KONSEP PERTUHANAN

Selasa, 28 Mei 2013

KEBENARAN (1)


Keluargaku,

Janganlah kalian menolak lantas meninggalkan kebenaran. Berkorbanlah dalam membela kebenaran.Bersabarlah dalam kekurangan, walau ditusuk nista dan hina kerananya. Itulah tumbalan nur rahmat utk alam atau luputlah ia.

Sudahlah kita dipesankan dihujung zaman itu kebenaran akan terpinggir, maka dimuliakan kebatilan dan kepalsuan. Kerana yang menusukkan kepalsuan itu juga adalah dari keluarga kita yg licik kepuraannya. Ugama hanya topengan mereka.

Sejak dahulunya maruah manusia terlihat dari budi pekerti. Pekerti luhur cahayanya kebenaran demi memakmurkan kehidupan. Teras pendidikannya menuju pekerti luhur iaitu bermula dgn membezakan baik dan buruk, betul dan salah, mulia dan jelek.

Itulah kesinabungan dalam mempertahankan status kita, sebagai manusia.Kehilangan status kemanusiaan membuatkan kehilangan banyak kesejahteraan, lalu ditimpakan sumpahan maka menuju binasa.

Sumpahan pasti membinasakan keluarga, masyarakat dan negara. Akibatnya kehodohan akhlak disanjung, berbohong, merompak, membunuh, mefitnah,  mengkhianat, merogol menjadi amalan. Segalanya menuju kepada kebinasaan.

Fitrah asal manusia adalah terpuji. Dianugerahkan Tuhan amanah mulia sebagai khalifah alam. Lalu berusaha menunaikan tanggung jawab dan melindungi amanah serta mempertahankan kebenaran. Begitulah mulianya manusia.

Terkini kita memilih sistem demokrasi utk pakaian masyarakat ini. Ugama islam teras perlembagaan telah dibina bersama dalam membentuk masyarakat hidup berhukum. Konsep inilah yang akan mendukung tamaddun dan sejarah masyarakat kita.. 

Adatnya manusia dahulu sangat tersinggung jika maruahnya dicemarkan. Mereka juga turut marah bila lingkungan mereka dicemarkan. Pencemaran maruah memudaratkan sehingga mereka dan keturunannya akan dipandang hina sepanjang zaman. Dipusakai pula penyakit derita dan sengsara. Sehingga ada yang diusir dari tanah airnya.

Memilih kemenangan tanpa kebenaran adalah kebijakkan yang merugikan. Kemenangan bukanlah segalanya. Namun rasukan kejahilan membuat kita mengagung2kan kemenangan walau merosakkan kebenaran. Kebenaran adalah halangan bagi puak gila kemenangan. 

Dalam proses mendoktrin tadi, kebohongan diucapkan selamba tanpa ragu atau malu. Merompak dan mencuri dilakukan tidak menunggu malam, malah disokong oleh undang2. Hasilnya menyamun jelas lumayan dari dulu. Masyarakat semakin tertindas menderita namun ketawa, dikelirukan dgn dalil bukti ekonomi berkembang..

Kini ajaran baru, maruah diri diukur dgn kekayaan, pangkat  dan kuasa. Teras pendidikan menuju kabur. Tersasar kembali masyarakat kita menuju jahil. Rakus berebut  kekayaan walau tanpa haq dan hukum. Kekayaan membeli kuasa. Berjemaah kita berasuah. Berjemaah juga merebut kuasa. Jemaah yg sama juga dimasjid. Pangkat pun dimangsakan.

Menjahil adalah sama mengusir kesejahteraan dan mengundang petaka. 

Pengkhianatan Bani Kura ini lama dan sering telah dirakamkan dalam sejarah. Kemenangan mereka sedikit tetapi pasti. Selalulah mereka ditelan bumi. Kezaliman mereka seakan bijak dan benar. Tersangat benar pula pada pandangan pengikutnya. Sukar dibedakan, senipis kulit bawang kata ulamak mereka.

1. Biar lambat spti kura2, lambat laun sampai juga.
2. Biar lambat asal selamat.

Perlumbaan lari antara arnab dan kura2 dimenangi oleh kura2. Banyak kegagahan dan kelebihannya kura2 terlepas pandang. Antaranya umur yg panjang. Perawakan comel, makanannya seperti hanya tumbuhan. Berperisai waja serta berkuku tajam pula. Namun helah penipuannya diredhai ramai. Sukar utk dibedakan dgn penyu. Melainkan penyu menyeberangi lautan dan telornya enak dimakan.

1. Kura2 dalam perahu, pura2 tak tahu.
2. Baling batu sembunyi tangan.
3. Pisau dalam lipatan

Umur kita masih berbaki, dunia sudah dihujung permainan, pasti punya kesempatan untuk kembali. Jika tersasar lalu tergelincir ke-jurang dalam, gemblingkan segenap baki kekuatan keluar dari jurang ini. Beban pasti berat, namun amanah wajib dikota setelah jadi hamba yang dipangkah.

Bidalan ilmu berkata: 
Patah sayap bertongkat paruh, namun kudaki, kudaki jua.

Pungutlah diri2 kita yg berderai lalu disatukan, rawati segala luka. Pujuklah serakah agar pergi,  dan iktibarkan segala parut, lalu bersatulah pada kekuatan alam. Buktikan kemanusiaan kita, persetiaan kita, akhirnya akan pernah benar walau hanya dihujung kesempatan.  Buktinya Muhammad itu yang tetap terpuji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan