Keluasan dan kelapangan nikmat juga dugaan menyempitkan kita.
Harta yang bertumpuk, juga merunsingkan kita. Ramai digolongan ini menderita sakit jantung semasa proses menumpukkan harta. Ketakutan yang bersangatan atas kehilangan tumpukkan serta mengekalkan pendapatan tersebut.
Tumpukkan tersebut juga sukar pula selamat tersimpan dgn rahsia. Ketahuan oleh keluarga terdekat, dimintai. Ketahuan oleh penjahat, dirompaki. Ketahuan oleh parti, dikikisi. Berbagai bahaya dan takut kita kehilangannya. Harta juga sangat menagih perhatian dan waktu.
Segala kelazatan makanan mampu kita beli, sehingga berlauk ikan paus setiap hari. Meratah seekor lembu juga selalu. Namun kelihatan tubuh kita uzur tidak bermaya, bentuk juga sudah melucukan. Tiadalah nikmat dikecapi dan memberkahi kita. Segenggam pil juga routin yang kita taati.
Istana agam seluas Masjid Madinah, sehingga boleh dihimpun seluruh ahli BlackOut 505. Zuriat pula Cuma seorang, bercermat bukan tak subur. Bertalun dan bergema kerana sepinya. Taulan segan menjenguk mungkin merajuk. Akhirnya berdebu juga. Malah ada terjeruk dirumah org tua akhirnya.
Dilimpahkan kekayaan, dipenuhi kouta jumlah isteri. Berbakti lelaki melindungi kaum hawa tauladan mufti. Merudum ekonomi bagai runtuh alam maka bergelimpangan janda sengsara. Disimpanlah mereka, dicukupi dan tidak kufur dinikmati. Janggut prihatin kemas memutih, zuriat bukan tujuan. Berlarian kita menuju yang kesempitan.
Sijil Kelulusan Universiti byk bertampalan diserata dinding. Pelbagai macam sijil juga turut jadi perhiasan. Betapa berilmunya kita, marah berapi jika tiada dihormati. Punca ilmu tiadalah kita hormati dan pedulikan. Panduan ulama keagungan kita, dibuang jauh agar tidak dijumpai masyarakat.
- Imam Abu Hanifah : “tidak halal bagi seseorang untuk berpegang kepada kami selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya”
- Imam Ahmad bin Hanbal :”janganlah kamu bertaqlid kepadaku dan jangan kepada Malik dan jangan pada Syafi’I tetapi ambilah agama kamu dari mana mereka ambil”
- Imam syafi’I berkata ”buanglah hasil ijtihadku apabila hadis itu shahih, karena itulah madzhabku”
- Imam Malik berkata “aku ini manusia biasa yang kadang betul dan kadang salah, maka periksa kembalilah pendapat-pendapatku, mana yang sesuai dengan sunnah maka ambilah dan mana yang tak sesuai maka buanglah”
Kebenaran yang bagaimana cuba disampaikan oleh mereka? Mampukah mereka dan kita memahami konsep yang cuba disampaikan oleh Rasulillah atau kita juga dari golongan api yg marak? Bolehkah tumpukkan mencelakakan kita sehingga melumpuhkan konsep rasullillah? Maka kecelakaanlah Rasulullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan