Keagungan pertandingan Kelab2
Bolasepak Juara Eropa musim ini akan sampai ke hujungnya. Dipamirkan perjuangan berkarisma
bertaraf dunia. Mengkagumkan semangat seluruh para pemain, sangat professional,
bertanggung jawab dan berdisiplin termasuk pengadil serta juru kemera juga.
Begitulah juga pilihanraya
dinegara kita, hari pertandingannya sangat mendekat. Rakyat memilih wakilnya utk
menjalankan sebuah Negara Iselam perlembagaannya. Jelas kedengaran ditelinga
lebih ramai pemidatonya menolak keIselaman tadi. Salah gelanggang atau
terkeliru.
Sewaktu dulu acara ini sangat
bermakna dan bersejarah namun kini ia adalah seperti demokrasi tanpa pilihannya
dan tanpa rayanya lagi. Kegemilangannya
telah dinodai sekian lama dgn fitnah dan pembohongan. Fitnah memburuk sehingga
hilanglah keiselaman dan keMalaysiannya tadi.
Kelihatannya ahli perniagaan
terutama pasukan kontraktor sangat berlatih dalam pilihanraya. Pasukan
Pengadilnya juga telah berikrar menyebelahi suatu pihak. Polis dan tentera juga
kepihak itu. Kerana perlembagaan sukar difahami.
Rakyat cuma memahami bila pilihanraya
mereka akan menerima ganjaran. Dihadiahkan
lagi sehelai kain batik atau kain pelikat. Kembanglah hati. Rakyat kabur ke
kubur.
Siri2 bakat reality tv dinegara
kita, diadili secara pilihanraya juga, bukan pengadil professional, semoga
bolasepak tidak terikut demokrasi iselam tersebut.
Mendengar janji2 dikedua2
pasukan kami sangat terharu akan kemurahan hati dan cinta mereka terhadap
rakyat. Berebutan melemparkan kasih. Sebegitu kaya mereka mengapa perlu bermusuhan
utk bersedekah dan berinfak. Mahulah kami kedua2nya diistiharkan menang
sekarang juga.
Berdoalah kami agar suasana pilihanraya
ini berpanjangan terus. Berharap jugalah janji tunai dibawa sewaktu berkempen membuktikan
kebenaran mereka. Barulah tepat perkataan raya tersebut. Namun hantu raya juga
terjelma.
Siapa juga pemenangnya diwajibkan
meletakkan cagaran mendukung janji mereka membawa Negara ini kepada kejayaan dan
kemajuan. Maka kuranglah rakyat terinaya walau mungkir mereka seperti
kebiasaannya. Rakyat takdirnya seperti goblok berpanjangan.
Janganlah ada sesuatu pasukan
seperti hooligan bolasepak British. Mengamuk jika tewas.
Adat dipertandingan akhir perlu pemenangnya
, dan kematangan sangat dituntut. Tiadalah kelihatan kualiti2 sedemikian, sekurang2nya mereka tiada pernah berniat utk menghancurkan
ugama , bangsa dan Negara kita secara terpimpin. Masihlah kita buta bersukan.
Digelanggang politik kita tidak
ada tendangan penalti, umpamanya perbahasan berani diantara bintang2 parti seperti
dinegara2 pengamal demokrasi yang lain. Tiadalah bintang dlm negara kita, jadi
hambarlah permainan tanpa bintang.
Menjadi bintang memerlukan
keberanian dan kelebihan selain ketulinan bakat. Tanpanya juga boleh tapi tetaplah
rendah dipandangan dunia. Itulah bukti kesuraman tanpa bintang Negara kita utk
sekian lama. Biarlah malap janganlah pula berbau busuk lagi hanyir.
Bersukan melatih kita jadi sihat
lagi matang. Agar jadi umat yang mengerti dan berbudi. Umat Muhammad dilarang mencalunkan
dirinya menjadi pemimpin namun umat iselam mengamalkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan