Orang Melayu menganggap Al-Quraan itu kitab dari Tuhan. Menyimpannya sekurang2nya senaskah akan dapat melindungi dari gangguan jin dan hantu dirumah. Nasibnya berdebu.
- Dalam membontoti kemajuan, bangsa melayu telah Berjaya melepasi stigma yang dulu, asalnya menyekat anak2 mereka menuntut ilmu kepada orang asing. Kini mereka megah sekali bermenantu orang asing malahan terlebih lagi resam sikapnya drpd org asing itu.
- Bangsa Melayu banyak berubah, malahan mudah berubah seiring zaman. Apa sahaja angin pembaharuan yang dipuputkan dari Negara maju, baik atau buruk sangat dibangga2kan lalu dibudayakan. Masih megah dan berani membahaskan dlm memperkatakan Jihad dan Kemerdekaan.
- Terkuburlah budaya dan perjuangan yang dimerdekakan. Masyarakat kita kepupusan ketulinannya, adat resam ditalkinkan. Berbudaya baru, nampak mewah dan bangsawan. Ugama adalah pegangan budaya purba. Terpinggirlah ugama dan budaya secara terhormat. Realiti kemerdekaan kita.
- Disingkirkan kitab, usang lagi berdebu, bercambah bilangan hantu dan jin, meraikan muhibbah, 1malaysia. Budaya dan ugama tiada pembaharuan dan kemajuan selain kekakuan, malah terlalu banyak sekatan. Dinobatkan ajaran Hijrah moden.
- Pembaharuan dan kemajuan kononnya adalah kiblat utama transformasi. Jaguh baru politik juga ber-agenda tambahan mempolopori jihad dan hijrah moden. Kebolehan serta ramalan bomoh menjuarai panduan.Tarikah Hendon dan Abu Sufian mekar kembali.
Kecelakaan jalanraya menimpa, mautlah anggota keluarga. Sistem jalanraya mula disalahkan, kontraktor selama ini suci juga sangat disalahkan. Kecuaian merawati kawasan kemalangan dari gentayangan segala puaka dan jembalang. Kereta dipandu terlalu laju bagai dirasuk iblis tak dibicarakan. Mengangguk jugalah imam tua,si Haris patuh percaya, sambil menghirup kopi percumanya dikedai mamak
- Diperlihatkan pula ibadah dan mulia amalnya. Rakyat didahulukan, terasa kembang seperti diumpamakan. Setiap kesusahan masyarakat sempurna diambil-kira, nanti ditunaikan. Yang belom diminta sudah diberi. Se-akan kasyaf matanya melihat hasrat hati. Indah Musyahadah budaya baru. Nikmat Dapatnya Cuma sedikit, bencanakan besar.
- Pembangunan rakyat temanya, hutan licin dimanafaatkan. Gunung rata ditarahkan. Tanah pusaka lama terbiar pantas dianggap tidak berpunya diterpa. Pantas dibangunkan, mendukung ekonomi. Utk memakmurkan rakyat juga. Licin dan lembut bahasa. Mangsa termangu.
- Bijak helah, wangi penginayaan, indah kejahatan. Ditusuk tembus, tiada berdarah, darah kering dihisap, sakit sedikit, namun masih tersenyum rakyat. Kezaliman yang tiada terlihat keburukannya. Makjuj berwajah malaikat.
- Diancamkan bencana oleh tanah, disepakati oleh air, maka musibahlah umat dengan banjir lumpurnya, makin besar dan kerap. Gelunsuran tanah dimana2 menelan rakyat, yang terkorban difatwakan pula mati syahid. Bertambahlah bangsawan membina istana dibukit agar mencapai syahid. Laris sorban di Jalan Masjid India.
- Diancamkan bencana oleh angin, ribut dan taufan memusnah kampung2 dan kota serta membawa wabak. Masyarakat kampunglah yang paling menderita kecelakaan dan kelaparan.
- Masih angin mengintai2 dgn murka. Api masih menyembunyikan keterlukaannya. Air berterusan melatih kekuatannya. Mungkinkah sebenarnya mereka menanti waktu yang sudah disepakati melahab manusia tanpa berbaki.
- Maka dituruti kata para ilmuannya, alam agak terlalu tua dan lesu. Maka bersungguh diserukan membantu mencarikan ubat utk memulihkan alam. Agar panjang usia alam tanpa bencana. Bertambah murka si-Alam dikatakan sakit.
- Tiadalah dia mengerti si-Alam membuktikan kebenciannya lalu memerangi manusia. Penolong2 mereka telah lari jauh. Itulah iblis dan hantu melihat ancaman sambil bersorak dan memerhati dari jauh setannya dimusibahkan.
- Tersangat buruk padahnya kalau terbongkar agenda munafiknya. Wajah plastik sentiasa rapi dan canggih agar kelihatan wajah merah delima lagi ayu.
- Senjata utama yang terbilang kehebatannya segera dikeluarkan. Racun fitnah dan kecemerlang dusta, sihir politik menjaring pengaruh untuk kuasa dan harta. Yang menghalang mampus tersungkur. Lapanglah mata makjuj, itulah kebenaran mereka.
- Kecutlah keberanian musuhnya. Bertambah subur kesombongannya. Bertambah besar kepalanya serta pesat kebohongannya. Terlupalah ia akan sumpahannya iaitu melayu. Apakah akibat sumpahan juga akan membuat bangsa pelupa?
- Kekal sumpahan itu, menderita rakyat dibencana, namun masih juga rakyat mempersetujui utk dikhianati dan dimungkiri perjanjian Tuhan dengan megahnya.
- Maka ditempahlah musibah agar berterusan, benarlah tertulis oleh kitab. Kecelakaanlah dibawa manusia kata Iblis dan hanya akan dibersihkan dengan bencana kemurkaan. Terdapat golongan yg ditempohkan dgn harapan dia kembali dan juga pasti diperhitungkan seperti beberapa golongan terdahulu antaranya Kaum Madyan (Kaum Mad Malayan).
- Seperti dahulu golongan ini biasa dibencanakan.Cuma dikali ini tidak diteriakkan tapi dibadai sehingga tidak meninggalkan baka. Itulah doa alam dan seperti diperkenankan oleh Tuhannya agar alam dianugerahkan kelapangan tanpa sumpahan yang melayukan lagi.
- Tiadakah keikhlasan kita untuk benar2 mensejahterakan rakyat? Tiadakah benar2 mahu memimpin dan melihat mereka selamat? Adakah cara mendamaikan bangsa kita agar mahu berdamai dgn alam dan Tuhan?
- Tiadakah cara utk mentarbiyah mereka agar kembali kepangkal jalan? Dimusibahkah juga rakyat jauh dikampung2 yang tidak berdosa kononnya? Berdosa jugakah kerana mudah dan murah dibeli.
- Tuhan kami, telah kami lihat ancamanmu. Tuhan kami, telah kau buktikan ekornya janji bencanamu. Walau apa pun kemahuan mu, kami tetaplah menerima. Suluhkan pula hidayahmu, agar pudar kegoblokkan bangsa ini.
- Suburlah teratai, walau tanpa tanah. Dibadai air, tetap suci kembangnya serta cantik. Tidaklah melayu lagi. Rindulah tanah ingin meribanya dan menjauhlah sumpahan alam.
- Menceritakan tentang kesinabungan keturunan benih asal manusia serta perwatakan mereka dalam mengharungi ujian diturunkan kedunia. Saranan Tuhan agar kita memerhatikan alam sekeliling serta sejarah agar belajar. Diperingatkan ilmu usul sebagai panduan dalam memahami seterusnya memenangi motif hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan