KONSEP PERTUHANAN

Selasa, 28 Mei 2013

KEBENARAN (11)


Kedaulatan Negara wajib dipertahankan. Bidalan lama berkata:

Biar putih tulang , jangan putih mata.

Terbukti kegagahan pasukan tentera kita dgn peralatan canggih apabila beroperasi di Lahad Datu, Sabah. Berkacamata hitam, bertopeng hitam, melangkah gagah mara penuh bersemangat, siap siaga dlm barisan2 menjejaki musuh Negara.

Jet2 pejuang melayang diudara menyerang posisi musuh membantu 10,000 tentera yang menghambat musuh dibawah. Kapal2 perang angkatan laut membelah laut dgn derasnya mencegat bantuan musuh di lautan Sulu yang bergelora.

Barisan meriam berkereta dan kereta kebal berderetan membungkam keberanian musuh buas merentas perkampungan. Pasukan Semboyan cekap memantau komunikasi.
  
Beberapa bulan kemudian diistiharkan ketewasan 200 org pengganas dilokasi perang.

Persoalan binggung tapi dalam kegembiraan kita;


  1. Bilangan dan kelengkapan kita mgkinkah keterlaluan dibanding pengganas yg tugas hariannya nelayan pantai.
  2. Kerosakkan yang dialami oleh penduduk tempatan sangat dahsyat, kediaman serta ladang musnah. Apakah taktikal itu paling berkesan utk situasi tersebut?
  3. Apakah fakta tentera USA menyertai pengganas2 pada awal babak? Apakah jawapan balas Washington?
  4. Peruntukan manakah yang akan menanggung kerugian penduduk tempatan serta perubatan trauma mereka? 
  5. Mengapa wartawan asing tidak dibenarkan membuat liputan? Mgkin kita sangat prihatin keselamatan mereka? 
  6. Berapakah bebanan kos penyelenggraan tentera kita dioperasi tersebut?


Kita pun menanti laporan didepan tv sambil membayangkan peperangan Black Hawk Down di Somalia. Penantian mmg membosankan ditambah kualiti lapuran kemudiannya sangat tidak berkesinabungan spti yg diharapkan. 

Lama sudah bakat kewartawanan tanah air diremehkan. Dicela, diperlekehkan oleh rakyat namun tiada pemulihan berlaku. Memualkan juga melihat karya mereka saban hari, karenahnya bermusim. Kekadang seperti artis, terkadang seperti politikus. Bencikah mereka pada identity mulia mereka wartawan yang asal hebat?
  
Media kerajaan bermaksud ianya dibiayai oleh wang kerajaan.  Harus diberi kesadaran bahawa gaji mereka dibayar oleh rakyat. Rakyat adalah pelabur dan dikhianati bila kerugian. Maruah dan etika sangat penting selain amanah. Gelinciran kebenaran serta tanpa konsisten juga sgt mengkhianati rakyat.

Mereka juga harus memberikan berkesempatan pada diri mereka utk dimuliakan lalu bersaing dgn kecekapan kewartawanan dinegara jiran2.

Terdapat juga rancangan2 ilmiah bersama para cendiakawan2 Negara. Tetamu undangan juga jelas kabur pengetahuan juga tandus karyarasa bila didengarkan, namun kilatan kepala botak mereka sangat menyilaukan. 

Pilihlah panel yg dikenali akhlaknya serta berjenama global lalu mampu membuktikan fakta selain berandaian atas pembacaan dan syok sendiri. Kita harus peka rakyat kita telah ramai berpelajaran tinggi dan ramai pula berjaya diluar Negara. Bukankah kebodohan begitu spti sengaja merugikan media kerajaan tanpa sokongan rakyat!

Mereka seharusnya memiliki alatan media seperti tv, computer utk memerhatikan serta meninjau slot2 di Negara jiran seperti rancangan “lawyers club” dari Jakarta.

Disini kita akan berkongsi dan memperbincangan isu yang boleh dianggap berat tapi lucu secara terpelajar mengenai Peristiwa Lahad Datu’ dan akibatnya.

Dokumen2 ini telah saya dapati dari teman2 dan katanya boleh diperolehi di Washington, London, Delhi, Beijing, Jakarta dan juga Ibu Pejabat United Nation. Sejarah sangat penting ditelusi agar kita tidak dikatakan kacang lupakan kulit. Agar tidak berulang kejadian Lahad Datu’ kedua kalinya.

Dengan kebijakan yang masih berbaki kita lindungi generasi muda dari dikhianati oleh cendiakawan dan  sejarahwan yang dimewahkan  tetapi sangat mengelirukan.
  
Walaupun kita tidak seberani dan segagah pasukan tentera kita, namun melindungi kebenaran utk generasi hadapan adalah tanggung jawab setiap individu.
  
Difailkan didalam;


  1. Malaya and British Borneo, Sandakan Referendum Treaty 100 yrs - A Century North Borneo – Jose Protacio Mercado Rizal Alonso Realonda- 22 Jun 1876.
  2. Muhammad Salleh Borneo Sandakan Treaty – 1863- 1865.
  3. Muhammad Yusuf Rizal Rakmat Shah – The League and Lipa of Borneo – Jan 22 1878 till completed May 23, 1892.




















Banyak persoalan yang perlu kita halusi :
  1. Kononnya kotak perak keramat itu menyimpan segala dokumen2 penting mengenai penyewaan Sabah. 
  2. Kenapa tiada langsung pengetahuan terutama cendiakawan dari Sabah juga? Kenapa kita memperlekehkan pahlawan ulung kita Mat Salleh Sabah?
  3. Mengapa ianya diiringi oleh panji2 Baginda Raja Singa?  
  4. Setiap perjanjian membawa perlambangan kekal dan antara 2 pihak. Siapakah mereka? Dimanakah mereka?
  5. Perlukah difahami siapakah yg menandatangani perjanjian ini? Siapakah bulan, bintang serta alif, ba, ta, nun dan sebagainya? 
  6. Sewa kita bayar maka terbukti tanah air kita milik org. Bagaimana rasionalnya menerangkan keadaan ini pd diri kita sendiri? 
  7. Beranikah kita membongkar kekaburan ini agar generasi hadapan tidak ketawa lucu atas ketololan generasi kita?
  8. Semoga ini suatu kekeliruan, tetapi sekiranya benar apakah ini suatu pengkhianatan? 
  9. Tuduhannya kita sebagai munafiq gergasi, berjanji tapi tanpa amanah. Bagaimanakah meringankan pengkhianatan atas amanah ini? 
  10. Sebenarnya siapakah yang membinggungkan kita? Apakah pemulihan maruah adalah suatu kesalahan dalam perlembagaan kita?

…sambung……











KEBENARAN (1)


Keluargaku,

Janganlah kalian menolak lantas meninggalkan kebenaran. Berkorbanlah dalam membela kebenaran.Bersabarlah dalam kekurangan, walau ditusuk nista dan hina kerananya. Itulah tumbalan nur rahmat utk alam atau luputlah ia.

Sudahlah kita dipesankan dihujung zaman itu kebenaran akan terpinggir, maka dimuliakan kebatilan dan kepalsuan. Kerana yang menusukkan kepalsuan itu juga adalah dari keluarga kita yg licik kepuraannya. Ugama hanya topengan mereka.

Sejak dahulunya maruah manusia terlihat dari budi pekerti. Pekerti luhur cahayanya kebenaran demi memakmurkan kehidupan. Teras pendidikannya menuju pekerti luhur iaitu bermula dgn membezakan baik dan buruk, betul dan salah, mulia dan jelek.

Itulah kesinabungan dalam mempertahankan status kita, sebagai manusia.Kehilangan status kemanusiaan membuatkan kehilangan banyak kesejahteraan, lalu ditimpakan sumpahan maka menuju binasa.

Sumpahan pasti membinasakan keluarga, masyarakat dan negara. Akibatnya kehodohan akhlak disanjung, berbohong, merompak, membunuh, mefitnah,  mengkhianat, merogol menjadi amalan. Segalanya menuju kepada kebinasaan.

Fitrah asal manusia adalah terpuji. Dianugerahkan Tuhan amanah mulia sebagai khalifah alam. Lalu berusaha menunaikan tanggung jawab dan melindungi amanah serta mempertahankan kebenaran. Begitulah mulianya manusia.

Terkini kita memilih sistem demokrasi utk pakaian masyarakat ini. Ugama islam teras perlembagaan telah dibina bersama dalam membentuk masyarakat hidup berhukum. Konsep inilah yang akan mendukung tamaddun dan sejarah masyarakat kita.. 

Adatnya manusia dahulu sangat tersinggung jika maruahnya dicemarkan. Mereka juga turut marah bila lingkungan mereka dicemarkan. Pencemaran maruah memudaratkan sehingga mereka dan keturunannya akan dipandang hina sepanjang zaman. Dipusakai pula penyakit derita dan sengsara. Sehingga ada yang diusir dari tanah airnya.

Memilih kemenangan tanpa kebenaran adalah kebijakkan yang merugikan. Kemenangan bukanlah segalanya. Namun rasukan kejahilan membuat kita mengagung2kan kemenangan walau merosakkan kebenaran. Kebenaran adalah halangan bagi puak gila kemenangan. 

Dalam proses mendoktrin tadi, kebohongan diucapkan selamba tanpa ragu atau malu. Merompak dan mencuri dilakukan tidak menunggu malam, malah disokong oleh undang2. Hasilnya menyamun jelas lumayan dari dulu. Masyarakat semakin tertindas menderita namun ketawa, dikelirukan dgn dalil bukti ekonomi berkembang..

Kini ajaran baru, maruah diri diukur dgn kekayaan, pangkat  dan kuasa. Teras pendidikan menuju kabur. Tersasar kembali masyarakat kita menuju jahil. Rakus berebut  kekayaan walau tanpa haq dan hukum. Kekayaan membeli kuasa. Berjemaah kita berasuah. Berjemaah juga merebut kuasa. Jemaah yg sama juga dimasjid. Pangkat pun dimangsakan.

Menjahil adalah sama mengusir kesejahteraan dan mengundang petaka. 

Pengkhianatan Bani Kura ini lama dan sering telah dirakamkan dalam sejarah. Kemenangan mereka sedikit tetapi pasti. Selalulah mereka ditelan bumi. Kezaliman mereka seakan bijak dan benar. Tersangat benar pula pada pandangan pengikutnya. Sukar dibedakan, senipis kulit bawang kata ulamak mereka.

1. Biar lambat spti kura2, lambat laun sampai juga.
2. Biar lambat asal selamat.

Perlumbaan lari antara arnab dan kura2 dimenangi oleh kura2. Banyak kegagahan dan kelebihannya kura2 terlepas pandang. Antaranya umur yg panjang. Perawakan comel, makanannya seperti hanya tumbuhan. Berperisai waja serta berkuku tajam pula. Namun helah penipuannya diredhai ramai. Sukar utk dibedakan dgn penyu. Melainkan penyu menyeberangi lautan dan telornya enak dimakan.

1. Kura2 dalam perahu, pura2 tak tahu.
2. Baling batu sembunyi tangan.
3. Pisau dalam lipatan

Umur kita masih berbaki, dunia sudah dihujung permainan, pasti punya kesempatan untuk kembali. Jika tersasar lalu tergelincir ke-jurang dalam, gemblingkan segenap baki kekuatan keluar dari jurang ini. Beban pasti berat, namun amanah wajib dikota setelah jadi hamba yang dipangkah.

Bidalan ilmu berkata: 
Patah sayap bertongkat paruh, namun kudaki, kudaki jua.

Pungutlah diri2 kita yg berderai lalu disatukan, rawati segala luka. Pujuklah serakah agar pergi,  dan iktibarkan segala parut, lalu bersatulah pada kekuatan alam. Buktikan kemanusiaan kita, persetiaan kita, akhirnya akan pernah benar walau hanya dihujung kesempatan.  Buktinya Muhammad itu yang tetap terpuji.

Jumaat, 10 Mei 2013

GURAU PANAS


Keluargaku, marilah kita bertukar angin.

Kepanasan cuaca kebelakangan ini menimbulkan keresahan. Malam pula berbahang, menambah kegelisahan kita. Marahkah alam? Mungkin itulah sebabnya masyarakat terutama golongan muda sering berkumpul dikomplek2 beli belah menumpang sejuk percuma.

Berlalu sudah kemeriahan cerca mencerca, fitnah memfitnah, janji menjanji pilihanraya. Takjub kita melihat semua peserta sangat bertungkus lumus menyakinkan pendengarnya. Anihnya pendengar juga seakan serupa wajahnya walau dimerata ceruk dan tempat. Membiaklah pelanduk subur di tanah kita. Masuklah sudah musim berburu pelanduk.

Jika diconggak dengan jari maka sukar juga utk mendapat angka tepat berapakah modal sudah habis dibelanjakan menjayakan acara itu. Propagandanya berbagai bentuk, pendukungnya ramai, peralatan banyak dan bekerja sepanjang waktu. Makanan dan hadiah juga dihamburkan.

Akhirnya jelaslah permintaan mereka,” berilah saya mandat, berilah peluang pada saya utk berkhidmat utk tuan2.” Ajaib juga bila ada memohon menjadi hamba kita atau ada udang disebalik batu. Digembar gemburkan dimedia, manifesto yg tidak kurang belanjanya. Akan diserah jiwa dan raganya kalau dia dipangkah. Itulah juga ditagih mereka. Muslihat anih.

Kita yang memerhati dari jauh takut mendekat, kerana ulat2nya garang dan berbisa. Tapi ada juga enaknya melihat ramai dijamu dikedai kopi yang selalu lengang. Kata orang kedai lengang tanda kopi tak sedap dan mahal. Berbelanja lagi, apa pula muslihatnya?

Tanpa lelah tetap nyaring bagai botol kicap ditabuh merayu. Dukun dan kiyai bertungkus lumus bermandian asap kemeyan membangunkan para zombie serta para arwah bantu memangkah. Terdaftar juga Onn Jaafar , Husein Onn bangun membantu memangkah bersama zombie jiran.
Anih lagi, para kiyai dan cendiakawan lebih tahu penyeliwingan yang didukung namun perut juga ditauhidkan. Ditambah pula fatwa agar diharamkan golongan yg tidak beserta mereka.

Usai pilihanraya maka kembalilah masyarakat ketampuk asalnya. Waktu ini byk propaganda berkisar menafi dan mengugut pula utk menutup jenayah si-botol. Si kalah akan keluar dijalanan, membawa bukti. Puak peniaga dan penjaja botol sangatlah kesusahan dengarnya. Sibuklah sibotol dgn masyarakatnya berhelah, karya porno. Tiba2 hadir kembali pilihanraya.

Jelaslah kebenaran telah tercicir, panutan baru gemilang iaitu berlambang botol kicap. Maka pihak kiyai akan dinobatkan sebagai golongan pra-sejarah (dinosaur) atau seniman (makhluk halus). Dimartabatlah golongan kiyai kpd wali oleh si botol kicap bagai bulan jatuh ke riba.

Demi menyelamatkan perut sesame cendiakawan serban, difitnahkan negara barat, merancang agar bertempur seluruh umat islam. Makanya kalau melilit serban jgn sehingga telinga dan mata tertutup dan terbelit. Pelanduk serupa pulak,  seiras tutup botol utk botol kicap.

Setiap Negara yang berbudaya serban pasti huru hara. Pertempuran, berbunuhan dan segala kemungkaran menjadi-jadi, ditambah lagi dimusuhi alam. Dimanakah kejahatan Barat dan Cia dlm merosak ugama dan adat kita? Masihkan kita buta siapa perosak ugama kita selain menuduh kuman diseberang lautan.

Buku Manualnya sama, university sama, bahasa sama namun fahamnya berbeda. Cuma lagu sama maka disitulah sedikit aman. Masyarakatnya tersingkir dari nikmat dan rahmat lalu jelas binasa. Apakah kebinasaan dan kesengsaraan itu islam? Cerdik sibotol kicap, tetaplah dia dinikmati kuasa.

Negara jiran serumpun kita yg perlembagaannya adalah pancasila bukan perlembagaan islam. Mereka jauh lebih ramai dan awal bertaqwa pada tuhan. Tarikah Muhammadiah membunuh ahli Tarikah Ahmadiah. Iman tu katanya dikalbu, (bahasa diharamkan) kenapa serban juga yg disucikankan.

Kejayaan ulung adalah sukatan pendidikan ugama telah diringkaskan agar ramai mudah yang tamat. Mata pelajaran yg sering kita gagal dulu, rencam sifat 20, musyahadah tauhid, tajul muluk dan sebagainya telah diharamkan.

Takkan kita nak mencontohi kebodohan Rasullulah atau Qadir Jalani bersuluk digua atau padang pasir pulak. Berulanglah sejarah zaman Rasullullah, pertuhanan dipelajari secara sembunyi.

Maaf, bergurau kita, sambung lagi dimasyar kelak……….

PERBENDAHARAAN KITA


Keluargaku, perbendaharaan bidalan dan bedalan adalah jauh berbeda.

Bidalan tua;

1. Hidung tak mancung, pipi tersorong sorong.

Jerkahan itu bermaksud seseorang sangat berusaha memenangi hati pihak lain selalunya wanita tetapi tiadalah bersambut. Jelasnya orang tak mahu tapi tetap kita terhegeh2 mencuba.Bertepuklah sebelah tangan.

Pedomannya bermaksud agar kita berhenti dari meneruskan usaha kita sebelom dimusibahkan. Usaha juga perlu ada batasannya. Namun sekarang bidalan begitu dicicirkan kerana dianggap melemahkan dan mudah putus asa.

Diusahakan juga sampai dapat walau secara jahat. Begitulah budaya baru diamalkan dalam mengejar cita2 lebih lagi dalam politik. Gadis yang dicitakan dimangsakan, asal dapat. Cinta menjadi dendam. Inilah bedalan.

a. Hijrah moden byk merubah masyarakat kita. Banyak khazanah diri yg tertinggal, berciciran dan terbuang.

b. Masyarakat kita meningkat berubah wajah umpama cicak kamelion menyesuaikan diri pada linkongan.

c. Pimpinan masyarakat kita lebih hebat lagi, menteranya tak pernah makbol. Janji kelentong semakin bertaburan.

Terserlah bahawa rakyat telah menegaskan pilihan mereka dan menyenangi budaya baru. Antaranya budaya disuap. Seorang ibu menyuapkan anak besar atau suaminya kekadang janggal tampaknya disisi masyarakat kecuali o.k.u. Bukti kasih sayang amalan kita.

Zaman ini keuntungan adalah cara hidup. Nasihat lagendanya berbunyi tujuan menghalalkan cara. Seiras Hendon Abu Supian pulak.

Waktu ini masyarakat bagai dirasuk berlumba2 mengejar kekayaan dan pangkat. Alasannya berjihad mendukung impian Negara. Namun tampak kereta mewah meriah dijalanraya. Bukti terserlah kemakmuran. Pekida tambah sibuk memungut kereta bank.

Barang keperluan seharian mahal dan tiada percuma. Apa juga harus dibayar walau sepotong nasihat.  Begitulah betapa wang itu adalah segala2nya.

Demi membuktikan kejayaan ekonomi, banyaklah kontrak kerajaan diistiharkan. Berkejaranlah mufti disertai ustaz2nya dinikmati, muncunglah ahli perniagaan. Tanda diuji.

Dalam kesetiaan pada lagenda itu maka dipamirkan didikan beliau dalam mengait kemenangan. Pohon doyan jiran tinggi buahnya sukar dikait maka roboh ditebang. Maka berjamaah kita menikmati. Termanggu jiran tadi pohon warisannya tewas . Kesetiaan dimanupulasikan.

Hakikat kekalahan mmg pahit, bila tiada pihak sanggup menerima kekalahan dan kehilangan, terus mengusahakan kemenangan walau refree telah menamatkan permainan. Tarikah lagenda amalan tanpa batasan.

a. Seperti hebat penerapan jati diri agar gagah dan perkasa masyarakat kita. Insan sempurna atau insan kamil mukamil.

b. Bangunlah sudah masyarakat yg tanpa putus asa serta bersikap wajib menang dalam segala aspek.

c. Kita akan dihiburkan bila semua mereka akan mahu jadi pemimpin tidak lama lagi. Ramailah pemimpin berbakat kita.

Bergelora golongan muda diwariskan falsafah tersebut. Tampak mereka sangat berani, berkumpulan aneka kegelapan, kerap bermuafakat disimpang jalan, ibubapa melarang juga ada yg mati.

Begitulah perjuangan masyarakat kita dalam menyambung hidup dari hari ke hari. Kelihatannya itulah kesengsaraan tanpa kelapangan, tapi pada umum itulah kemodenan.  Mahzab Demokrasi bebas bersuara walau tafsiran tergelincir. Tercicirlah budaya kita.

Setakat hidung yang tak mancung bukan alasan lagi, diplastikkan terus tajam terpacak melampaui mancung. Tersorong sorong mengendeng mmg amalan baru. Leluhur dikuburan juga mengundi dek takut helah terbaru generasi baru.


 

Khamis, 2 Mei 2013

AL – KITAB 1.



Keluargaku, tafakurkan gurauan ini.

Ayatnya terlalu sederhana namun boleh membuat jantung kita putus.
Sabdaan junjungan kita;

”30 puluh tahun selepas ketiadaanku, alquraan tidak dibacakan seperti dizaman ku. Yang tahu dipinggirkan”

a.   Apakah bangsa Arab diwariskan bahasa Al-Quraan sejak awal?
b.   Apakah sebutannya salah dan berbeza dari sebutan Rasul?
c.   Apakah tajwidnya yg tak dipersetujui Rasul atau salah?
d.   Apakah jika maksudnya salah, pengertian pasti betul?
e.   Adakah kemungkinan sehingga ajaran dan keutamaannya juga turut salah dan terpesong?
f.    Jika tersalah kesemuanya, adakah mereka tetap betul?
g.   Jika tersalah bolehkah dianggap kesilapan?
h.   Apakah itu juga nikmat perselisihan yg dimuliakan?
i.     Besarkah kesalahan dan kesilapan kalau terbukti bersubahat?
j.    Dimanakah para sahabat dan tabiin dizaman tersebut?
k.   Apakah pernah ada keberanian meluruskan kebenaran?
l.     Apakah mungkin rasul mampu mengetahui peristiwa dihadapan?
m. Apakah yg sangat ditakuti para sahabat sehingga bermula suram kebenaran sehari selepas kewafatan Rasulaullah?
n.   Bagaimanakah membuktikan kebenaran Al-Quraan itu mukjizat firman Tuhan? Tiada musnah walau dibakar? Cubalah bakar.
o.  Atau meluat mukjizat pada kita lalu kembali ke langit maka berdebulah dan uzurlah kitab tua diceruk rumah tanpa cahaya?
p.   Benarkah Tuhan menjamin ketulinan Al-Quraan sepanjang zaman?
q.   Kenapa Si-Iblis paling benci pada Si-Jibrail yg memasukkan Al-Quraan didada mukmin dan tidak pada Al-Quraan yg ditulis manusia?
r.    Maka kelihatan ada konspirasi terhadap Al-Quraan sejak awal? Apakah pernah Iblis mengkorupkan mana2 Al-Kitab termasuk Al-quraan dan hadis?
s. Persoalan yang terpenting benarkah kita memerlukan pada ugama yang dibawa Muhammad? Dimana kebenarannya?
t.    Kalau byk panduan yg merapu dan menyeliwing, mampukah kita utk mengenali Ayah Mad dan Tuhan melainkan menjauh. Lalu yg kita perlaungkan cinta kpd Tuhan dan Rasul tu yg duduk kt mana? Mampus kita naik bas tak jelas tujuan!  
u. Tuan hasilkan konsep2 yg lebih moden menggantikan cara purba. Cara lama dah basi serta tidak sesuai dgn zaman.

Apakah Si Ayah Mad bergurau atau mencacai? Atau seperti biasa kita sepikan saja mana2 hadis yang tidak terjangkau oleh ilmu kita? Atau kita fitnah hadis ini pula agar terjungkang Si-Ayah Mad! Demi menjamin keamanan masyarakat serta sentiment ummah kita tolak kebenaran.

Nanti kita tunggu jawapan utk kebenaran dan pembuktian pada setiap persoalan…………

SUKAN SEPAK-SEPAKKAN.



Keagungan pertandingan Kelab2 Bolasepak Juara Eropa musim ini akan sampai ke hujungnya. Dipamirkan perjuangan berkarisma bertaraf dunia. Mengkagumkan semangat seluruh para pemain, sangat professional, bertanggung jawab dan berdisiplin termasuk pengadil serta juru kemera juga.

Begitulah juga pilihanraya dinegara kita, hari pertandingannya sangat mendekat. Rakyat memilih wakilnya utk menjalankan sebuah Negara Iselam perlembagaannya. Jelas kedengaran ditelinga lebih ramai pemidatonya menolak keIselaman tadi. Salah gelanggang atau terkeliru.

Sewaktu dulu acara ini sangat bermakna dan bersejarah namun kini ia adalah seperti demokrasi tanpa pilihannya  dan tanpa rayanya lagi. Kegemilangannya telah dinodai sekian lama dgn fitnah dan pembohongan. Fitnah memburuk sehingga hilanglah keiselaman dan keMalaysiannya tadi.

Kelihatannya ahli perniagaan terutama pasukan kontraktor sangat berlatih dalam pilihanraya. Pasukan Pengadilnya juga telah berikrar menyebelahi suatu pihak. Polis dan tentera juga kepihak itu. Kerana perlembagaan sukar difahami.
 
Rakyat cuma memahami bila pilihanraya mereka akan menerima ganjaran.  Dihadiahkan lagi sehelai kain batik atau kain pelikat. Kembanglah hati. Rakyat kabur ke kubur.

Siri2 bakat reality tv dinegara kita, diadili secara pilihanraya juga, bukan pengadil professional, semoga bolasepak tidak terikut demokrasi iselam tersebut.

Mendengar janji2 dikedua2 pasukan kami sangat terharu akan kemurahan hati dan cinta mereka terhadap rakyat.  Berebutan melemparkan kasih.  Sebegitu kaya mereka mengapa perlu bermusuhan utk bersedekah dan berinfak. Mahulah kami kedua2nya diistiharkan menang sekarang juga.

Berdoalah kami agar suasana pilihanraya ini berpanjangan terus. Berharap jugalah janji tunai dibawa sewaktu berkempen membuktikan kebenaran mereka. Barulah tepat perkataan raya tersebut. Namun hantu raya juga terjelma.

Siapa juga pemenangnya diwajibkan meletakkan cagaran mendukung janji mereka membawa Negara ini kepada kejayaan dan kemajuan. Maka kuranglah rakyat terinaya walau mungkir mereka seperti kebiasaannya. Rakyat takdirnya seperti goblok berpanjangan.

Janganlah ada sesuatu pasukan seperti hooligan bolasepak British. Mengamuk jika tewas.

Adat dipertandingan akhir perlu pemenangnya , dan kematangan sangat dituntut. Tiadalah kelihatan kualiti2 sedemikian,  sekurang2nya mereka tiada pernah berniat utk menghancurkan ugama , bangsa dan Negara kita secara terpimpin. Masihlah kita buta bersukan.

Digelanggang politik kita tidak ada tendangan penalti, umpamanya perbahasan berani diantara bintang2 parti seperti dinegara2 pengamal demokrasi yang lain. Tiadalah bintang dlm negara kita, jadi hambarlah permainan tanpa bintang.

Menjadi bintang memerlukan keberanian dan kelebihan selain ketulinan bakat. Tanpanya juga boleh tapi tetaplah rendah dipandangan dunia. Itulah bukti kesuraman tanpa bintang Negara kita utk sekian lama. Biarlah malap janganlah pula berbau busuk lagi hanyir.

Bersukan melatih kita jadi sihat lagi matang. Agar jadi umat yang mengerti dan berbudi. Umat Muhammad dilarang mencalunkan dirinya menjadi pemimpin namun umat iselam mengamalkannya.

Berjujuran airmata Ayah Mad dipersendakan oleh ulamak dan umatnya.