KONSEP PERTUHANAN

Isnin, 22 April 2013

TUHANKAH TAK PEDULI



Keluargaku. Bersyukurlah;

Alam mula membaham manusia kebelakangan ini dan banyaklah korban. Nyawa, tanaman, harta benda, musnah dek pelbagai musibah. Ngeri dan pilu juga melihat ratapan dan rintihan mereka yg ditimpakan kecelakaan dgn kematian, kehilangan keluarga serta kerugian harta benda.

Manusia telah begitu maju sekali teknologinya. Sehingga kedatangan musibah sudah dapat disukatnya. Persediaan keselamatan dan hospital juga begitu canggih dan maju. Persenjataan juga hebat, kenapa tidak dicegah kecelakaan itu dgn segala kecanggihan kita?

Tiadakah kehebatan utk menjinakkan bencana tersebut? Sejarah telah mencoretkan beribu kali alam ditimpakan bencana, sewajarnya telah diketahui sifatnya.

Apakah pula alasan kita kali ini? Benarkah seluruh ilmu alam telah kita dikuasai? Pasti sangat hebat kuasa alam. Majority manusia didunia sekarang mempercayai adanya kuasa sebesar itu. Apakah itu benar?

Ibaratkan kita memegang sebilah pisau tajam, lalu dipotong jari kelingking kita, beranikah kita? Pasti takut. Mengapa alam begitu nekad sekali menimpakan kecelakaan pada diri dan isinya? Hebat keberanian alam atau pasti tersangat marah dia pada dirinya iaitu pada manusia serta nekad dia. Kenapakah dia sangat marah dan nekad?

Sejarah itu sumber tamaddun dan perlu ditangani secara berhikmah. Masyarakat kita kurang menghargai sejarah dan menganggapnya sebagai mitos dan dongeng. Malah telah juga dijadikan senda dan lawak. Mengapakah kita menzalimi sejarah kita sendiri?  Banyak  fakta sejarah itu telah kecelakaan lalu hilang dan dikelirukan.

Wujud konspirasi jahat terhadap sejarah, mengapa?

Kita disogokkan kononnya Tuhan itu Pemilik dunia dan alam ini. Wah hebat, besarnya pangkat tu? Pasti banyak berjela geran tanahNya? Agaknya geran kita ni palsu dan kita bersetinggan diatas tanahnya. Wujud benarkah orang kaya sehebat itu? Tolollah bunyi gerutu kita.

Sehingga kita juga disogokkan dengan anggapan segala sesuatu juga termasuk kecelakaan dan musibah juga adalah kehendak Tuhan tadi, bukan hanya kesalahan pesalahnya. Bertambah binggung dan tolol kita merenungnya. Apakah Tuan Tanah pun bingung dgn kebodohan kita.

Anggaplah Tuhan itu memiliki kuasa sebesar itu. Logiknya maka kelelahan lalu tertidorlah Tuhan tadi akibatnya kelam kabut alam;

Lalu kita senaraikan kecelakaan bukti kelalaianTuhan juga;

    1. Berlakunya bencana alam dimerata dunia.
2.   Peperangan dan kezaliman berleluasa disana sini.
3.   Nilai murni akhlak, budaya,budi dah pupus.
4.   Undang2 dicerobohi kian hari.
5.   Maksiat dibajai rapi agar subur. Ditaja bersama.
6.   Pendosa disembah2. Dosa dimuliakan, didewakan. Moden.
7.   Anak sendiri diperkosa, boleh ketawa.
8.   Menangis IbuPertiwi diperkosakan.
9.   Kebenaran sejarah dipersendakan.

Kerana peduli kita cuba memulihkan hubungan kita debgan Tuhan dan alamnya. Terbukalah minda kepedulian kerana takut maka perlu tahu dan ingin selamat.

Apakah yang akan membuatkan Tuhan tadi mahu dan perlu memberikan segala kemahuan kita? Apakah kesukaan Tuhan itu agar membuat Dia menghidangkan semula segala kelazatan, segala keamanan dan kesejahteraan pada kita lagi?

Atau ada keuntungan yang dijanjikan telah kita mungkiri dan selewengkan? Pasti ada perjanjiannya. Carilah jalan memujuk agar mahu Dia dibawa berunding lagi. Terbukti masih hidup peduli kita.

Takut kita utk melihat isteri, anak2 dan keluarga kita ditelan Ribut Bu’atpa seperti masyarakat di Mindanao? Masih ada peduli untuk keluarga dan masyarakat.

Mampukah kita melihat Bandaraya termoden kita Putra Jaya ditelan tsunami. Walaupun belom pernah lawat Bandar tu tapi ketahuan cantik walau hati sakit diseleweng, namun kasihan duit rakyat kita dah habis dibelanjakan dalam membinanya. Masih ada sikit peduli pada rakyat.

Berkelilaulah mengumpul Tok Kiyai mengatur pertemuan dengan Tuhan.  Ada jugak saranan agar bertapa. Dinista dan dipersendakan pula kita bagai si Jahil mencari Tuhan Musibah.

Disaran juga mencari boraq kenaikan Nabi Muhammad ke langit. Jauhnya tujuan, terasa tenggelam harapan. Siapa mampu menunjukkan tujuan kita? Namun diheret juga harapan, dipujuk hati biar tidak berputus asa. Takut musibah ditimpakan pada semua manusia. Ikhlas dah peduli.

Lelah mencari, puas bertanya, berkeringat dipersendakan oleh golongan si Alim maka pulang lalu terduduk binggung. Takut dilihat manusia walau pun isteri sendiri maka bergelaplah sendirian.

Terasa hangat lelehan dipipi. Benak rasa didada spti sudah tertimpakan musibah. Terkeluar suara spti menangis.” Tuhanku, aku mencarimu, tapi tak berdaya, bantulah aku. Aku sangat takut pada kecelakaan mu, ampunkan kami semua.” Berbuah peduli walau belom ketahuan pokoknya.

Keluargaku;

Tuhan berhak memilih kepada sesiapa utk diberikan rahmat lalu sampai seseorang kpdnya terutama dia ummi. Berharap dan takutlah padanya dan dia pasti peduli.

Allah berkata kepada mereka: apakah kamu akan menentang padaku, atau mempermainkan aku, maka demi kebesaranku,aku akan menurunkan terhadap mereka ujian fitnah, sehingga orang yang sabar , tenang, menjadi kebingungan.

Bersambung…………………. Edited1 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan