KONSEP PERTUHANAN

Isnin, 22 April 2013

MERDEKA 1



Sering kita dengar isu2 memaknai kemerdekaan diperdebatkan oleh cendiakawan2 tersohor kita. Disulami cerita2 patriotik dan pengorbanan yg suci, ditokok pula perkataan  jihad, maka sempurna keramatnya kalimah tersebut. Megah dan hampir terbangun juga jiwa yg lesu dan pondan utk berjuang. Taksub kita dgn kekeramatan kalimah tersebut.
Maka tibalah hari yang didebatkan, maka berpestalah Malaysia. Diperhebatkan dgn temanya Janji Ditepati dan mottonya Satu Malaysia. Megah hati melihat perbarisan beragam pasukan keselamatan terutama pasukan Tentera DirajaMalaysia serta persenjataannya. Berterbangan jet2 pejuang dgn helikopternya diudara memeriahkan pandangan dan pendengaran. Kemudian diikuti peserta beragam dari kumpulan kerajaan dan swasta yang boyot2 yang berlenggang lengguk.
Setelah itu acaranya dipenuhi peserta remaja berjoget2 dan berputar2. Mungkin ingin menceritakan rakyat muda sangat bahagia. Setelah satu jam setengah bermula dr pukul 8 pagi maka berangkatlah pulang Yang DipertuanAgung, tanda tamat majlis. Kita lihat pengacara2 media bekerja keras cuba memanaskan suasana yg suram dan dingin.
Hati tercari2 maksud keramat yg cuba disampaikan oleh acara tersebut. Termenung kita dalam kebinggungan. Bagaimana pula terkaitnya tema serta motto pesta dgn pembebasan dari penjajahan td? Yang jelas, corak sajian acaranya hampir sama membosankan seperti acara tahun2 sebelumnya. Pastinya Cuma rakyat bonggok merugi menanggung segala perbelanjaannya. Mungkin itulah cara kita mensyukuri dan berterimakasih kepada pejuang2 kita.

Terbukti retorik jugalah kemerdekaan tersebut!!! Biarlah masa menentukan. Masa adalah hakim yang sangat kejam mendedahkan kebenaran.

Tahukah kita siapa wira2 sebenar kemerdekaan??? Apakah pejuang2 itu juga dipalsukan? Bagaimana seharusnya kita menghargai pengorbanan murni mereka memikul impian ugama dan bangsa, darah dan nyawa mereka yg dipertaruhkan demi mempertahankan maruah, martabat dan budaya ibunda, keluarga, isteri dan waris yg merana ditinggalkan!
Bagaimanakah kita menghargai janji pd pengorbanan pejuang2 kita? Setelah kita gadaikan maruah, budaya dan bangsa yg mereka selamatkan?
Sejarahnya:

  1.  Cendiakawan dulu memerah kebijaksanaan utk meransang dan merancang perjalanan kemerdekaan.
  2. Pejuang2  mengorbankan tenaga dan nyawa dibarisan depan.
  3. Ibu2 yg membakarkan dupa dihati anak2nya agar berani.
  4. Tetaplah Poli’tikus yang menjilat kawan dan lawan utk muslihatnya.


Telah buta dan lumpuhkah angkatan cendiakawan kita? Telah tewaskah cerdik mereka dan tewas pada golongan poli’tikus. Walau Cuma terkena jilatan bisa poli’tikus sehingga koma.

Katanya :
  1.  Penjajahan serta penjarahan itu merampas hak dan kebebasan kita.
  2.  Kita akan didera dan perlakukan sesuka penjajah. Kita diperhambakan setiap masa.
  3. Paling buruk budaya dan adat resam kita dipersendakan dan dilupuskan.
  4. Makanan juga tidak mencukupi. Hidup terlalu rumit.
  5. Ugama yg kononnya kita cintai juga dimusnahkan.
  6. Harta benda dan warisan dirampas.
  7.  Maruah ibu dan putri telah digadaikan pd penjajah yg rakus.
  8. Nyawa terlalu murah.

Mereka sepatutnya mengorbankan sedikit waktu pesta mereka mencari bahan ilmiah dan mengkaji kemodenan tamaddun negara2 jiran yg terbaik dlm mewarnakan perayaan yg sama selain mengintai alatan kelamin tetangga sahaja.Tiadakah cendiakawan kita menonton bagaimana Acara Pembukaan Sukan Dunia Olimpik dipamirkan?
Tiadakah kepakaran2 kita utk memaknai setepatnya corak hari keramat kita? Jelas digambarkan kemerdekaan itu hanya utk berpesta.
Terbukti luntur sudah keyakinan kita pada budaya yang kita merdekakan. Ugama mmg lama telah kita singkirkan.
Terbukti kita menerapkan pada rakyat kita adat penjajah. Bukti kaum tukang karut dan tikuspoli telah bisa jilatannya,  tersungkur parah para cendiakawan yg diamanahkan kemerdekaan tadi. Terdengarlah juga pekikan cendiakawan sahut sahutan spti suara itik sereti dari kejauhan.
Adat2 penjajah banyak yg kita agungkan maka terimalah padah yang kononnya.

  1.    Merugilah kita, pembaziran sumber dan miskinlah rakyat.
  2.    Leburlah amanah bangsa, musnahlah kebebasan.
  3.   Leburlah adat, terkuburlah juga tamaddun kita.
  4.  Tersingkir ketuhanan, kafirlah kita.
  5.   Berkembang budaya baru, berkembang bilangan rakyat dgn pesat, walau tanpa pernikahan , baru peduli kerana jurunikah hilang pendapatan.
  6.  Lebar senyuman poli’tikus dan kroninya. Wang rakyat terus ditipu.

Tiadakah bermalu diri mendebatkan maruah, mampukah utk menyebut perkataan keramat merdeka dgn sepenuh pengkhianatan.Terpikulkah amanah dibahu kita utk memakmurkan rakyat atas amanat pejuang2 lalu? Menangislah arwah2 pejuang melihatkan pengorbanan mereka dipersendakan. Banyakkah lagi yang lain tidak kita persendakan?
Benarkah ianya salah satu acara utk menarik pelancong2 seperti dinegara2 lain? Menarikkah sambutan acara bersejarah kita itu kpd para pelancong? Atau Cuma pelencong yang suka?
Kalau masih hidup berfikirlah….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan