ALIFF.
LAM. MIM.
Perjanjian.
Sumpahan. Pesan2an.
Setiap
kejadian ada perjanjian
yg menegakkannya.
(aliff)
Maksudnya sesuatu kejadian
(alam) itu berjalan pada aturan yang ditetapkan. Sainsnya yg bermaksud ada ikatan
atau syarat2 yg menjadi ilmu sandaran prosidur
atau aturcara yg wajib dijalankan. Seperti beras mesti dimasak baru menjadi nasi.
Itulah ikatan ilmu lalu menjadi syariat(hokum jasad). Sabit itu Tuhan menyarankan
supaya belajar daripada alam. Islam Umno
Baru mengharamkan pembelajaran begitu kerana bida’ah dan kuno.
Setiap
kemungkaran ada sumpahan. (lam)
Kemungkaran bermaksud ada janji
dimungkiri. Maka diperangi lalu didatangkan
berbagai malapetaka. Pokoknya perjanjian yg mana telah dan akan kita mungkiri lagi.
Maka deritalah rakyat, angkara pemimpin biol, bapa kemunafiqan.
Cuaikah tuhan sehingga kecelakaan
ditimpakan kepada manusia banyak yang mungkin tidak bersalah?? Jika begitu kita
sudah berprangsangka buruk kepada Tuhan. Maka wajarlah Tuhan menggandakan kecelakaan.
Siapakah yang telah memilih pemimpin tadi, kitakah atau tuhan yang mengundi?
Hanya
sebab dihadiahkan kain sarung dan kain batik sepasang seorang maka kita gadaikan
kemurnian kita.Wajarlah kita walau kena tempiasnya.
Ingat
mengingatkan dan pesan-memesan. (mim)
Usai setiap bencana dan peperangan
maka diperingatilah
segala kedukaan dan dipesan-pesankan agar tidak berul
Iblis tetap konsisten membisikkan
angkara sampai bila2.
Setan itu adalah manusia
dan jin yang telah menjualkan nyawa dan roh mereka kpd Iblis. Mereka tetap meraih
kemenangan bertali arus dengan pasukan mereka yang kuat selepas 30 tahun
kewafatan Rasullullah.
Adat makhluk pasti ada yang
baik dan jahat. Sibaik dan jahat mudah sekali dikenali dan mudah juga mereka kembali
kepada tuhannya tetapi yang sukar dikenali adalah wajah hipokrit. Itulah wajah kecelakaan
tadi yang sangat membinasakan kemerdekaan.
Termeterai tambahan perjanjian,
malangnya pahit melunaskan janji maka bermula kecelakaan lagi lalu dibencanakan
sehingga diperangi alam pula.
Kononnya madah pejuang tersohor
kemerdekaan Korea,
Kemerdekaan
adalah pejuangan suci. Mempertahankannya adalah menghargai lalu melindunginya dari
anasir2 yg mampu menggugatnya seperti perbuatan mengkhianati kemerdekaan itu sendiri
seperti jiwa kotor, gila memimpin, penyeleweng,
rasuah, pendusta tegar dan tidak beramanah. Berhati2lah dgn mereka yg bencikan kemerdekaan
itu kerana mereka membawa kepada tergadai kembali kemerdekaan.
Lacur terkait pada kegiatan
tidak bermaruah. Merosakan adat-budaya, memusnahkan budi, meleburkan aqidah adalah
agenda kejadiannya. Menaburkan segala janji manis tanpa ada rasa utk menunaikannya.
Mengkhianati segala amanah dan janji adalah ugamanya. Walau tema nya janji ditepati dipersendakannya sendiri..
Pada keadaan maruah terpaksa
digadaikan atau pada awalnya dipaksa dan didera seperti diperkosa. Pelacuran itu
adalah pada awalnya mereka yang terpaksa tetapi kemudiannya seronok, lalu berterusan
melakukan keengkaran dgn belas. Lalu jatuhlah dia dlm kelompok setan yang hodoh
lalu diikhtiarkan menjadi sangat cantik.
Kejadian setan ini utk melengkapkan
keseimbangan alam seterusnya iaitu syurga dan neraka. Kehebatannya pada segala kemungkaran
tapi tetap dipandang mulia,terutama oleh golongannya agar neraka tiada sepi. Bukti
tewas akal maka adatnya iblis diikuti lalu merugi.
Iblis mmg tidak kelihatan oleh
mata kasar kita. Perjanjian nya kpd tuhan hanya membisikkan kemungkaran kpd makhluk,
tanpa ada body contact. Kalau Iblis dibenarkan menyentuh manusia pasti lebih teruk
keadaan kita.Tapi bangsa setan tenteranya iblis dari bangsa manusia tu
paling takut dengan hantu. Mereka juga sangat beriman pada bomoh palsu. Bergiatlah
mereka mensyiarkan kemungkaran dgn segala kebolehan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan