KONSEP PERTUHANAN

Isnin, 22 April 2013

SOLAH 1



Wahai keluargaku;

Genggam oleh kalian se-eratnya, dakap kemas2 dicahaya akalmu. Aulah tidak pernah memerlukan solahmu untuknya. Tiada pernah dia terkurang tanpa solah dan ibadah mana2 makhluknya.

Maka apanya yang ingin sangat kamu persembahkan pada dia yang tiada terkira banyak perbendaharaannya. Sehingga nyawa dan segalanya yang ada pada kamu adalah pinjaman drpdnya.

Bersihkan tanggapan kalian, bahawasanya dialah menganugerahkan segala nikmat termasuk solah itu kepada manusia. Jangan sekali pun bersangka buruk dan salah kepadanya dgn menganggap Aulah sangat mengharap persembahan solahmu.

Dia juga tidak perlu akan pemujaan dan pengagungan kamu ditentang kebesarannya. Pokoknya kamu itu tiada apa2 pun dipandangannya, walau tidak sepenting debu yang berterbangan kecuali seorang peminjam yg menaburkan seribu janji, yang belom tentu menunaikannya. 

Apakah kefakiran Nabi Muhammad sehingga memerlukan bantuan dari ibadah dan selawatmu? Beliau adalah Penghulu Rasul dan Raja Manusia dan sangat dikasihi Aulah. Apakah Aulah tidak tahu mencukupi kekasihnya lalu terkurang haknya terhadap alam?

Jadi siapakah yg memerlukan, dan kemanakah solah selawat itu akan kita bawa? Kenapa Aulah mengatakan solah kita boleh dilemparkan kembali kemuka kita? Untuk kita lah solat dan selawat makanya dibuat bersungguh2 dan terbaik. Apakah kita suka yang buruk utk kita? Menghambalah seperti kesukaan Aulah dan jadilah kita hamba yang beradab.

Didlm solah kita jelasnya menerima, bukan mempersembahkan. Namun tiada kita fahami apa yang diterima? Solah itu juga zikir iaitu perbuatan mengingatkan kita dgn pemiliknya. Semua bacaan dan doa telah ditetapkan dlm rukun perbuatan, telah rapi tersusun tapi kamu enggan mengerti. Contohnya mengapa tidak dibaca fatihah ketika sujud.?

Keluargaku;

Nabi Agong kita dianugerahkan solah semasa peristiwa isra’ mikraj. Apakah peristiwa yang berlaku sehingga disempurnakan solat kepada beliau? Kewafatan penjaganya Abu Talib dan isteri beliau Siti Khadijah dalam jarak masa yg sangat hampir membuatkan beliau berada dalam keadaan yang sangat sedih dan tertekan.

Diwaktu itu tekanan embargo musuh2nya semakin runcing terhadap muslimin di Mekah, maka teringat beliau akan janji2 pembesar Taif lalu berangkatlah beliau ke sana tanpa arahan Aulah. Malangnya setiba disana disambut dengan balingan batu dan seribu cercaan dan penghinaan sehingga lari ke dalam ladang khurma menyelamatkan diri. Berlakulah doa taubat Taif lalu beliau pulang ke mekah.

Dan hampir saja mereka itu menggoda kau tentang yang sudah kami wahyukan kepadamu, supaya engkau mahu atas nama kami memalsukan dengan yang lain. Ketika itulah mereka mengambil engkau menjadi kawan mereka. Dan kalau pun tidak kami tabahkan hatimu, niscaya engkau hampir cenderung juga kepada mereka barang sedikit. Dalam hal ini, akan kami timpakan kepada mu hukuman berlipat ganda, dalam hidup dan mati. Engkau tiada penolong menghadapi kami. Quraan 17: 73 – 75.

Demi memulihkan semangat dan kekuatan perjuangan Nabi Agung Muhammad maka dipanggil naik ke langit lalu dianugerahkan kesempurnaan solah yang tiada pada nabi2 sebelomnya. Jadi bagaimanakah Nabi Agung kita bersolah sebelom peristiwa isra’ tersebut? Berapa pula waktunya? 

Kenapa pula rasul bertemu rasul2 pembawa kitab sebelomnya termasuk Ibrahim dan Musa?

Terlalu banyak ilmunya utk diperbincangkan tentang peristiwa isra’ itu dan disini kita akan bincangkan cuma usul solah. Ilmu usul sangat penting dalam kita memahami perkara2 tersirat, dalam menatakan syariat dan menghayati ibadah kpd tuhan bukan hanya mencari pahala dan untung. Makanya dlm kitab2 kita menerangkan betapa pentingnya mempelajari ilmu sejarah yang tulin menuju usul dan bukan menghapusnya.

Setiap umat semenjak nabi Adam mengalami banyak permasalahan menghadapi musuh yang sama iaitu Sheikh AlFadhil Al Iblis AlHafidz. Tanpa mengenali beliau secara mendalam serta agenda dan peranannya maka kita kelabu dan tidak tahu bagaimana menghadapinya. Kita tersangat biol bila melupakan akan kekuatan musuh penting yang panjang sejarahnya dgn umat manusia. Manusia itu tolol, kata tuhan. Goblok kata kita.

Perpecahan pasti berlaku maka kitab juga diterjemah dan ditafsir mengikut ilmu semasa lalu dipermodenkan membuktikan keunggulan cendikawan dan tamaddun seiring zaman. 


Sabdaan rasul;

  1.           Umat zabur pecah kepada 70 mahzab.
  2.            Umat torah pecah kepada 71 mahzab
  3.      Umat injil pecah kepada 72 mahzab
  4.       Umat quraan pecah kepada 73 mahzab.


Keluargaku;

Walau apa pun berlaku kamu wajib mempercayai hadis dan sunnah. Kecintaan kita pada Aulah dan Rasul2 maka kita akur akan pesanannya. Seluruh kitab telah dipersendakan oleh iblis sebelom Muhammad dan dgn pengalaman lalu dan dibantu dgn sikap ego yang bahalol manusia memudahkan iblis juga mempersendakan alquraan dlm sesingkat waktu.

Janganlah diantara kamu kafir dan berkhianat terhadap Tuhan dan Muhammad lalu menafikan segala atau sebahagian pesanannya.

Keluargaku;

Sebijak manapun sheikhul iblis serta golongannya para2 alhafidz, seluruh alkitab dan alquraan asal atau manual alam tetap tersimpan utuh selamat walaupun bukan dalam simpanan kamu. Cuba periksa akal kamu, bolehkah kamu merosakkan naskah alquraan simpanan kamu itu? Cubalah kamu siat2kan atau kamu bakarkan dia, adakah dia musnah dihadapan hidung kamu? 

Maka terangkan kefahamanmu padaku, kitab mana yang tidak boleh dimusnahkan atau diseleweng oleh golongan beliau tadi. Jawapanmu mengatakan kitab didalam dada, mari aku bakar kamu lalu kita saksikan.

Keluargaku;

Apakah mereka menyangka Tuhan yang Maha Kaya dan Pemurah lagi Maha Bijaksana mampu mereka perbodohkan dgn hanya cuba penyelewengan tulisan2 dan huruf2? Apakah Tuhan tidak kenal akan mereka dan perangainya akan menyelewengkan kitab2nya?.

Apakah Muhammad itu bahalol kerana tidak belajar di University Pertronas? Apakah beliau yg disisinya Tuhan juga tidak mengerti akan agenda sheikh tadi dan golongannya?

Kerana itu juga kesempurnaan solah dikurniakan pd mukmin agar dia dilindungi dan diperkuatkan agar sampai kesisi tuhan lalu menyaksikan. Agar mengerti menikmati ketulinan dan yang haq iaitu nikmat kebenaran.

Dari ketulinan maka mudah kita bersungguh2 lalu mudah mencapai ikhlas. Ilmu palsu juga boleh, asal bersungguh2 tapi keperihan namun dan ikhlas juga kemudiannya. Cuma tanpa hadir yakin, mahu juga melihat maka akan diperlihatkan tapi takut ujub lalu tersadung keramah.  


Keluargaku;

Tuhan mengatakan alam dijadikan dalam 6 masa iaitu 6 bahagian (half). Antaranya maksud permainan Tuhan itu dibahagi 6. Permainan ke 4 adalah 4 kitab diturunkan ditimur barat dan bermula dari Nabi Noh AS, disambung keturunan , Nabi Ibrahim lah membina Kaabah dgn 4 sanding sempadannya dan 3 pula tiangnya. Berkesinabungan kitab antara satu sama lain dan para nabinya juga saling menyambungkan ilmunya serta menitipkan warisannya.

Haiwan adalah makhluk yang dipinjamkan pakaian jasad dari tanah, juga memakan makanan juga yang ditumbuhkan dari tanah lalu kepada tanahlah ianya dikembalikan.

Unsur2 tanah juga ada kekuatan tersendiri, terdiri dari api, angin, air dan tanah. Setiap unsur tadi mengandungi lagi unsur2 mereka sendiri, maka memerlukan kekuatan utk mententeramkannya. Kesilapan tidak mententeramkanya secara konsisten menyebabkan pergeseran antara mereka maka banyaklah penyakit.

Kalau hati menang maka sakitlah jantung. Ingatkah perjanjian ini? 

Dan disempurnakan roh ataupun cahaya perlindungan kehidupan dgn atap dan tiang oleh baginda Muhammad. Cuma solah itu tiangnya 4 ugama dan atapnya dengan syariat kenegaraan yg lengkap membentuk adab dan akhlak. Dianugerahkan di akhir zaman solah itu sebagai tambahan bantuan prasarana utk manusia  mempercanggihkan dirinya.

Manusia memerlukan pemulihan atau rawatan jasad tadi sebanyak 5 kali sehari semalam dan ditetapkan waktunya. Api, angin, air dan  tanah perlu diharmonikan dgn perintah tuhan. Setiap yang 4 ada lagi pemecahannya.

Diantara jasad dan roh juga ada pengharmoniannya. Begitu juga diantara jasad ,roh dan nyawa. Dianugerah kekuatan syahwat dan nafsu maka digelarkan tuhan manusia tadi dgn panggilan nafs.. Nafsu dan syahwat tadi membantu mereka menembusi hijab,jarak, masa dan ruang sendiri menuju Tuhannya. Senjata besar jika tidak dibendung rapi menjadi sangat mudarat maka sangat perlu melalui proses rapi dalam mengawalnya agar memenuhi tujuan amanah dan agenda tuhannya. Itulah agenda jihad besar perlu dia mengenali akan tuhannya. 


Tamat tempoh maka diambil  atau dipulangkan kembali kepada asalnya. Tetapkah utuh atau rosak sedikit, atau cacat dan kontong anggota lalu akan diperhitungkan secara sangat adil dan tepat. Yang tidak amanah akan memulangkan dgn kerosakan dan usang, busuk, dan banyak kekurangan serta kecacatan..

Rawatan dan makanan roh pula adalah zikir semasa berjemaah bersolah dgn jasad dan nyawa. Maka jelaslah solah itu salah satunya menangani tanggungjawap kita terhadap amanah dan perjanjian pinjaman tadi.

Bersambung……….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan