KONSEP PERTUHANAN

Jumaat, 10 Mei 2013

GURAU PANAS


Keluargaku, marilah kita bertukar angin.

Kepanasan cuaca kebelakangan ini menimbulkan keresahan. Malam pula berbahang, menambah kegelisahan kita. Marahkah alam? Mungkin itulah sebabnya masyarakat terutama golongan muda sering berkumpul dikomplek2 beli belah menumpang sejuk percuma.

Berlalu sudah kemeriahan cerca mencerca, fitnah memfitnah, janji menjanji pilihanraya. Takjub kita melihat semua peserta sangat bertungkus lumus menyakinkan pendengarnya. Anihnya pendengar juga seakan serupa wajahnya walau dimerata ceruk dan tempat. Membiaklah pelanduk subur di tanah kita. Masuklah sudah musim berburu pelanduk.

Jika diconggak dengan jari maka sukar juga utk mendapat angka tepat berapakah modal sudah habis dibelanjakan menjayakan acara itu. Propagandanya berbagai bentuk, pendukungnya ramai, peralatan banyak dan bekerja sepanjang waktu. Makanan dan hadiah juga dihamburkan.

Akhirnya jelaslah permintaan mereka,” berilah saya mandat, berilah peluang pada saya utk berkhidmat utk tuan2.” Ajaib juga bila ada memohon menjadi hamba kita atau ada udang disebalik batu. Digembar gemburkan dimedia, manifesto yg tidak kurang belanjanya. Akan diserah jiwa dan raganya kalau dia dipangkah. Itulah juga ditagih mereka. Muslihat anih.

Kita yang memerhati dari jauh takut mendekat, kerana ulat2nya garang dan berbisa. Tapi ada juga enaknya melihat ramai dijamu dikedai kopi yang selalu lengang. Kata orang kedai lengang tanda kopi tak sedap dan mahal. Berbelanja lagi, apa pula muslihatnya?

Tanpa lelah tetap nyaring bagai botol kicap ditabuh merayu. Dukun dan kiyai bertungkus lumus bermandian asap kemeyan membangunkan para zombie serta para arwah bantu memangkah. Terdaftar juga Onn Jaafar , Husein Onn bangun membantu memangkah bersama zombie jiran.
Anih lagi, para kiyai dan cendiakawan lebih tahu penyeliwingan yang didukung namun perut juga ditauhidkan. Ditambah pula fatwa agar diharamkan golongan yg tidak beserta mereka.

Usai pilihanraya maka kembalilah masyarakat ketampuk asalnya. Waktu ini byk propaganda berkisar menafi dan mengugut pula utk menutup jenayah si-botol. Si kalah akan keluar dijalanan, membawa bukti. Puak peniaga dan penjaja botol sangatlah kesusahan dengarnya. Sibuklah sibotol dgn masyarakatnya berhelah, karya porno. Tiba2 hadir kembali pilihanraya.

Jelaslah kebenaran telah tercicir, panutan baru gemilang iaitu berlambang botol kicap. Maka pihak kiyai akan dinobatkan sebagai golongan pra-sejarah (dinosaur) atau seniman (makhluk halus). Dimartabatlah golongan kiyai kpd wali oleh si botol kicap bagai bulan jatuh ke riba.

Demi menyelamatkan perut sesame cendiakawan serban, difitnahkan negara barat, merancang agar bertempur seluruh umat islam. Makanya kalau melilit serban jgn sehingga telinga dan mata tertutup dan terbelit. Pelanduk serupa pulak,  seiras tutup botol utk botol kicap.

Setiap Negara yang berbudaya serban pasti huru hara. Pertempuran, berbunuhan dan segala kemungkaran menjadi-jadi, ditambah lagi dimusuhi alam. Dimanakah kejahatan Barat dan Cia dlm merosak ugama dan adat kita? Masihkan kita buta siapa perosak ugama kita selain menuduh kuman diseberang lautan.

Buku Manualnya sama, university sama, bahasa sama namun fahamnya berbeda. Cuma lagu sama maka disitulah sedikit aman. Masyarakatnya tersingkir dari nikmat dan rahmat lalu jelas binasa. Apakah kebinasaan dan kesengsaraan itu islam? Cerdik sibotol kicap, tetaplah dia dinikmati kuasa.

Negara jiran serumpun kita yg perlembagaannya adalah pancasila bukan perlembagaan islam. Mereka jauh lebih ramai dan awal bertaqwa pada tuhan. Tarikah Muhammadiah membunuh ahli Tarikah Ahmadiah. Iman tu katanya dikalbu, (bahasa diharamkan) kenapa serban juga yg disucikankan.

Kejayaan ulung adalah sukatan pendidikan ugama telah diringkaskan agar ramai mudah yang tamat. Mata pelajaran yg sering kita gagal dulu, rencam sifat 20, musyahadah tauhid, tajul muluk dan sebagainya telah diharamkan.

Takkan kita nak mencontohi kebodohan Rasullulah atau Qadir Jalani bersuluk digua atau padang pasir pulak. Berulanglah sejarah zaman Rasullullah, pertuhanan dipelajari secara sembunyi.

Maaf, bergurau kita, sambung lagi dimasyar kelak……….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan