimusnahkan. Api tabiatnya menjulang dan membakar hangus. Maka bungkamlah model Rasulullah, satu persatu amanat Rasulullah dipinggirkan.
- Difitnahlah seluruh sahabat muktabar. Yang akur diberi ganjaran.
- Institusi2 mereka segera dimartabatkan, Mufti Muktabar mereka dinobat sbg otentik serta sahih.
- Terbuktilah cengkaman mereka bila masyarakat membatu dan binggung menerima budaya api tanpa tentangan walaupun berakibat terhapus keluarga Rasulullah serta para sahabatnya.
- Apakah yang sebenarnya ingin mereka buktikan? Hanya membuktikan hujah usul beliau sewaktu Adam dilantik sbg khalifah alam adalah musibah total.
“Pendita dilaknat Aullah kerana menyembunyikan kebenaran (haq)”, bengis kalam murka Aullah.
Awal lagi Aullah telah menyingkapkan konspirasi itu cuma kita cuai. Lalu Allah peringatkan lagi “tiga suku imam dan mufti menghuni tetap neraka”, jesteru,” jangan kamu khianati aku dengan menduduki kerusi bukan hakmu.” Namun masih kita cuai dan alpa.
Rasulullah disindir Aullah kerana tidak melayani pertanyaan Ibnu Makhtum yg buta dan dhaif kerana hanya melayani rombongan pembesar Mekah dan Taif. Itulah Petunjuk awal Allah pd Rasulnya terhadap golongan munafiqin tegar. Dhaif dan buta itu lebih mulia dr bangsa munafiq. Al Makhtum buta atau kita yg buta. Siapakah al Makhtum ?
Apakah tajuk perbincangan kedua-dua pembesar tersebut selain agenda perlancungan. Apakah pula pertanyaan si Al-Makhtum pada Rasul diwaktu itu selain pertanyaan asas Islam. Bukankah iktibar Tuhannya mereka menolak asas tersebut?
Lalu taat dan patuh kita pada mereka. Utk menafikan sudah terlalu berisiko. Tergolonglah kita dlm golongan itu. Butalah seluruh mata kita termasuk hati. Lalu Allah sindir kita dgn panggilan tolol.
Permainan dan perancangan Allah adalah terbaik dan sempurna dan pasti menang.
Bermaafanlah jika ada ketelanjuran yang lalu, parut jadi sempadan. Kembalilah pada kemenangan.
Mari kita halusi cerita dibawah sebagai panduan dan sempadan. Jangan kita saling menelanjangi aib demi kemenangan. Berhujat mencari kemenangan tidak membawa kepada Tauhid melainkan ujub. Takut terlaksana perpecahan yang lebih aib lantas murka Nabi pada kita.
ANALISA 1 :
Zubair bin Bakkâr dalam kitab Al Muwaffaqiyyahnya meriwayatkan,
“Mathraf bin Mughîrah bin Syu’bah berkata, ‘Aku bersama ayahku masuk menjumpai Mu’awiyah. Dan ayahku biasa mendatangi Mu’awiyah dan berbincang-bincang lalu sepulangnya ia menceritakan kepada kami kehebatan akal Mu’awiyah. Lalu pada suatu malam ayahku pulang dan ia menahan diri dari menyantap makan malamnya, aku menyaksikannya sedih. Aku mengira kesedihannya karena kami. Lalu aku berkata,
‘Wahai ayah! Mengapakah aku menyaksikanmu bersedih sepanjang malam? Maka ia menjawab, ‘Hai anakku! Aku baru saja datang dari seorang yang paling kafir dan paling busuk’!
Aku bertanya, ‘Apa itu?’ ia berkata, ‘Aku berkata kepada Mu’awiyah di saat aku berduaan dengannya, ‘Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya engkau telah mencapai usia lanjut, andai engkau tampakkan keadilan dan kamu berikan kebaikan.
Andai engkau memperhatikan kondisi kerabatmu dari Bani Hasyim, engkau sambung tali rahim mereka. Demi Allah, tidak ada lagi pada mereka sesuatu yang perlu engkau takutkan. Hal itu akan membuat nama harum Anda menjadi kekal dan pahala tetap untuk Anda.
Maka beliau berkata, ‘TIDAK! TIDAK! Sebutan apa yang aku harap dapat abadi !
Saudara dari suku Taim (Abu Bakar maksudnya) berkuasa lalu ia berbuat baik, lalu apa? Ia mati dan sebutannya pun juga mati bersamanya! Paling-paling orang-orang hanya menyebut, Abu Bakar, Abu Bakar.
Saudara suku Adi (Umar maksudnya) berkuasa, lalu ia bersungguh-sungguh dalam berbuat baik, kemudian ia mati, maka mati pula sebutannya.
Sementara itu anak PAK ABU KABSYAH namanya DIPEKIKKAN setiap hari lima kali; “AKU BERSAKSI BAHWA MUHAMMAD ADALAH RASUL ALLAH” Amal dan sebutan apa yang akan kekal! Celakalah engkau! Tidak! Sehingga nama orang itu (Nabi Muhammad Saw maksudnya) dikubur dalam-dalam.!
Dalam kata-katanya yang penuh dengan luapan dendam itu ia mencerca Nabi Mulia saw. dengn sebutan putra Abu Kabsyah dengan tujuan menghina.
Abu Kabsyah adalah nama bapa asuhan Nabi saw. semasa kanak-kanak. Kata-kata itu sendiri dapat menjadi bukti betapa Mu’awiyah tidak mampu menyembunyikan dendamnya dan sekaligus kedengkiannya kepada Nabi Islam Muhammad Saw.
ANALISA 2 ;
Ketika Mu’awiyah mendengar seorang muadzin mengumandangkan suara adzan, dan ia sampai pada pasal: Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.
Mu’awiyah berkata, ‘Untukmu ayahmu hai anak Abdullah! Engkau benar-benar berambisi besar. Engkau tidak puas sehingga engkau gandingkan namamu dengan nama Rabbul ‘Âlâmîn.
Penyebutan nama Nabi Saw. dalam syahadatain baik dalam pasal adzan maupun selainnya adalah sepenuhnya berdasarkan wahyu. Kita kaum Muslimin telah meyakini bahwa beliau saw. adalah Utusan Allah, tiada berkata dan bertindak melainkan atas dasar bimbingan wahyu…
Kenyataan ini telah ditegaskan dalam Al Qur’an. Kecuali apabila Mu’awiyah juga berani menuduh ayat tentangnya sebagai kepalsuan buatan Nabi Muhammad Saw. Jelas sekali beliau terlalu benci pd rasul dan alquraan. Tetapi perlu dilihat bersangatan bertauhid.
Allah berfirman:
أَ لَمْ نَشرَحْ لَك صدْرَك (*) وَ وَضَعْنا عَنْكَ وِزْرَكَ (*) الَّذي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ (*) وَ رَفَعْنا لَكَ ذِكْرَكَ (*) فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً (*) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً (*) فَإِذا فَرَغْتَ فَانْصَبْ (*) وَ إِلى رَبِّكَ فَارْغَبْ
َ “Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu.* Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,* Yang memberatkan punggungmu.* Dan Kami tinggikan bagimu sebutan ( nama ) mu.* Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,* sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.* Maka apabila kamu telah selesai ( dari sesuatu urusan ), kerjakanlah dengan sungguh- sungguh ( urusan ) yang lain,* Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.”(QS asy Syarh [94];1-8)
Imam asy Syafi’i meriwayatkan tafsir ayat kelima di atas dari Mujahid, ia berkata: “Tiada Aku (Allah) disebut melainkan engkau juga disebut bersamaku, “Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah.
ANALISA 3 :
Dalam kitab al Mu’ammarîn karya Abu Hâtim
“Pada suatu hari Mu’awiyah bertanya kepada Amad bin Abad al Hadhrami (seorang yang berusia panjang), ‘Apakah engkau pernah menyaksikan Hasyim (leluhur Nabi saw.)? ia menjawab, ‘Ya. Pernah. Ia seorang yang tinggi gagah dan tampan …’
Mu’awiyah melanjutkan, ‘Apakah engkau pernah melihat Muhammad?’ Amad bertanya balik, ‘Muhammad siapa?’ Mu’awiyah menjawab, ‘Rasul-Allah.’ Amad menjawab, ‘Mengapakah engkau tidak mengagungkannya sebagaimana Allah mengagungkannya, mengapakah kamu tidak menggelarinya dengan Rasulullah ????
ANALISA 4:
Imam ath Thabari dalam kitab Târîkh-nya meriwayatkan bahwa ketika ‘Amr bin Âsh menerima delegasi penduduk Mesir untuk menemui Mu’awiyah di istana, ia berpesan agar mereka tidak memanggil Mu’awiyah dengan gelar Amirul Mukminin.
‘Amr bin Âsh berkata, ‘Perhatikan! Jika kalian masuk menemui putra Hindun maka hendaknya kalian tidak mengucapkan salam dengan mengatakan ‘Assalamu alaikum wahai Khalifah”.
Taktik pengeliruan mental serta menakut2kan agar diagung2kan adalah makanan golongan api. Perhatikan jika delegasi itu datang, tahan mereka di luar dengan cara hina sehingga setiap dari mereka hanya akan memikirkan keselamatan dirinya sendiri.
Setelah mereka dipersilakan masuk, orang yang pertama kali masuk adalah seorang dari penduduk Mesir bernama Ibnu Khayyâth, ia ketakutan sampai-sampai ia terputus-putus bicaranya, lalu ia berkata, “SALAM ATASMU WAHAI RASULULLAH.
Kemudian yang lainnya pun mengikuti dengan menggelari Mu’awiyah dengan gelar Rasulullah! Dan Mu’awiyah pun tidak melarang atau menyalahkan mereka karena hal itu.
Adapun sikap pelecehan dan menghina terhadap syari’at Nabi Muhammad Saw. yang ditampakkan terang-terangan oleh Mu’awiyah….bukti akhlak Rasulullah bukan idola dan ikutan golongan mereka.
Mengakui Ziyâd yang lahir hubungan tidak sah Abu Sufyan dgn Sumayyah seorang pelacur (yang memang sangat dikenal suka berzina)… maka Mu’awiyah mengakuinya sebagai Ziyad bin Abu Sufyan setelah sebelumnya disebut Ziyad bin Abihi (Ziyad putra ayahnya) adalah satu dari puluhan jika bukan ratusan contoh pelecehan terhadap Syari’at dan bukan hanya sekedar pelanggaran hukum semata!
Persoalannya, dimanakah, siapakah golongan ini dan siapa pula mengepalai mereka dizaman kita? Yang jelas sikap serta akhlak mereka pasti sama dalam setiap zaman begitu juga kegigihan mereka dalam merampas kejayaan. Ditutupi kebenaran melalui kecanggihan teknologi.
Berhati2lah jangan sehingga kamu alpa lalu dibencanakan Tuhan…….
Selasa, 28 Mei 2013
KEBENARAN (11)
Kedaulatan Negara wajib dipertahankan. Bidalan lama berkata:
Biar putih tulang , jangan putih mata.
Terbukti kegagahan pasukan tentera kita dgn peralatan canggih apabila beroperasi di Lahad Datu, Sabah. Berkacamata hitam, bertopeng hitam, melangkah gagah mara penuh bersemangat, siap siaga dlm barisan2 menjejaki musuh Negara.
Jet2 pejuang melayang diudara menyerang posisi musuh membantu 10,000 tentera yang menghambat musuh dibawah. Kapal2 perang angkatan laut membelah laut dgn derasnya mencegat bantuan musuh di lautan Sulu yang bergelora.
Barisan meriam berkereta dan kereta kebal berderetan membungkam keberanian musuh buas merentas perkampungan. Pasukan Semboyan cekap memantau komunikasi.
Beberapa bulan kemudian diistiharkan ketewasan 200 org pengganas dilokasi perang.
Persoalan binggung tapi dalam kegembiraan kita;
- Bilangan dan kelengkapan kita mgkinkah keterlaluan dibanding pengganas yg tugas hariannya nelayan pantai.
- Kerosakkan yang dialami oleh penduduk tempatan sangat dahsyat, kediaman serta ladang musnah. Apakah taktikal itu paling berkesan utk situasi tersebut?
- Apakah fakta tentera USA menyertai pengganas2 pada awal babak? Apakah jawapan balas Washington?
- Peruntukan manakah yang akan menanggung kerugian penduduk tempatan serta perubatan trauma mereka?
- Mengapa wartawan asing tidak dibenarkan membuat liputan? Mgkin kita sangat prihatin keselamatan mereka?
- Berapakah bebanan kos penyelenggraan tentera kita dioperasi tersebut?
Kita pun menanti laporan didepan tv sambil membayangkan peperangan Black Hawk Down di Somalia. Penantian mmg membosankan ditambah kualiti lapuran kemudiannya sangat tidak berkesinabungan spti yg diharapkan.
Lama sudah bakat kewartawanan tanah air diremehkan. Dicela, diperlekehkan oleh rakyat namun tiada pemulihan berlaku. Memualkan juga melihat karya mereka saban hari, karenahnya bermusim. Kekadang seperti artis, terkadang seperti politikus. Bencikah mereka pada identity mulia mereka wartawan yang asal hebat?
Media kerajaan bermaksud ianya dibiayai oleh wang kerajaan. Harus diberi kesadaran bahawa gaji mereka dibayar oleh rakyat. Rakyat adalah pelabur dan dikhianati bila kerugian. Maruah dan etika sangat penting selain amanah. Gelinciran kebenaran serta tanpa konsisten juga sgt mengkhianati rakyat.
Mereka juga harus memberikan berkesempatan pada diri mereka utk dimuliakan lalu bersaing dgn kecekapan kewartawanan dinegara jiran2.
Terdapat juga rancangan2 ilmiah bersama para cendiakawan2 Negara. Tetamu undangan juga jelas kabur pengetahuan juga tandus karyarasa bila didengarkan, namun kilatan kepala botak mereka sangat menyilaukan.
Pilihlah panel yg dikenali akhlaknya serta berjenama global lalu mampu membuktikan fakta selain berandaian atas pembacaan dan syok sendiri. Kita harus peka rakyat kita telah ramai berpelajaran tinggi dan ramai pula berjaya diluar Negara. Bukankah kebodohan begitu spti sengaja merugikan media kerajaan tanpa sokongan rakyat!
Mereka seharusnya memiliki alatan media seperti tv, computer utk memerhatikan serta meninjau slot2 di Negara jiran seperti rancangan “lawyers club” dari Jakarta.
Disini kita akan berkongsi dan memperbincangan isu yang boleh dianggap berat tapi lucu secara terpelajar mengenai Peristiwa Lahad Datu’ dan akibatnya.
Dokumen2 ini telah saya dapati dari teman2 dan katanya boleh diperolehi di Washington, London, Delhi, Beijing, Jakarta dan juga Ibu Pejabat United Nation. Sejarah sangat penting ditelusi agar kita tidak dikatakan kacang lupakan kulit. Agar tidak berulang kejadian Lahad Datu’ kedua kalinya.
Dengan kebijakan yang masih berbaki kita lindungi generasi muda dari dikhianati oleh cendiakawan dan sejarahwan yang dimewahkan tetapi sangat mengelirukan.
Walaupun kita tidak seberani dan segagah pasukan tentera kita, namun melindungi kebenaran utk generasi hadapan adalah tanggung jawab setiap individu.
Difailkan didalam;
- Malaya and British Borneo, Sandakan Referendum Treaty 100 yrs - A Century North Borneo – Jose Protacio Mercado Rizal Alonso Realonda- 22 Jun 1876.
- Muhammad Salleh Borneo Sandakan Treaty – 1863- 1865.
- Muhammad Yusuf Rizal Rakmat Shah – The League and Lipa of Borneo – Jan 22 1878 till completed May 23, 1892.
Banyak persoalan yang perlu kita halusi :
- Kononnya kotak perak keramat itu menyimpan segala dokumen2 penting mengenai penyewaan Sabah.
- Kenapa tiada langsung pengetahuan terutama cendiakawan dari Sabah juga? Kenapa kita memperlekehkan pahlawan ulung kita Mat Salleh Sabah?
- Mengapa ianya diiringi oleh panji2 Baginda Raja Singa?
- Setiap perjanjian membawa perlambangan kekal dan antara 2 pihak. Siapakah mereka? Dimanakah mereka?
- Perlukah difahami siapakah yg menandatangani perjanjian ini? Siapakah bulan, bintang serta alif, ba, ta, nun dan sebagainya?
- Sewa kita bayar maka terbukti tanah air kita milik org. Bagaimana rasionalnya menerangkan keadaan ini pd diri kita sendiri?
- Beranikah kita membongkar kekaburan ini agar generasi hadapan tidak ketawa lucu atas ketololan generasi kita?
- Semoga ini suatu kekeliruan, tetapi sekiranya benar apakah ini suatu pengkhianatan?
- Tuduhannya kita sebagai munafiq gergasi, berjanji tapi tanpa amanah. Bagaimanakah meringankan pengkhianatan atas amanah ini?
- Sebenarnya siapakah yang membinggungkan kita? Apakah pemulihan maruah adalah suatu kesalahan dalam perlembagaan kita?
…sambung……
Langgan:
Catatan (Atom)