KONSEP PERTUHANAN

Isnin, 22 April 2013

MELAYU


Dalam membangun kembali kegemilangan ugama dan bangsa perlulah kita mencungkil jatidiri bangsa kita. Banyak aspek yg perlu kita tembusi dan telusi. Paling utama asal usul benih kita maka sejarah nenek moyang dan keturunan perlu diselidiki sehingga ke manusia pertama junjungan nabi adam.

a. Mengenal kejadian diri kita sehingga ke-nyawanya.
b. Mengenal leluhur kita sehingga tahu perjanjian dan sumpahannya.
c. Setelah pasti baru kita menyusun utk memertabatkan diri menuju matlamat.

Demi menyelamatkan dan memertabatkan bangsa, apa pun akan kita usahakan. Kita Cuma mencetuskan sesuatu usaha agar disambut dan berterusan ke generasi seterusnya agar bangsa kita bebas dari kebodohan dan menikmati kesejahteraan. Apakah bahaya menimpa bangsa kita?

Dalam mendefinasikan perkataan Melayu perlu diungkap walau pada dasar perkataannya seteliti mungkin. Melayu boleh juga bermaksud beragan lalu mati. Ia juga boleh disamakan dgn sesuatu berkeadaan uzur benih yg tenat.

Perkataan itu jika digandingkan pada penghidupan akan bermaksud;

1. Tanaman melayu bermaksud sesuatu tanaman yang tak sempat matang atau berisi, dibuang kerana buruk. Jadi melukut dan hampas. Jika tidak dibuang berjangkit pula pada yang lain. Muramlah wajah petani melihat segala usaha tercurah ke parit.

2. Buah sudah melayu bermaksud tiada sempat masak akhirnya membusuk, dimakan juga tak enak lalu digelar pokok yg tidak berbudi. Lucunya bila ada rela dilayukan atau masuk melayu.

3. Benih yang berkah pasti berbunga, berkembang lalu diserikan kumbang. Maka barulah ianya berputik lalu berbuah sehingga matang ranum. Tapi jika diperingkat benih sudah melayu pastilah kurang baik dan berpenyakit.

4. Jika dijangkiti penyakit , perlulah kita cari punca penyakitnya dan diubati. Harus pantas kita bertindak agar berhasil, kerugian pasti namun perlulah kita mempertingkatkan bakanya.

5. Maka jika dikaitkan pada manusia itu pastinya keturunan banyak penyakit. Tidak mandul Cuma tanpa berkah. Tinggilah selenggaraan. Takut berjangkit dalam masyarakat bertambah bencana. Dibunuh sayang, dibiarkan ramai yg korban.Maka disingkirkan ke tanjung. Semenanjung melayu.

6. Dalam kebijaksanaan kita apakah perlu dihalangi sesuatu pemulihan terhadap apa pun penyakit terhadap baka bangsa dengan kajian yg sangat teliti melainkan kita suka pada kebejatan ini dan terus disanjungi. Rawatlah penyakit. R & R 
Kenapa tiada terfikir dan diusahakan utk menukarkan nama bangsanya setelah hampir 60 tahun merdeka? Tiadakah terusik perasaan kita bila mendengar seperti dicerca bangsa kita? Selami hakikat bangsa dahulu setelah itu barulah diperjuangkan matlamatnya bangsa. 

Ibadah tanpa ilmu itu katanya sia2. 
Benih lembam tak ngerti bahasa. 
Bahasa itu menunjukkan budi.
Budi mempamirkan hati.
Mulia hati terpancar cahaya.
Benderang cahaya rakyat bahagia.

Kita melaungkan setiap setengah saat kecintaan kita pada ugama bangsa dan Negara, macam zikir pulak. Tawasul sahsilah tak peduli maka tanpa kefahaman dan pengertiannya. Itukan pelawak namanya.

Pasti mulia dan membawa kemakmuran dgn menaburkan wang ringgit kita kepada masyarakat secara ikhlas. Lebih lawak lagi bila kita bersedekah dgn menyumbangkan hak rakyat seperti dari haknya. Ibadah tanpa ilmu. Pendustaan mengakibatkan melayu dan membusuk seperti zikir tadi.

Dewasa ini sering kita diolok2kan dgn kejayaan palsu oleh pemimpin. Terutama dari segi kewangan yang kukuh dan ekonomi meningkat. Momokan begitu semakin menular kepada racun fitnah dan menjadi amalan pula. Bertambah melayulah masyarakat kita diracun momok lalu jadi hantu bersepanduk dijalanan.

Gurindam tua pilu bertingkah:

Ikan siakap ikan senohong, 
ikan gelama ikan duri.
Bercakap selalu bohong,
Lama kelamaan jadi pencuri.

Ikan senohong ikan terubuk,
Cakap bohong akhirnya terjun lubuk.

Betapa indah dan matang gurindam tua kita membawa nasihat dan akibat. Merugilah kita kehilangan pusaka kegemilangan bangsa kita walau nama pewarisnya hodoh.

Kenapa kita selalu memcontohi kejahatan jiran kita.Seolah2 itulah idola dan ikutan kita? Bukankah menunjukkan kemurnian yg perlu mereka contohi lebih mulia.

Setelah sekian lama dinikmati kesejahteraan, umur, harta dan ilmu, tiadakah terfikir untuk bersyukur dan mengekalkan pusaka serta menambahkan lebih kecemerlangan bangsa kita hingga ke akhir zaman?

Mungkinkah kita sendiri bersifat buas, topeng jugalah indah. Maka berubah undang2 setiap hari semahunya mengikut selera kita.

Jika semua kualitinya tiada, Cuma janji2 syurga didodoikan sedangkan bangsa melayu kita tetaplah tenat. Sebenarnya lebih tenatlah lagi perut Tuan, disumbat2kan darah bangsa. Pengkhianatan gemilang.

Kejahilan menuju engkar. Engkar itu durhaka walau tanpa disedari. Durhaka itu merugi pengikut Iblis. Pengkhianatan lebih lagi. Kerana memuliakan kebodohan, tanpa pengetahuan lalu kita melakukan segala kebencian alam iaitu zalim. 

Kata pujangga, zalim itu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Kalau kita seorang terjerumus lalu merugi dan sering salah tempat tak ape tapi jangan libatkan masyarakat. Mendayu pula gurindam pak pandir.

Sejarah Jepon membuktikan Melayu itu bangsa yang kurang berani. Tapi dalam mengkhianati tuhan, alam dan bangsanya sangat berani. Pasti ada sesuatu disembunyikan, takut terlondeh pulak kebenaran dimata rakyat, kepayahan lain pulak yang tiba. Lalu kita alasankan kecelakaan seperti pepatah, kemajuan menuntut korban. 
Tiada dapat disanggah ketinggian pusaka tamaddun leluhur kita, dipuja puji oleh orang asing. Apakah perlu buktinya? Kenapa bangsa kita memencilkan pusaka sendiri?

1. Budi bahasanya yang cemerlang kini telah mencurang.
-sifat suka membantu dan ikhlas lenyap.Layulah budi dan roh.

2. Sopan santunnya menyejuk mata kini menyolok mata.
-sikap hormat menghormati telah mati dilanggar kapalterbang diudara kerana asyik melayang.

3. Adat resamnya merukunkan kini kiasi kiasu.
-kehormatan diri dlunya terkunci rapi kini dipertontonkan tanpa silu.

4. Budayanya dulu indah kini hodoh.
-anak2 kini berbahasa anih dan bercanda tanpa hormat dan segan. Terasa tiada kasih dalam perbuatan dan bahasa.

5. Bangsa merudum tiada berbudi mulalah melayu.

Walau telah Berjaya kita pinggirkan warisan sejarah kita, tapi tidak pernah menafikan harta warisan. Hartanya diburu tapi agenda dibuang. Sikap mengejar punya orang sangat cenderong kebelakangan ini. Maka disumpah dan memaksa cucu cicitnya dibebani sumpahan sebegini sehingga mereka mahu insaf.
Dimanakah kebenarannya? Apakah mereka sudah tahu pewaris mereka itulah akan menjadi bangsa terlaknat yakjuj makjuj, yahudi dan nasara? 

Maka disumpahkan lalu terlaknat dan membusuk.
Lagenda Hang Tuah pahlawan keagungan bangsa kita abad 15 yang sangat gagah di benua ini. Taat sehingga tiada pernah berniat durhaka walau sangat terinaya oleh bangsanya, tetaplah mempertahankan maruah bangsanya.

Tapi apakah pangkal ayat pada hujungnya ayat yang berbunyi “tiada melayu hilang didunia.” Apakah pesanan penuh yang telah disembunyikan. Siapakah berkonspirasi menyembunyikan dan apakah motifnya? Sempurna mautnya bila kebenarannya itu dikuburkan ditelaga puaka dan mitoskan oleh tikus plastik.(politikus)

Para sejarawan berusaha merungkaikan persoalan ujaran Tuah itu, bahawa bangsa beliau ini kuat dan terbilang dari hanya sekerat dari sepotong ayat. Penyeliwingan yang berjemaah.

Apakah ancaman yang menakutan si Tuah terhadap bangsanya? Apakah yang terbau oleh beliau sebenarnya yang akan membencanakan bangsanya sehingga membusuk lalu pupus? Busuk dan Pupus yang bagaimana? Pasti kita temui usul yang hilang bersama Tuah yg menyingkir.

Cuba kita selidiki kemanakah perginya kerajaan Melaka setelah perginya Hang Tuah? Mengapakah bangsa itu tenggelam timbul macam sabut di hanyut arus sungai? Berterusan tenggelam, lemas dan layu. Perlulah ia pada pautan utk bernafas dan kembali ke tebing. Jika menang pun, tetaplah kampong tergadai.

Bangsa Nusa itu sukanya dikampong, bertani, pelaut dan menternak. Kehidupanya tenang dan taat. Kepercayaan mereka kepada imam dan pemimpin tanpa fikir. Budayanya begitu, ketuanya dari dulu siddiq dan amanah tanpa khianat. Bagi mereka pemimpinlah ulul amri lalu ditaati. Maka mautlah mereka dibaham pendusta zaman kita.

Meneladani tamaddun Nabi Aullah Isa AS, hampir 325 tahun selepas perginya beliau maka dipertingkatkan taraf Kitabnya dan dipanggil Catholic. Kita melihatnya dalam catitan sejarah terutama Almarhum Sheikh Deedad menfatwakan kitab itu telah tidak asli kerana diubah seiring zaman. Berpecahanlah pengikut Isa AS sehingga 72 fahaman dan golongan.

Kononnya Rasul purba bangsa Nusantara, Muhammad SAW juga bimbang kejadian yang sama berlaku pada kitab dan umatnya lalu banyaklah hadis pusakanya menekankan kejadian perpecahan itu. Namun 30 tahun selepas kewafatannya, sekitar Hijrah 40 telah mula kitabnya dimolekkan apatah lagi 300 tahun selepas itu maka banyak kitab baru dan mahzab baru setanding Nabi purba itu.

Sebagai seorang ilmuan kita amat bangga kehadiran banyak kitab baru dengan pandangan baru, nafas baru tanda ilmu berkembang pesat. Jesteru itu kita bangga  alquraan juga mengalami suntikan pembaharuan yg senasib dengan kitab yang lain selari kehendak masa.

Kita halusi ujaran pujangga purba yang tidak dikenali ini,  Ali bin Abi Thalib  berkata :
a. “Jika Allah merendahkan seorang hamba niscaya Dia tidak menganugerahkan kepadanya ilmu pengetahuan.”

b. “Perbuatan baik terhadap orang dungu itu seperti menyirami air tawar ke akar pohon hanzhal (rasanya pahit sekali), setiap kali ditambah banyak disirami air, maka justru makin bertambah pahit.”

c. “Jika Allah berkehendak menghilangkan nikmat dari seorang hamba-Nya, maka yang pertama-tama Dia ubah adalah akalnya.”

Panduan .

Kitab menyarankan bahawa tersangat penting utk kita pelajari sejarah, dan juga orang terdahulu untuk kita belajar pula pada alam.
Panduan kitab purba, nama memainkan peranan dalam penghidupan, juga sebuah doa dan memberi sebutan dan panggilan yang baik apalagi suatu bangsa adalah ibadah. 
Tiada dihati utk mentaati mana2 kitab purba setelah ada kitab porno. Buktinya kita akan berada dlm linkungan itu dlm berhujat.

Sebuah gurindam perjuangan berbunyi;

Kalaulah roboh kota Melaka, 
Papan diJawa kami dirikan.
Kalaulah sungguh bagai dikata, 
jiwa dan raga kami serahkan.

Lalu disonsong oleh seorang lagenda kini dgn mengatakan Kota Melaka telah pun roboh, mana papan Jawanya? Biarlah tidak dijawap soalan itu agar dijgn dibenci rakyat jika ketahuan.

Bersambung…..


SELOKA –LAGENDA PAK KADOK



Khazanah bahasa yang berbagai corak dan ragam dipusakakan kpd bangsanya yang diperpanjangkan dari moyang2 terdahulu. Bermotifkan amanah perjanjian, sumpahan dan pesan2an agar menjadi ingatan dan panduan sepanjang zaman.

Maka boleh juga dianggap sebagai wasiat mereka. Pasti mereka melalui berbagai pengalaman, kesukaran lalu menciptakan.
Seloka kali ini adalah Lagenda Pak Kadok, gurindamnya adalah menang sabung, kampong tergadai.

Diceritakan juga pada setiap zaman pasti terdapat suatu permainan yang digilai rakyat dan dinantikan musimnya. Diantaranya adalah permainan wau, gasing dan sabungan ayam jago.
Permainan rakyat selalunya melibatkan:

  1. Disertai oleh ramai peserta dari pelbagai lapisan rakyat, dari rakyat bawahan sehinggalah pembesar negeri serta rajanya. Rakyat dari negeri jiran juga datang menyertai.
  2. Selalunya melibatkan pertaruhan antara peserta2 dan penonton, sehinggakan  si-jago juga lebih berat pertaruhannya, nyawanya.
  3. Menunjukkan bangsa nusa memangnya berketurunan berani, gemar  kehidupan berisiko termasuk kepada perjudian dalam bentuk apapun termasuk nyawa, nasib dan usahanya.


Ayam jago adalah sejenis ayam jantan yang gagah diantara spesis2 ayam. Bersikap garang dan berani menentang apa saja termasuk manusia sekiranya dia diganggu. Lazimnya setiap ayam betina adalah miliknya.

Jago kononnya tangkas serta pandai terbang dan perlambangan keturunan mulia dlm perlambangan asmak.

Kehadirannya ayam jago ini sangat dinikmati kemerduan kokokannya panjang dan mendayu diwaktu fajar. Kerana dia sangat mengenali rahsia fajar dan subuh.

Bagaimana binatang ini sangat mengenali fajar dan subuh? Membawa berita pada alam akan kedatangan setiap sinar terang pada alam. Kokokannya akan lebih hebat dan ceria dimusim menuai.

Banyak lagi sejarah dari kehebatannya dirahsiakan.

Hakikatnya si-jago mengenali rapat si-matahari atau mungkin lebih tua dari matahari. Pesanan juga mengaitkan dia sebagai seorang kesatria kebenaran tampil yg membawa kembali sinar menerangi zaman kabur.

Tetapi bg masyarakat melayu bukanlah kehebatan hakikat si-jago yg kita pelajari malahan lebih canggih lagi dgn memperjudikan nyawa mereka. Bukan belajar pada alam malahan mengajarkan alam.

Pak Kadok membuat persiapan rapi untuk memenangi pertandingan besar sabung ayam.Kelihatannya beliau adalah juga sangat berkebolehan melatih Jago-nya. Tibalah hari pertandingan yang dinantikan.

Berkampunglah rakyat, meriahlah pekan, laris jualan dan perniagaan. Digelanggang sabung kelihatan bergiliran sijago bertempur sehingga ada yang tewas. Kedengaran gegak gempita sorakkan. Yang tewas bermasam muka, yang menang terkinja2.

Pak Kadok bersuka ria kerana jagonya berjaya ke acara akhir.
Kelihatannya beliau dihampiri oleh beberapa pembesar negeri asing yang mengkagumi si-jagonya. Mungkin berbincang pertaruhan yang lebih besar.

Sebentar kemudian jago pak kadok disorong ke gelanggang. Bergema tempikan dan sorakkan. Berlansung dgn hebatnya perkelahian antara dua jagoan, spti sama hebatnya.

Pak kadok sangat bersemangat terkinja2 seakan-akan memberikan arahan kpd jagonya. Pakaian kertasnya koyak rabak menambah gempita sorakkan. Akhirnya jagonya berjaya menewaskan lawan. Pak kadok sudah tinggal seluar dalamnya sahaja. Namun penonton amat gembira dgn kemenangan tersebut.

Penonton2 masih tidak beredar dari gelanggang menantikan pengumuman keputusan seluruh pertandingan. Sebentar kemudian diumumkan pemenang2 dan kemenangan petaruhannya.

Penonton seperti terpukul dan tersintak lalu terlopong. Jago pak kadok diistiharkan pemenang dan pertaruhannya dimenangi oleh orang asing. Seakan ada kesilapan.

Pak kadok juga seperti terkejut lalu berhenti dari kinjanya. Jagonya adalah pemenang tapi kampong halaman tergadai. Kerana jagonya telah ditukar milik setelah menerima wang penjualan. 

Seluruh penonton seakan mahu menerpanya, marah bagai singa lapar. Namun belom juga sedar akan khianat yg telah dia lakukan.

Analisa seloka:

  • Siapakah menukilkan Lagenda Nasihat ini dan siapakah pula Pak Kadok? Apakah iktibar dan persendaan yang mahu dinukilkan?
  • Logiknya dalam posisi apa seseorang berhak mempertaruhkan negeri? Kelihatannya Pak Kadok memiliki keistimewaan seperti seorang Raja atau Pemerintah. Besar keistimewaan beliau kerana negeri itu seperti dipusakai dari keluarganya makanya dia boleh berbuat sesukanya.
  • Pak Kadok mengkhianati rakyatnya dengan memperjudikan negerinya sebagai taruhan. Ditengah2 pertandingan lalu memeterai penjualan si-jagonya kepada pihak lawannya tanpa pengetahuan rakyatnya, menambahkan satu lagi pengkhianatan.
  • Moral seloka ini cuba menonjolkan dalam setiap masa dan telah berulang dalam lipatan sejarah watak Pak Kadok yang kurang akalnya tapi terlantik memimpin Negara.
  • Diumumkan kemenangan sijago. Bergempita sorakkan rakyatnya. Lalu diistiharkan kemenangan utk Negara jiran, terpingalah rakyat kehairanan. Namun Pak Kadok masih terus terkinja kesukaan akan kemenangan si-jagonya. Terlupa akan perjanjiannya, digadai awal si-jagonya. Tergadailah pertiwi serta rakyatnya. Itulah amaran leluhur kita.
  • Tersangat sederhana gurindam agar mudah difahami rakyat banyaknya. Disuatu waktu negeri kita akan menghadapi zaman kabur yg bersangatan sehingga mengalami kegoblokkan tegar. 
  • Sambil berseloka mampu meramal dgn tepat nasib bangsanya dihari muka. Lupakah kita kebijakkan kesusasteraan Nusantara Purba?











Bersambung……

TRANSFORMASI BANGSAKU



Orang Melayu menganggap Al-Quraan itu kitab dari Tuhan.    Menyimpannya sekurang2nya senaskah akan dapat melindungi dari gangguan jin dan hantu dirumah. Nasibnya berdebu.
  1. Dalam membontoti kemajuan, bangsa melayu telah Berjaya melepasi stigma yang dulu, asalnya menyekat anak2 mereka menuntut ilmu kepada orang asing. Kini mereka megah sekali bermenantu orang asing malahan terlebih lagi resam sikapnya drpd org asing itu.
  2. Bangsa Melayu banyak berubah, malahan mudah berubah seiring zaman. Apa sahaja angin pembaharuan yang dipuputkan dari Negara maju, baik atau buruk sangat dibangga2kan lalu dibudayakan. Masih megah dan berani membahaskan dlm memperkatakan Jihad dan Kemerdekaan.
  3. Terkuburlah budaya dan perjuangan yang dimerdekakan. Masyarakat kita kepupusan ketulinannya, adat resam ditalkinkan. Berbudaya baru, nampak mewah dan bangsawan. Ugama adalah pegangan budaya purba. Terpinggirlah ugama dan budaya secara terhormat. Realiti kemerdekaan kita.
  4. Disingkirkan kitab, usang lagi berdebu, bercambah bilangan hantu dan jin, meraikan muhibbah, 1malaysia. Budaya dan ugama tiada pembaharuan dan kemajuan selain kekakuan, malah terlalu banyak sekatan. Dinobatkan ajaran Hijrah moden.
  5. Pembaharuan dan kemajuan kononnya adalah kiblat utama transformasi. Jaguh baru politik juga ber-agenda tambahan mempolopori jihad dan hijrah moden. Kebolehan serta ramalan bomoh menjuarai panduan.Tarikah Hendon dan Abu Sufian mekar kembali.
Suramlah nur-akhlak dikabuti kesombongan. Ganas wajah baru serupa serigala. Berbudaya serakah, seiring keperluan gelanggang. Menanglah helah. Sempurna juga kelayakan, berbai’ah kepada Iblis menjadi setannya.

Kecelakaan jalanraya menimpa, mautlah anggota keluarga. Sistem  jalanraya mula disalahkan, kontraktor selama ini suci juga sangat disalahkan. Kecuaian merawati kawasan kemalangan dari gentayangan segala puaka dan jembalang. Kereta dipandu terlalu laju bagai dirasuk iblis tak dibicarakan. Mengangguk jugalah imam tua,si Haris patuh percaya, sambil menghirup kopi percumanya dikedai mamak

  1. Diperlihatkan pula ibadah dan mulia amalnya. Rakyat didahulukan, terasa kembang seperti diumpamakan. Setiap kesusahan masyarakat sempurna diambil-kira, nanti ditunaikan. Yang belom diminta sudah diberi. Se-akan kasyaf matanya melihat hasrat hati. Indah Musyahadah budaya baru. Nikmat Dapatnya Cuma sedikit, bencanakan besar.
  2. Pembangunan rakyat temanya, hutan licin dimanafaatkan. Gunung rata ditarahkan. Tanah pusaka lama terbiar pantas dianggap tidak berpunya diterpa. Pantas dibangunkan, mendukung ekonomi. Utk memakmurkan rakyat juga. Licin dan lembut bahasa. Mangsa termangu.
  3. Bijak helah, wangi penginayaan, indah kejahatan. Ditusuk tembus, tiada berdarah, darah kering dihisap, sakit sedikit, namun masih tersenyum rakyat. Kezaliman yang tiada terlihat keburukannya. Makjuj berwajah malaikat.
  4. Diancamkan bencana oleh tanah, disepakati oleh air, maka musibahlah umat dengan banjir lumpurnya, makin besar dan kerap. Gelunsuran tanah dimana2 menelan rakyat, yang terkorban difatwakan pula mati syahid. Bertambahlah bangsawan membina istana dibukit agar mencapai syahid. Laris sorban di Jalan Masjid India.
  5. Diancamkan bencana oleh angin, ribut dan taufan memusnah kampung2 dan kota serta membawa wabak. Masyarakat kampunglah yang paling menderita kecelakaan dan kelaparan.
  6. Masih angin mengintai2 dgn murka. Api masih menyembunyikan keterlukaannya. Air berterusan melatih kekuatannya.  Mungkinkah sebenarnya mereka menanti waktu yang sudah disepakati melahab manusia tanpa berbaki.
  7. Maka dituruti kata para ilmuannya, alam agak terlalu tua dan lesu. Maka bersungguh diserukan membantu mencarikan ubat utk memulihkan alam.  Agar panjang usia alam tanpa bencana. Bertambah murka si-Alam dikatakan sakit.
  8. Tiadalah dia mengerti si-Alam membuktikan kebenciannya lalu memerangi manusia. Penolong2 mereka telah lari jauh. Itulah iblis dan hantu melihat ancaman sambil bersorak dan memerhati dari jauh setannya dimusibahkan.
  9. Tersangat buruk padahnya kalau terbongkar agenda munafiknya. Wajah plastik sentiasa rapi dan canggih agar kelihatan wajah merah delima lagi ayu.
  10. Senjata utama yang terbilang kehebatannya segera dikeluarkan. Racun fitnah dan kecemerlang dusta, sihir politik menjaring pengaruh untuk kuasa dan harta. Yang menghalang mampus tersungkur. Lapanglah mata makjuj, itulah kebenaran mereka.
  11. Kecutlah keberanian musuhnya. Bertambah subur kesombongannya. Bertambah besar kepalanya serta pesat kebohongannya. Terlupalah ia akan sumpahannya iaitu melayu. Apakah akibat sumpahan juga akan membuat bangsa pelupa?
  12. Kekal sumpahan itu, menderita rakyat dibencana, namun masih juga rakyat mempersetujui utk dikhianati dan dimungkiri perjanjian Tuhan dengan megahnya.
  13. Maka ditempahlah musibah agar berterusan, benarlah tertulis oleh kitab. Kecelakaanlah dibawa manusia kata Iblis dan hanya akan dibersihkan dengan bencana kemurkaan. Terdapat golongan yg ditempohkan dgn harapan dia kembali dan juga pasti diperhitungkan seperti beberapa golongan terdahulu antaranya Kaum Madyan (Kaum Mad Malayan).
  14. Seperti dahulu golongan ini biasa dibencanakan.Cuma dikali ini tidak diteriakkan tapi dibadai sehingga tidak meninggalkan baka. Itulah doa alam dan seperti diperkenankan oleh Tuhannya agar alam dianugerahkan kelapangan tanpa sumpahan yang melayukan lagi.
  15. Tiadakah keikhlasan kita untuk benar2 mensejahterakan rakyat? Tiadakah benar2 mahu memimpin dan melihat mereka selamat? Adakah cara mendamaikan bangsa kita agar mahu berdamai dgn alam dan Tuhan?
  16. Tiadakah cara utk mentarbiyah mereka agar kembali kepangkal jalan? Dimusibahkah juga rakyat jauh dikampung2 yang tidak berdosa kononnya? Berdosa jugakah kerana mudah dan murah dibeli.
  17. Tuhan kami, telah kami lihat ancamanmu. Tuhan kami, telah kau buktikan ekornya janji bencanamu. Walau apa pun kemahuan mu, kami tetaplah menerima. Suluhkan pula hidayahmu, agar pudar kegoblokkan bangsa ini.
  18. Suburlah teratai, walau tanpa tanah. Dibadai air, tetap suci kembangnya serta cantik. Tidaklah melayu lagi. Rindulah tanah ingin meribanya dan menjauhlah sumpahan alam.
  19. Menceritakan tentang kesinabungan keturunan benih asal manusia serta perwatakan mereka dalam mengharungi ujian diturunkan kedunia. Saranan Tuhan agar kita memerhatikan alam sekeliling serta sejarah agar belajar. Diperingatkan ilmu usul sebagai panduan dalam memahami seterusnya memenangi motif hidup.


AKHLAK (2)



Anak-anakku, marilah belajar berfikir.

Mari kita fokuskan saki baki kebijakan yg ada utk mula memahami serba sedikit agenda akhlak.

Diperhatikan roda akhlak manusia mengambil masa 500 tahun utk setiap pusingan. Dihujung pusingan itu akan kita dapati masyarakat mengamalkan kebejatan dan kebenaran dipinggirkan, pemusuhan amatlah sengit kerana harta dan pangkat. Tamaddun merudum akhinya sehingga sesuatu bangsa dibinasakan.

Waktu itu kita akan melihat segala kemunkaran seakan sangat pintar dan kreatif lalu kita muliakan.

Dahulu kala, setiap ibubapa pada adatnya sangat mencita2kan anak2 membesar dgn minda yang sihat dan akhlak yang sempurna. 
Proses ini menuntut byk pengorbanan dari semua pihak terlibat, juga pengorbanan dari segi material, waktu, ilmiah dan perasaan.

Cabaran meningkat,

1. Budaya moden seperti media canggih menambah kesukaran kita menanamkan norma2 murni ke jiwa anak2.

2. Media ugama juga banyak tapi tidak bertujuan dan gagal utk mengimbangi pengaruh negetif.

3. Budaya bebas dilingkongan juga alirannya keroh boleh mempengaruhi tumbesar ank2.

Ibubapa juga harus berjuang dalam mencukupi keperluan keluarga sesuai dgn keadaan dan lingkungan. Dalam waktu yang sama juga harus berhati2 kerana ramai juga diantara mereka hanyut oleh aliran tadi.

Dalam serba kesibukkan; 

1. Terkurangnya sentuhan peribadi yang penting dalam mendidik keluarga kita.  Selalunya kita dicontohi oleh anak2 tapi ank2 mencontohi sikap pembantu dirumah yg kurang berakhlak dan pelajaran.

2. Anak2 menuntut perhatian dan tumpuan . Keletihan juga membuatkan kita terkurang perhatian bahkan mereka terasa dipinggirkan. Terkurang kasih sayang maka terjerat mereka pd gejala negetif.

Masyarakat kita telah dibawa arus kemodenan. Ketekunan dan kerajinan berkerjaya sangat mendukung wawasan kerajaan. 
Pertuhanan tiada pernah menghalang mencari duniawi tetapi jangan sehingga terperdaya olehnya.

Perteguhkan keyakinan kerana banyak sekali pelunturnya terhadap ajaran Pesuruh2 tadi. Bangunlah jika tergelincir dari landasan iman dan tetaplah kepada kebenaran.

Ajaran purba kita sangat menanamkan ikhtibar kpd Lagenda 25 para rasul utama yg digelar Ulul Azmi, walaupun telah pula dikurangi jumlahnya Ulul Azmi kpd 5 org dlm testamen terbaru. 

Saki baki masyarakat yg mahu beriman terkapai kapai mempelajari kitab purba. Lebih anih sering kita saksikan golongan yang mahu beriman ini terperangkap lalu dikafirkan pula oleh ulamak. Semuga tuhan melimpahkan ketabahan dan teruslah berani membuktikan iman dan mencari jawapan persoalan pertuhanan tadi.

Apakah tiada kebenaran bahawa baginda Muhammad adalah penghulu kerasulan? Bagaimanakah baginda mengetuai kerasulan sedangkan mereka tidak sezaman? benarkah ada sepasukan bola cuma terlihat hanya seorang pemainnya?

Apakah pula agenda Baginda Muhammad terhadap rasul2 yang diketuainya? Apa pula agenda Baginda terhadap umatnya?

“Kononnya ada hadis mengatakan ulamak penerus nabi.”

 Mengapakah golongan tadi bersekongkol terus membisikan agar menyisihkan kebenaran? 

Jangan kita bersubahat memfitnah dan mendustakan Baginda Muhammad demi kepentingan kita walau juga dalam keadaan tidur.

a. Berbedakah Agenda Tuhan kepada seluruh kitab2nya dan Pesuruh2nya?

b. Mungkin benar Tuhan itu juga silih berganti mengikut zaman maka kitab dan ajarannya berlainan terutama agendanya?

c. Benarkah Tuhan tanpa tujuan dan tanpa perancangan utk manusia dan alamnya, makanya kitalah menasihatkan beliau?

d. Tiadakah panduan menuju Agenda Tuhan dlm alquraan seperti kitab terdahulu?

e. Dan mungkin kerana keterlaluan tinggi ilmu kita setinggi menara2 Mekah lalu meremeh kan bahasa dan pekerti sederhana alquraan? 

Bersambung…..

AKHLAK (1)



Keluargaku, tafakurkanlah.

Pengertian perkataan akhlak ini agak besar dan berat utk didefinasikan setepatnya. Motifnya tersangat besar sehingga diwujudkan pasukan para Rasul 3000 orang mengajarkan kaum2nya. Diutus juga 200,000 para nabi memodelkan kemurnian akhlak. Setiap kitab2 dari langit menghuraikan simpul2 permasalahan semasa dan pada sesuatu kaum yg mahukan kebenaran.

Akhlak itulah kesempurnaan kemuliaan, keindahan budi pekerti atau kelakuan yang seakan sedap seperti dirasai, atau dipandang dan digauli oleh setiap makhluk. Itulah budi luhur.

Kerana kemurnian akhlak hanya hadir dari kejernihan hati lalu membuahkan keindahan wajah perbuatannya. Terpampang keikhlasan dan kebenarannya, tanpa cacat dgn noda hipokritnya. Kononnya itulah suatu perbuatan yg disertai rohnya.

Makanya hanya sebab itulah para rasul dan nabi dilengkapkan pembuktian dgn pelbagai mukjizat dan kitab dalam menguatkan penyampaiannya dlm menyampaikan panduan2 syariat utk tujuan kemurnian akhlak, serta hanya bocoran2  ilmu pertuhanan utk yang khusus.

Jesteru itu berkesinabunglah ilmu para anbia’, juga dari kitab ke kitab. Cuma kebijakkan Pasukan Iblislah yang membedakan dan menyisihkan diantara setiap mereka.

Semenjak Nabi Aulah Adam banyak yang ditauladankan, kononnya beliaulah manusia pertama yg ditempa sendiri olehTuhan juga sering ditemani olehTuhannya sewaktu di syurga. Kononnya beliau juga digelar olehTuhannya, Adam Sufiullah. Tidakkah beliau sangat mengenali Tuhannya? Apakah syariat dan tanda serta mukjizat yg dipanuti oleh beliau?

Kajian:
1) Dalam pelajaran disekolah kita diimankan setiap rasul pasti ada kitabnya,  mengapa kita Cuma mengetahui 4 kitab sahaja?

2) Kemanakah hilangnya kitab2 yang lain? 

3) Apakah perlunya padaTuhan agar manusia dan jin itu berakhlak? Kalau tidak berakhlak seperti sekarang lebih bagus, byk perniagaan dapat diterokai contohnya banyak peperangan, rompakan, pendustaan dsbnya.

4) Kenapa manusia moden sangat ketakutan dan sangat dimusuhi  oleh alam dan juga hantu? 

Bersambung ………….

KETELANJURAN



  1. KEGILAAN BERADA DALAM PERINGKAT TERMINAL YANG AKAN MEMBAWA KPD KEMATIAN DLM KEPAYAHAN DAN NISTA, IALAH BILA SEGELINTIR KANGEN MEMIMPIN TAPI TAK BERTANGAN UNTUK MEMIMPIN.
  2.  “PIMPIN” SESUATU PERBUATAN YANG DIBUAT DGN TANGAN. UMPAMANYA KITA MEMIMPIN ORG BUTA MELINTASI JALAN, JELASNYA KITA PIMPIN TANGAN MEREKA DGN IKHLAS DAN ITULAH PIMPINAN YANG DIPERLUKAN. DASARNYA SESUATU YANG DAPAT MEREKA PAUT DAN BERGANTUNG.
  3. BILA KITA MELETAKKAN MEMIMPIN SEBAGAI SUMBER KERJAYA LALU DIPEREBUTKAN, MAKA MENUNGGULAH KITA DIJALANAN MENUNGGU GOLONGAN O.K.U UTK MELINTAS JALAN ATAU DIPASAR2 MEMBANTU IBU2 TUNGGAL  YANG TUA PULANG DR PASAR DGN BEBANAN BERAT UTK DIBANTU. WALAUPUN BERKERJAYA YG  ANIH TETAPI MASYARAKAT KITA MULA BEREBUT MEMBUAT KEBAJIKAN.
  4. BUKTINYA: BILA KITA MENGATAKAN PAHALA TIDAK BOLEH BELI BERAS! KITA TAMBAH LAGI “PAHALA YANG BANYAK BELOM TENTU DAPAT BELI RUMAH!”.KETERLALUAN JAHIL KITA. 
  5. CUMA KITA TIDAK MEMBERI  KESEMPATAN KPD DIRI KITA  UNTUK MENGENALI  RAHMAT YANG MUHAMMAD BAWAKAN, BAHKAN HIJAB KITA BELOM MAMPU KITA ANGKATKAN, MENCERCALAH PULAK!. JELAS KITA CUMA SEBAGAI ALATAN  MUSIBAH DAN UMPANNYA !   LAYAKKAH KITA MEMIMPIN? SETELAH MEMILIKI 10 KESARJANAAN MAKA ITUKAH KELAYAKAN KITA? 
  6. KEMANA HENDAK KITA PIMPIN, MELINTAS JALAN DGN SELAMAT ATAU KITA PUN SAMA DILANGGAR TRELLER YANG KEGILAAN? KITA PERSENDAKAN  KEMULIAAN ITU  ATAU KITA SENDAKAN DIRI KITA SENDIRI ? 
  7. KEMULIAAN ADALAH ANUGERAH TUHAN, SEPENUHNYA MILIK DIA. DIALAH  MEMBERIKAN KEPADA SIAPA YANG DIA SUKA. KALAU PINJAM BAGAIMANA, ALAMATNYA PUN TAK TAHU? MUDAHNYA  KITA CURI SAJA . 
  8. SUKAKAH KITA BILA TETAMU YANG DIJEMPUT KERUMAH KITA BERBUAT SESUKA HATINYA? APAKAH KITA RASA MELUAT?  MENGAMBIL TANPA KEBENARANNYA  ADALAH ISTIDERAH IAITU KEBENCIANNYA
  9. SUDAHKAH MEREKA YANG KITA PIMPIN ITU SEJAHTERA.  APAKAH KITA DIHORMATI DAN DISAYANGI? APAKAH KITA BENAR2 DIHORMATI? ADAKAH CUKUP ANAK ISTERI MEMATUHI KITA DI HADAPAN KITA SAJA TIDAK DIBELAKANG KITA?. 
  10. MEMIMPIN MEMANG BERAT.KEMULIAAN ITU ANUGERAH ALLAH. KESUSAHAN AKAN DIPERMUDAHKAN. DI ANUGERAHKAN PULA KELAPANGAN. KELAPANGAN ADALAH KEMEWAHAN TERHEBAT DISISI ALLAH.  
  11. GILA PANGKAT, AWAL SINTOM. GILA HARTA MENINGKAT LAGI SINTOM. GILA KUASA KETENATAN SINTOM , APATAH LAGI JELAS BUKAN HAQ KITA, TELAH SEMPURNA SINTOM. WAJIB SUDAH KITA KE HOSPITAL. 
  12. SEORANG YANG KESENANGANNYA DISANJUNG DAN KEMUDIANNYA BERSARA LALU DIBENCI DAN DINISTA. TERANG BUKTI  ISTIDERAH  MUTLAQ. PEMIMPIN TUGAS YANG TIADA PERSARAAN,  PERNAHKAH  SEORANG AYAH BERSARA ATAU DIBERHENTIKAN  MENJADI  AYAH? 
  13. SEKIRANYA DIBUKA TAWARAN KPD SESIAPA SAHAJA DLM UMNO UTK MENGGANTIKAN NAJIB, LEBIH 2000 JIWA AKAN BERBUNUHAN, BERSEDIA MENGGANTIKAN. ITULAH KESETIAAN GOLONGAN TUAN! MEREKA MENUNGGU KESEMPATAN YG TERBAIK SAJA! ITUKAH RAHMAT? BUKAN, ITULAH MALAPETAKA ALLAH. 
  14. APAKAH SEMUA MANUSIA MENGHARAPKAN JAWATAN YANG MENJAMIN KE JAHANNAM JIKA MEREKA WARAS? FIKIRKANLAH . 
KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN. PELAJARI PANDUAN TUHAN BERMULA DR KONSEPNYA YG SEBENAR. BENARLAH KITA SUKA MERUGI?

 BERSAMBUNG…….

KONSPIRASI TERHADAP SEJARAH



Sejarah manusia berkembang dan hanya dpt dibukukan untuk selama 10,000 tahun. Kononnya boleh dibuktikan sejarah manusia bermula dari lebih 3 juta tahun lalu dari awal manusia iaitu Nabi Adam. 

Maksudnya kita Cuma tahu sejarah manusia tak sampai 1%. Umno berumur agak tua hampir 70 tahun, terlalu mentah usianya dibandingkan tamaddun manusia sudah mempersendakan Tuhan iaitu sejarahnya.

Umpama nyamuk sangat kerdil yg hanya pusingan usianya 7 hari tapi darah manusia makanannya. Terlalu tinggi risiko selera dan cita2nya. Mampu pula dia menciptakan wabak pada kaum manusia kebelakangan ini.
  
KhabarnyaTuhan Maha Mengetahui. Ramai yg meragui sifat Tuhan yang dikatakan Maha Mengetahui, tiada kelihatan logiknya? Makanya diremehkan lalu dipersendakan.

Maka telah dipamirkan ilmu yang bersangatan tahunya untuk memimpin manusia menungkahi kehidupan namun terbuktilah sengsaranya.

Semuanya sependapat kononnya kita kini berada dihujung zamannya dunia. Semuanya bersetuju dunia ini akan berakhir.  Usahakan ubat agar tersambung hayat dunia dan berpanjangan?

Ramai bersetuju setiap yang hidup akan mati. Mungkin ada mahkamah Akhirat selepas itu. Maksudnya kalu mati boleh dielakkan maka tiadalah akhirat.

Meragui sama juga telah menafikannya. Cuma segan diluahkan namun buahnya kelihatan juga.

Tapi siapakah dapat membuktikan dimana permulaan dunia? Dimanakah akan kita kutip kebenaran sejarah dan ilmunya untuk kita kembali? Siapakah mengerti dan mahir fakta usul dunia yang kita tumpangi ini? Agar jumpa ubat yg dapat mengelakkan mati.

Jambatannya pernah kita bakar pula. Panduan pasti ada, Cuma disembunyikan.

Alam dan kemudiannya bumi ini telah disejahterakan iaitu islam semasa diujudkan lagi. Diperlengkapkan keperluannya oleh Yang Maha Mengetahui tanpa kekurangan. 

Awal makhluk telah bersaksi pada Tuhannya dan merekalah hamba. Manusialah menunjukkan jalan kemakmuran. Mengapa diantara kita memilih untuk berdusta?

1. Tuhan telah menentukan rancangannya lalu melaksanakan konsepnya dalam menjalankan seluruh alamnya termasuk matahari planet  bintang dan bumi.

2. Manusialah berjanji menerima amanah dan tugasannya. Kekuatan dari manakah yang kita ciptakan untuk kita khianati amanah itu?. 

3. Sebab itu kalau umur setahun jagung sudah bercita2 memijak kepala Tuhan maka senyum iblis. Jagung telah membuktikan baktinya pada manusia sehingga enak dimakan. Manusia itu enak berbohong dan berkhianat.

4. Terbukti benar dakwaan iblis bahawa setan manusia akan merosakkan alam ini dan memadamkan kesejahteraan alam kerana khianatnya.

5. Apakah kemuliaan yang dianugerahkan Tuhan pada manusia akan dipersia2kan lalu kecewalah Tuhan dan langit? 

Kecewa pasti namun tewas tidak. Tiada akan tuhan tewas pada makhluk termasuk nyamuk dan iblis kerana itulah Dia Maha Mengetahui. Kebenaranlah itu cahaya.

Bersambung ….rukun iman nadanya sederhana sekali, pertuhanan tidak. Edited 1

MUNGKIR BERWAJAH MALAIKAT



Sangat mudahnya kita mengkafir sesuatu golongan. 
Sangat marahnya juga kita  kalau dikatakan kafir! 
Akibatnya silih berganti kedua pihak yang dikafirkan tadi memenuhi jalanan dgn sepanduk2 dengan marahnya, 
namun tiada apa pun kesimpulannya dan kedapatan.

Maka seluruh ulamak bertungkus lumus berkarya membikin fatwa2 baru membela kepalsuan tuan masing2. Panduan mana pula yang dicedok untuk digubah dan digarap agar enak diperdengarkan. Apakah pertalian ulamak tadi dengan fatwanya dan kepentingan mereka disisi Tuhan? 
Hanya menambahkan kusut dan menyesatkan.

Kemanakah tujuan kita sebenarnya, sewenangnya  mengkafirkan mereka yang tidak sebulu kita?. Bersangatan membuktikan kita paling taat kepada Tuhan. Tuhan yang mana?. Perlukah kita mempersendakan Tuhan? 
Cuma yang jelas mereka terus menumpukkan keuntungan.

Lalu kita menajamkan hunjaman kita melalui media yang kita kuasai. Takutkah kita seandainya fitnah itu kembali dan membinasakan diri kita? Juga media mengagungkan kewarakan kita keseluruh tanah-air disetiap waktu. Sehinggakan Kaum China dan Kaum India yang berlainan ugama juga murka bila kita dikatakan kafir.

Cuma kita perlu dipandang sangat Islam makanya bertaraf sangat Bumiputra.  
Apakah Tuhan Islam dan Alam akan tunduk pada status Bumiputra itu?.

Sebanarnya Kafir itu maksudnya engkar pada pemilik alam, lalu durhaka bukannya keluar dari melayu atau bumiputra. Ketakutan kita lebih kepada tersingkir taraf bumiputra bukan tersingkir dari rahmat Tuhan..

Kekeliruan yang direstui masyarakat banyak tapi membinggungkan masyarakat malaikat2.

Tuhan juga telah lama diremehkan. Ulamak yang taat pada kita dinobatkan pula sebagai Wali Qhutub. Lebih anih golongan ulamak serta masyarakat bersetuju dengan anugerah kita lalu sangat akur jesteru menggununglah sanjungan. Cuma menunggu masa sesuai untuk diPertuhankan.

Tidakkah ulah kita yg sangat menghina Rasulullah danTuhannya?. Mengapa kita seberani itu dan ramai pula sekutu kita. Kelihatanlah permodenan sunnah jauh telah dipertingkatkan. 

Sangat kita Khalifah berbudi. Berbagai bentuk bantuan kebelakang ini dihamburkan oleh Khalifah dengan setulus kasih dan cinta antaranya BRIM, sangatlah kita syukuri pekerti mulia. Dengarnya tersangatlah berusaha Khalifah menyamun untuk mendapatkan modal untuk bersedekah tadi. Syariat moden sedekah.

Menitis airmata rakyat miskin setelah sekian lama baru dianugerahkan rezeki. Walau Cuma dgn RM500 setahun utk mereka menukar ketaatan. Lalu kita pahatkan dalam ingatan rakyat agar sentiasa dihargai sedekah kita itu. Dicemuhlah Tuhan dan Rasulnya kerana tiada pernah mereka memberi RM!.

Lautan nikmat dan rahmat dari Tuhan melainkan bertaat juga kita pada musuhnya. Bagaimanakah kita mensyukuri keatas pinjaman kita, nyawa kita dan seluruhnya rezeki dari Tuhan? Bagaimana jika Cuma nafas dan angin dicatukan Tuhan?

Pernahkah Tuhan tiada pernah mempersoalkan pinjamannya maka kita perlecehkan? Tiadalah Tuhan pernah memerlukan undi-mu atas segala  pinjamannya. Tiadalah manusia itu bermata dan tiadalah berbudi melainkan membenci kebenaran.

Tuhanlah penanggung yang memartabatkan Khalifah manusia dialam ini tapi dibebankan dgn sikap engkar kita makhluk pilihan. Maka dimuliakan serta diperlengkapkan kesempurnaan kepada manusia itu sebagai Raja Makhluk.

Walau malaikat dan makhluk lain keberatan dgn perintah Tuhan tersebut namun bersetuju juga. Tun Iblis tetap menegakkan penentangannya dan akan terus membuktikan manusia itu  adalah setan yg mudah digelincirkan dan sekarang telah menjadi paling durhaka.
  
Megah dan sombong pula kita dgn kebodohan yang merugi hanya kerana disanjungi oleh golongan kita. Berebutan kita mengumpul umat dan pengaruhi demi menutupi kebenaran Tuhan.

Bahwa janganlah kamu berlaku sombong, dan datanglah kepadaku dgn menyerah diri. Surah An-Naml: 31

Kembalilah pd ugama (kehidupan)  yg dikehendaki oleh tuhan dan rasul.  Atau kekallah kita merugi dlm ugama sekarang.

Bersambung.......edited 1

LACUR


Bidalan tua pendita China ini;

“Seluruh Negara itu kelihatan bengap CUMA mereka dipimpin oleh    golongan yang bongok.” 

a.   
Maksudnya bukan tiada lansung rakyat yang pandai, tetapi menghasilkan pandai yang tak boleh ditumpang cerdik yang tak boleh diikut, atau pandai yang tidak boleh dimanafaatkan. Itulah kebijakan yang merugi.

b.    Dalam simpulan sejarah suku adi adalah sangat setia dan selalu dilantik menjadi pengurus istana. Tertulis dalam lipatan sejarah akan suatu perjanjian maka diberikan peluang disamarkan sebagai Sultan. Akhirnya mereka terfikir dan merasakan sama layaknya malah lebih berkelayakan dari sultan asalnya. Dibakarlah segala perjanjian dan berusahalah agar Tuannya dihapuskan.

c.    Berlansunglah peristiwa bersejarah tersebut sehingga hari ini. Memerintahlah dan menyusunlah mereka sekehendaknya akan negerinya, terbuktilah sangat bersultan dihati tabiatnya. Leburlah nama baik dan jasa kesultanan sehingga tidak lagi dihormati dan diperlukan rakyat banyak. Sampailah waktunya kelak pemulangan perjanjian kononnya.

d.    Cuma Kerana bijaksana hakiki Milik dan Anugerah Allah! Pintalah dari Tuhan. Tanpa bijaksana tadi maka kelihatanlah rakyat seolah2 hanya memagut dan mematuk sahaja sepanjang waktu. Maksudnya menginaya orang lain sahaja kesukaannya meneladani akan pimpinannya. Banyak jenis bijak, pasti yang kita perlukan adalah bijak utk kebaikan semua. 

   2. Kita halusi maksud bidalan Dato Utama Sri Lenin di bawah;

Politik adalah pelacuran, kelalaian golongan muda tentang fakta ini adalah musibah dimasa hadapan”

“Politician will lead the people at all time into darkness.”

a. FAKTANYA, politik ala baru adalah menjurus kpd kecelakaan pada ugama, bangsa Negara dan alam. Sekiranya  golongan muda atau pelapis tidak memahami apa yg diwarisi maka kita telah kecelakaan.

b. BUKTINYA, wujud golongan seperti manusia tapi tiada perasaan malu dan bersalah atau berdosa sesudah berjahat.  Terusan menaburkan janji dan harapan dengan tanpa niat menunaikan, asal sahaja dapat apa yg dicitakan. 

c. Kecelakaan antaranya ialah memuliakan fitnah, bersubahat sudah menyingkirkan ugama  dan Tuhan. 

d. Penglupusan maruah berbeda dgn tergadai maruah.  Penglupusan maruah itu apabila tujuan menghalalkan cara. Amanah kita dikhianati dgn sadar menuju tujuan kita. Antara musibahnya adalah apabila sangat bermegah menerima rasuah yang mengakibatkan kehancuran negara. Lupusnya maruah maka segala ibu terancam termasuk ibu jari.

e. Lupus pelita adat lalu kegelapan maka hilang pegangan, terlucut kebenaran. Bersendiwara melaungkan Keagungan Ugama dan Bangsa. Kita tunggu tangan dan kakinya akan memperdayakan dirinya sendiri.

f. Sejarah penting utk diiktibarkani, kerana bulat berpusing dan kembali. Diselewengkan sejarah lalu suruh kita pelajari, maka masuklah kita kedalam longkang. Itukah mau mereka. Kenapa?

g. Jadi kenapanya disanjung oleh masyarakat kita kepada lagenda2 pelacur tadi?? Kerana bertaat mereka setan maka rosaklah sudah budaya, tergadailah maruah. Sungai langat juga sudah semakin keruh dgn timbunan saki baki runtuhan budaya.

             Sebenarnya apabila tergadai maruah dan budaya itu maknanya telah dijajah kita!!!

  •  Penglupusan maruah pula sudah sempurna penjajahan dgn rela keatas kita. Bagaimana harus kita menyedarkan bangsa kita dan memulihkannya? Pelajaran dah ada, kekayaan dah ada, Cuma maruah tak ada.  Sama2 kita cari ubat buta.

  • Sambung lain kali……. 
  •  

    SOLAH 4




    Ibadah Solah terbahagi kepada 2 bahagian;

    1. Solah fardhu -  iaitu 5 waktunya sehari semalam.
    2. Solah sunat   - didirikan pada waktu2 tertentu. 

    Telah banyak diperbincangkan ibadah fardu ini dan telah kita tahu serba sedikit keperluannya.Kita akan membincangkan tentang solah sunat pula.

    Kelazimannya sebelom dan selepas setiap solah wajib para jemaah mendirikan solah sunat 2 rekaat bersendirian.  Pendapat lazim kebanyakan mahzab dan para kiyai menfatwakan bahawa solah sunat itu perlu utk menampung kecacatan atau kekurangan yang berlaku ketika solah wajib.

    Solah sunat juga dilakukan diwaktu matahari naik setinggi se-galah yg dipanggil dhuha. Walau ianya tidak pernah kelihatan dilakukan dizaman rasul kita kononnya. Katanya tujuan solah itu utk menambah rezeki dan kesejahteraan. 
     
    Rasul juga pernah berkata akan kemahuannya ingin memfardhukan solah sunat malam spti tahajjut kepada umatnya sekiranya dia berhak menentukan.                 
    1.             Beliau juga pernah berkata solah waktu utkmu dan solah sunat utk ku.
    2.             Jadi ibadah mana utk tuhan dan rasulnya. Mengapakah perlu rasul berkata begitu? Itulah demi menerangkan dialah bapa kepada roh dan roh kita juga perlu makanan iaitu zikir dan ibadah tadi.
    3.     Kita juga disarankan utk bangun beribadah satu pertiga diakhir malam. Disambung kepada solah sunat fajar sebelom subuh.

     
    Kita juga diajar melakukan pelbagai keadah solah hajat. Ia dilakukan  bila kita tiada lagi sesiapa utk menolong lalu sangat memerlukan pertolongan drpd Aullah dlm mencapai sesuatu hajat. 
     
    Kita juga diajarkan solah istikarah iaitu solah meminta sesuatu petunjuk terutama dlm menerima jodoh dan sebagainya.
     
    Firman Aullah;

    kujadikan manusia dan jin hanya utk beribadah kepadaku.”

    Solah awalnya dianugerahkan Aullah sebanyak 50 waktu. Setelah menerima nasehat para2 rasul terdahulu maka rasul terakhir meminta Aullah utk dikurangi nikmatnya sehingga kepada 5 waktu sahaja.
     
          I.        Sukarkah bagi kamu, anak2ku utk memahami dgn tepat ujaran diatas? Sebenarnya sejak dari awalnya segala sesuatu dikurniakan sudah kepada manusia termasuk rezeki mereka.
     
        II.        Makanya kerjaya kamu Cuma ibadah yang diamanahkan. Sekuat mana sekali usaha kamu tapi tidak dihantar nikmat maka tiadalah dia menghasilkan apa jua kecuali kepenatan. Jgnlah sekali2 kamu berkata kamulah mencari rezeki, kerana Aullah telah menyatakan ,”wajib bagiku memberimu rezeki setiap hari.” 
     
     III.        Maksud beribadah dan solah  itu adalah melaksanakan musyahadah kehambaan tadi.
     
      IV.       Tetapi sekiranya kamu telah berani berhitung harga dan upahnya dalam menjalankan ibadah maka Tuhan juga akan berhitung sedemikian rupa kepada kita.
     
         V.        Aullah juga Tuhan Maha Pemurah, pemberiannya tidak terhitung dan tidak mampu kita mandiri jika diputuskan segala kasih sayangnya pada kita.
     
      VI.        Dipinjamkan kehidupan cuma sebentar agar dimanafaati, dipinjamkan kebijaksanaan agar berfikir, dipinjamkan kekuatan dan anggota agar dicermati, dipinjamkan keluarga dan harta agar amanah, masih kita mahu perniagakan pinjaman tadi dgn Empunyanya walau seluruh modal itu pinjaman darinya. Seandainya kamu berada ditempatnya apakah kamu binggung dgn sikap sedemikian.
     
    VII.        Sebegitu Maha Pemurah Aullah kepada mukminnya  sehingga rasul menolaknya jumlah asal solah. Apakah mereka tidak faham akan nikmat tersebut?  Ada rahsia dlm permainan itu.
     
     
    Manusia yang arif dan sangat bahagia menjalankan banyak solah sunat dalam seharian kerana kebahagiaan mereka berada disisi Aullah serta menerima pelbagai kelapangan yang disediakan oleh aullah utknya.
    Kelapangan adalah kemewahan yang tiada boleh didapati walau dari mana2 kebesaran pemberian manusia dan mana juga pasaraya. Bilamana hati merasa kelapangan tanpa kerisauan. Dunia tidak dapat mencapainya tapi dialah mencapai dunia. Masa tidak menghambatnya, ruang tak berdaya menyempitkan dia.

    Bersambung ……..

    SOLAH 3




    KELUARGAKU;

    1. KENALPASTI PERSOALAN DAN SUDUT2NYA, BARU KITA SELONGKAR PEMBUKTIANNYA. INSYAALAH AKAN DATANG HIDAYAH DAN TAUFIQNYA MEMBANTU.

    a.    SUDAH KITA JEJAKI TAPAKNYA DAN SETIAP STRUKTUR TIANGNYA.

    b. SUDAH KITA HAFALKAN SETIAP KALAMNYA UTK SETIAP BAHAGIAN RUKUNNYA.

    c. SUDAH KITA YAKIN PEMBERIAN RAHMAT DAN NIKMAT SEWAKTU MENGERJAKANNYA. MARILAH KITA BELAJAR RASAKAN NIKMATNYA. APAKAH YANG INGIN KITA BUKTIKAN PADA APA YANG KITA AMALKAN?

    d. SUDAH KITA MAKRIFAH PADA PEMILIK KITA WALAU BELOM DIBERI PANDANGAN KEPADANYA. SUDAH KITA KENAL HAKIKAT KITA YANG DIJADIKAN DARI ZATNYA.

    e.    SUDAH KITA FAHAMI TARIKAHNYA DGN KESUNGGUHAN DAN TANPA JEMU LALU MENGHARAP SEPENUH HATI. “KERANA NAMA2KU DIHATI MEREKA”, KATANYA TUHAN. TIADALAH AKAL MAMPU MENCAPAINYA CUMA KERINDUAN JUGALAH MEMBUKTIKAN.

    f.   ULAMAK KITA TAK PERNAH MAHU SELESAI  MENGHURAIKAN AGAR KITA DIHANTAR KPD KEMAHUAN KITA DAN KEMAHUAN DIA.

    2. KEMANAKAH AKAN DIAJUKAN PERSOALAN2 YANG SANGAT KAMU CARI JAWAPANNYA? AULLAH MENGATAKAN ,”AMBILLAH ILMU DISISIKU.” MAKA PASTI SUDAH RAMAI PERGI MENEMUINYA, SIAPAKAH MENYIMPAN GPS ITU?


    3.    PERNAHKAH KAMU MAHU MENGENAL NYAWA YANG KAMU PINJAM? TAHUKAH KAMU SIAPA YANG MEMINJAMKAN? APAKAH PERJANJIAN PINJAMANNYA.? ATAU AYAHMU MEMINJAMKAN UTKMU, MAKA KAMU TIDAK MAHU DIPERTANGGUNG JAWAPKAN ATAS PINJAMAN ITU? LALU TIDAK KAMU HARGAINYA.

    4.    SELURUH MAKHLUK USULNYA DARI ROH, ROH PULA DARI CAHAYA TERPUJI YANG DIGELAR NURMUHAMMAD. PERLUKAH KITA AMBIL TAHU ASAL USUL KITA SERTA KETURUNAN KITA? ATAU SUKAKAH KITA SEANDAINYA ANAK CUCU KITA TIDAK MENGUMPAMAKAN KITA LALU BERSIKAP BIADAP KEPADA KITA?
     
    5.    LEMPARKAN UJUB SEJAUH2NYA AGAR TIADA CUMA MENGAJARKAN PERKARA RANTING TIDAK POKOKNYA, IAITU DIMANA TUHAN DAN BAGAIMANAKAH WAJAHNYA? LEMPARKANLAH KEHENDAK CUMA PERLU DISANJUNGI  MANUSIA. KEMBALILAH KEPADA TUHAN DAN BERSERAH AGAR TUHANLAH MEMBAYAR UPAHNYA KEIKHLASAN KITA MENYAMPAIKAN PESANANNYA.

    6.    KONON HAKIKATNYA, ROH MENGENAL USULNYA NURMUHAMMAD. MEMBACALAH DIA AKAN KALAM. NYAWA MENGENAL USULNYA NYAWA SEBENAR. DIA LAH MENGIMAMKAN SOLAH. BERJEMAAHLAH NAFSU DGN RINDUNYA, AKAL KAKU MENGAWAL AKUR, JASAD MENJALANKAN AF’ALNYA. MAKA WAJIBLAH JEMAAH MEREKA DISETIAP WAKTU.

    7.    KAMU PERBAIKI KONSEPNYA IBADAH DAN SOLAH DAHULU. TAATI PANDUAN QURAAN AGAR MENGENAL GHAIB IAITU TUANNYA SEHINGGA KENAL HAKIKAT. MAKA BARU INDAH MENJALANKAN PENYERAHAN. ITU KESELURUHANNYA ADALAH BENAR BUKAN CUBAAN. 


    8.    MAKA BARU KITA MENGERTI SOLAH DISEMPURNAKAN TETAP WAJIB LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM WALAUPUN PADA HARI JUMAAT. LALU DIMANAKAH ZUHUR JUMAAT? ADAKAH AYAT MENGATAKAN ZUHUR DIGANTIKAN DGN SEMBAHYANG JUMAAT? ATAU SEMBAHYANG JUMAAT ITU TAMBAHAN HADIAH TUHAN SGI SEDEKAH MINGGUANNYA? KENAPA PERLU KAMU MALUKAN NABI AGUNG KAMU YG DISISI TUHAN DGN PERANGAI ANIH KAMU..

    9.    KETAWA BAHAGIALAH PEMILIK ALAM, DIA DAPAT DICARI OLEH MANUSIA SEMPURNANYA.

    BERSAMBUNG……………….