Dalam membangun kembali kegemilangan ugama dan bangsa perlulah kita mencungkil jatidiri bangsa kita. Banyak aspek yg perlu kita tembusi dan telusi. Paling utama asal usul benih kita maka sejarah nenek moyang dan keturunan perlu diselidiki sehingga ke manusia pertama junjungan nabi adam.
a. Mengenal kejadian diri kita sehingga ke-nyawanya.
b. Mengenal leluhur kita sehingga tahu perjanjian dan sumpahannya.
c. Setelah pasti baru kita menyusun utk memertabatkan diri menuju matlamat.
Demi menyelamatkan dan memertabatkan bangsa, apa pun akan kita usahakan. Kita Cuma mencetuskan sesuatu usaha agar disambut dan berterusan ke generasi seterusnya agar bangsa kita bebas dari kebodohan dan menikmati kesejahteraan. Apakah bahaya menimpa bangsa kita?
Dalam mendefinasikan perkataan Melayu perlu diungkap walau pada dasar perkataannya seteliti mungkin. Melayu boleh juga bermaksud beragan lalu mati. Ia juga boleh disamakan dgn sesuatu berkeadaan uzur benih yg tenat.
Perkataan itu jika digandingkan pada penghidupan akan bermaksud;
1. Tanaman melayu bermaksud sesuatu tanaman yang tak sempat matang atau berisi, dibuang kerana buruk. Jadi melukut dan hampas. Jika tidak dibuang berjangkit pula pada yang lain. Muramlah wajah petani melihat segala usaha tercurah ke parit.
2. Buah sudah melayu bermaksud tiada sempat masak akhirnya membusuk, dimakan juga tak enak lalu digelar pokok yg tidak berbudi. Lucunya bila ada rela dilayukan atau masuk melayu.
3. Benih yang berkah pasti berbunga, berkembang lalu diserikan kumbang. Maka barulah ianya berputik lalu berbuah sehingga matang ranum. Tapi jika diperingkat benih sudah melayu pastilah kurang baik dan berpenyakit.
4. Jika dijangkiti penyakit , perlulah kita cari punca penyakitnya dan diubati. Harus pantas kita bertindak agar berhasil, kerugian pasti namun perlulah kita mempertingkatkan bakanya.
5. Maka jika dikaitkan pada manusia itu pastinya keturunan banyak penyakit. Tidak mandul Cuma tanpa berkah. Tinggilah selenggaraan. Takut berjangkit dalam masyarakat bertambah bencana. Dibunuh sayang, dibiarkan ramai yg korban.Maka disingkirkan ke tanjung. Semenanjung melayu.
6. Dalam kebijaksanaan kita apakah perlu dihalangi sesuatu pemulihan terhadap apa pun penyakit terhadap baka bangsa dengan kajian yg sangat teliti melainkan kita suka pada kebejatan ini dan terus disanjungi. Rawatlah penyakit. R & R
Kenapa tiada terfikir dan diusahakan utk menukarkan nama bangsanya setelah hampir 60 tahun merdeka? Tiadakah terusik perasaan kita bila mendengar seperti dicerca bangsa kita? Selami hakikat bangsa dahulu setelah itu barulah diperjuangkan matlamatnya bangsa.
Ibadah tanpa ilmu itu katanya sia2.
Benih lembam tak ngerti bahasa.
Bahasa itu menunjukkan budi.
Budi mempamirkan hati.
Mulia hati terpancar cahaya.
Benderang cahaya rakyat bahagia.
Kita melaungkan setiap setengah saat kecintaan kita pada ugama bangsa dan Negara, macam zikir pulak. Tawasul sahsilah tak peduli maka tanpa kefahaman dan pengertiannya. Itukan pelawak namanya.
Pasti mulia dan membawa kemakmuran dgn menaburkan wang ringgit kita kepada masyarakat secara ikhlas. Lebih lawak lagi bila kita bersedekah dgn menyumbangkan hak rakyat seperti dari haknya. Ibadah tanpa ilmu. Pendustaan mengakibatkan melayu dan membusuk seperti zikir tadi.
Dewasa ini sering kita diolok2kan dgn kejayaan palsu oleh pemimpin. Terutama dari segi kewangan yang kukuh dan ekonomi meningkat. Momokan begitu semakin menular kepada racun fitnah dan menjadi amalan pula. Bertambah melayulah masyarakat kita diracun momok lalu jadi hantu bersepanduk dijalanan.
Gurindam tua pilu bertingkah:
Ikan siakap ikan senohong,
ikan gelama ikan duri.
Bercakap selalu bohong,
Lama kelamaan jadi pencuri.
Ikan senohong ikan terubuk,
Cakap bohong akhirnya terjun lubuk.
Betapa indah dan matang gurindam tua kita membawa nasihat dan akibat. Merugilah kita kehilangan pusaka kegemilangan bangsa kita walau nama pewarisnya hodoh.
Kenapa kita selalu memcontohi kejahatan jiran kita.Seolah2 itulah idola dan ikutan kita? Bukankah menunjukkan kemurnian yg perlu mereka contohi lebih mulia.
Setelah sekian lama dinikmati kesejahteraan, umur, harta dan ilmu, tiadakah terfikir untuk bersyukur dan mengekalkan pusaka serta menambahkan lebih kecemerlangan bangsa kita hingga ke akhir zaman?
Mungkinkah kita sendiri bersifat buas, topeng jugalah indah. Maka berubah undang2 setiap hari semahunya mengikut selera kita.
Jika semua kualitinya tiada, Cuma janji2 syurga didodoikan sedangkan bangsa melayu kita tetaplah tenat. Sebenarnya lebih tenatlah lagi perut Tuan, disumbat2kan darah bangsa. Pengkhianatan gemilang.
Kejahilan menuju engkar. Engkar itu durhaka walau tanpa disedari. Durhaka itu merugi pengikut Iblis. Pengkhianatan lebih lagi. Kerana memuliakan kebodohan, tanpa pengetahuan lalu kita melakukan segala kebencian alam iaitu zalim.
Kata pujangga, zalim itu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Kalau kita seorang terjerumus lalu merugi dan sering salah tempat tak ape tapi jangan libatkan masyarakat. Mendayu pula gurindam pak pandir.
Sejarah Jepon membuktikan Melayu itu bangsa yang kurang berani. Tapi dalam mengkhianati tuhan, alam dan bangsanya sangat berani. Pasti ada sesuatu disembunyikan, takut terlondeh pulak kebenaran dimata rakyat, kepayahan lain pulak yang tiba. Lalu kita alasankan kecelakaan seperti pepatah, kemajuan menuntut korban.
Tiada dapat disanggah ketinggian pusaka tamaddun leluhur kita, dipuja puji oleh orang asing. Apakah perlu buktinya? Kenapa bangsa kita memencilkan pusaka sendiri?
1. Budi bahasanya yang cemerlang kini telah mencurang.
-sifat suka membantu dan ikhlas lenyap.Layulah budi dan roh.
2. Sopan santunnya menyejuk mata kini menyolok mata.
-sikap hormat menghormati telah mati dilanggar kapalterbang diudara kerana asyik melayang.
3. Adat resamnya merukunkan kini kiasi kiasu.
-kehormatan diri dlunya terkunci rapi kini dipertontonkan tanpa silu.
4. Budayanya dulu indah kini hodoh.
-anak2 kini berbahasa anih dan bercanda tanpa hormat dan segan. Terasa tiada kasih dalam perbuatan dan bahasa.
5. Bangsa merudum tiada berbudi mulalah melayu.
Walau telah Berjaya kita pinggirkan warisan sejarah kita, tapi tidak pernah menafikan harta warisan. Hartanya diburu tapi agenda dibuang. Sikap mengejar punya orang sangat cenderong kebelakangan ini. Maka disumpah dan memaksa cucu cicitnya dibebani sumpahan sebegini sehingga mereka mahu insaf.
Dimanakah kebenarannya? Apakah mereka sudah tahu pewaris mereka itulah akan menjadi bangsa terlaknat yakjuj makjuj, yahudi dan nasara?
Maka disumpahkan lalu terlaknat dan membusuk.
Lagenda Hang Tuah pahlawan keagungan bangsa kita abad 15 yang sangat gagah di benua ini. Taat sehingga tiada pernah berniat durhaka walau sangat terinaya oleh bangsanya, tetaplah mempertahankan maruah bangsanya.
Tapi apakah pangkal ayat pada hujungnya ayat yang berbunyi “tiada melayu hilang didunia.” Apakah pesanan penuh yang telah disembunyikan. Siapakah berkonspirasi menyembunyikan dan apakah motifnya? Sempurna mautnya bila kebenarannya itu dikuburkan ditelaga puaka dan mitoskan oleh tikus plastik.(politikus)
Para sejarawan berusaha merungkaikan persoalan ujaran Tuah itu, bahawa bangsa beliau ini kuat dan terbilang dari hanya sekerat dari sepotong ayat. Penyeliwingan yang berjemaah.
Apakah ancaman yang menakutan si Tuah terhadap bangsanya? Apakah yang terbau oleh beliau sebenarnya yang akan membencanakan bangsanya sehingga membusuk lalu pupus? Busuk dan Pupus yang bagaimana? Pasti kita temui usul yang hilang bersama Tuah yg menyingkir.
Cuba kita selidiki kemanakah perginya kerajaan Melaka setelah perginya Hang Tuah? Mengapakah bangsa itu tenggelam timbul macam sabut di hanyut arus sungai? Berterusan tenggelam, lemas dan layu. Perlulah ia pada pautan utk bernafas dan kembali ke tebing. Jika menang pun, tetaplah kampong tergadai.
Bangsa Nusa itu sukanya dikampong, bertani, pelaut dan menternak. Kehidupanya tenang dan taat. Kepercayaan mereka kepada imam dan pemimpin tanpa fikir. Budayanya begitu, ketuanya dari dulu siddiq dan amanah tanpa khianat. Bagi mereka pemimpinlah ulul amri lalu ditaati. Maka mautlah mereka dibaham pendusta zaman kita.
Meneladani tamaddun Nabi Aullah Isa AS, hampir 325 tahun selepas perginya beliau maka dipertingkatkan taraf Kitabnya dan dipanggil Catholic. Kita melihatnya dalam catitan sejarah terutama Almarhum Sheikh Deedad menfatwakan kitab itu telah tidak asli kerana diubah seiring zaman. Berpecahanlah pengikut Isa AS sehingga 72 fahaman dan golongan.
Kononnya Rasul purba bangsa Nusantara, Muhammad SAW juga bimbang kejadian yang sama berlaku pada kitab dan umatnya lalu banyaklah hadis pusakanya menekankan kejadian perpecahan itu. Namun 30 tahun selepas kewafatannya, sekitar Hijrah 40 telah mula kitabnya dimolekkan apatah lagi 300 tahun selepas itu maka banyak kitab baru dan mahzab baru setanding Nabi purba itu.
Sebagai seorang ilmuan kita amat bangga kehadiran banyak kitab baru dengan pandangan baru, nafas baru tanda ilmu berkembang pesat. Jesteru itu kita bangga alquraan juga mengalami suntikan pembaharuan yg senasib dengan kitab yang lain selari kehendak masa.
Kita halusi ujaran pujangga purba yang tidak dikenali ini, Ali bin Abi Thalib berkata :
a. “Jika Allah merendahkan seorang hamba niscaya Dia tidak menganugerahkan kepadanya ilmu pengetahuan.”
b. “Perbuatan baik terhadap orang dungu itu seperti menyirami air tawar ke akar pohon hanzhal (rasanya pahit sekali), setiap kali ditambah banyak disirami air, maka justru makin bertambah pahit.”
c. “Jika Allah berkehendak menghilangkan nikmat dari seorang hamba-Nya, maka yang pertama-tama Dia ubah adalah akalnya.”
Panduan .
Kitab menyarankan bahawa tersangat penting utk kita pelajari sejarah, dan juga orang terdahulu untuk kita belajar pula pada alam.
Panduan kitab purba, nama memainkan peranan dalam penghidupan, juga sebuah doa dan memberi sebutan dan panggilan yang baik apalagi suatu bangsa adalah ibadah.
Tiada dihati utk mentaati mana2 kitab purba setelah ada kitab porno. Buktinya kita akan berada dlm linkungan itu dlm berhujat.
Sebuah gurindam perjuangan berbunyi;
Kalaulah roboh kota Melaka,
Papan diJawa kami dirikan.
Kalaulah sungguh bagai dikata,
jiwa dan raga kami serahkan.
Lalu disonsong oleh seorang lagenda kini dgn mengatakan Kota Melaka telah pun roboh, mana papan Jawanya? Biarlah tidak dijawap soalan itu agar dijgn dibenci rakyat jika ketahuan.
Bersambung…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan