Ibadah Solah terbahagi kepada 2 bahagian;
- Solah fardhu - iaitu 5 waktunya sehari semalam.
- Solah sunat - didirikan pada waktu2 tertentu.
Telah banyak diperbincangkan ibadah fardu ini dan telah kita tahu serba sedikit keperluannya.Kita akan membincangkan tentang solah sunat pula.
Kelazimannya sebelom dan selepas setiap solah wajib para jemaah mendirikan solah sunat 2 rekaat bersendirian. Pendapat lazim kebanyakan mahzab dan para kiyai menfatwakan bahawa solah sunat itu perlu utk menampung kecacatan atau kekurangan yang berlaku ketika solah wajib.
Solah sunat juga dilakukan diwaktu matahari naik setinggi se-galah yg dipanggil dhuha. Walau ianya tidak pernah kelihatan dilakukan dizaman rasul kita kononnya. Katanya tujuan solah itu utk menambah rezeki dan kesejahteraan.
Rasul juga pernah berkata akan kemahuannya ingin memfardhukan solah sunat malam spti tahajjut kepada umatnya sekiranya dia berhak menentukan.
- Beliau juga pernah berkata solah waktu utkmu dan solah sunat utk ku.
- Jadi ibadah mana utk tuhan dan rasulnya. Mengapakah perlu rasul berkata begitu? Itulah demi menerangkan dialah bapa kepada roh dan roh kita juga perlu makanan iaitu zikir dan ibadah tadi.
- Kita juga disarankan utk bangun beribadah satu pertiga diakhir malam. Disambung kepada solah sunat fajar sebelom subuh.
Kita juga diajar melakukan pelbagai keadah solah hajat. Ia dilakukan bila kita tiada lagi sesiapa utk menolong lalu sangat memerlukan pertolongan drpd Aullah dlm mencapai sesuatu hajat.
Kita juga diajarkan solah istikarah iaitu solah meminta sesuatu petunjuk terutama dlm menerima jodoh dan sebagainya.
Firman Aullah;
I. Sukarkah bagi kamu, anak2ku utk memahami dgn tepat ujaran diatas? Sebenarnya sejak dari awalnya segala sesuatu dikurniakan sudah kepada manusia termasuk rezeki mereka.
II. Makanya kerjaya kamu Cuma ibadah yang diamanahkan. Sekuat mana sekali usaha kamu tapi tidak dihantar nikmat maka tiadalah dia menghasilkan apa jua kecuali kepenatan. Jgnlah sekali2 kamu berkata kamulah mencari rezeki, kerana Aullah telah menyatakan ,”wajib bagiku memberimu rezeki setiap hari.”
III. Maksud beribadah dan solah itu adalah melaksanakan musyahadah kehambaan tadi.
IV. Tetapi sekiranya kamu telah berani berhitung harga dan upahnya dalam menjalankan ibadah maka Tuhan juga akan berhitung sedemikian rupa kepada kita.
V. Aullah juga Tuhan Maha Pemurah, pemberiannya tidak terhitung dan tidak mampu kita mandiri jika diputuskan segala kasih sayangnya pada kita.
VI. Dipinjamkan kehidupan cuma sebentar agar dimanafaati, dipinjamkan kebijaksanaan agar berfikir, dipinjamkan kekuatan dan anggota agar dicermati, dipinjamkan keluarga dan harta agar amanah, masih kita mahu perniagakan pinjaman tadi dgn Empunyanya walau seluruh modal itu pinjaman darinya. Seandainya kamu berada ditempatnya apakah kamu binggung dgn sikap sedemikian.
VII. Sebegitu Maha Pemurah Aullah kepada mukminnya sehingga rasul menolaknya jumlah asal solah. Apakah mereka tidak faham akan nikmat tersebut? Ada rahsia dlm permainan itu.
Manusia yang arif dan sangat bahagia menjalankan banyak solah sunat dalam seharian kerana kebahagiaan mereka berada disisi Aullah serta menerima pelbagai kelapangan yang disediakan oleh aullah utknya.
Kelapangan adalah kemewahan yang tiada boleh didapati walau dari mana2 kebesaran pemberian manusia dan mana juga pasaraya. Bilamana hati merasa kelapangan tanpa kerisauan. Dunia tidak dapat mencapainya tapi dialah mencapai dunia. Masa tidak menghambatnya, ruang tak berdaya menyempitkan dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan