KONSEP PERTUHANAN

Isnin, 22 April 2013

AKHLAK (1)



Keluargaku, tafakurkanlah.

Pengertian perkataan akhlak ini agak besar dan berat utk didefinasikan setepatnya. Motifnya tersangat besar sehingga diwujudkan pasukan para Rasul 3000 orang mengajarkan kaum2nya. Diutus juga 200,000 para nabi memodelkan kemurnian akhlak. Setiap kitab2 dari langit menghuraikan simpul2 permasalahan semasa dan pada sesuatu kaum yg mahukan kebenaran.

Akhlak itulah kesempurnaan kemuliaan, keindahan budi pekerti atau kelakuan yang seakan sedap seperti dirasai, atau dipandang dan digauli oleh setiap makhluk. Itulah budi luhur.

Kerana kemurnian akhlak hanya hadir dari kejernihan hati lalu membuahkan keindahan wajah perbuatannya. Terpampang keikhlasan dan kebenarannya, tanpa cacat dgn noda hipokritnya. Kononnya itulah suatu perbuatan yg disertai rohnya.

Makanya hanya sebab itulah para rasul dan nabi dilengkapkan pembuktian dgn pelbagai mukjizat dan kitab dalam menguatkan penyampaiannya dlm menyampaikan panduan2 syariat utk tujuan kemurnian akhlak, serta hanya bocoran2  ilmu pertuhanan utk yang khusus.

Jesteru itu berkesinabunglah ilmu para anbia’, juga dari kitab ke kitab. Cuma kebijakkan Pasukan Iblislah yang membedakan dan menyisihkan diantara setiap mereka.

Semenjak Nabi Aulah Adam banyak yang ditauladankan, kononnya beliaulah manusia pertama yg ditempa sendiri olehTuhan juga sering ditemani olehTuhannya sewaktu di syurga. Kononnya beliau juga digelar olehTuhannya, Adam Sufiullah. Tidakkah beliau sangat mengenali Tuhannya? Apakah syariat dan tanda serta mukjizat yg dipanuti oleh beliau?

Kajian:
1) Dalam pelajaran disekolah kita diimankan setiap rasul pasti ada kitabnya,  mengapa kita Cuma mengetahui 4 kitab sahaja?

2) Kemanakah hilangnya kitab2 yang lain? 

3) Apakah perlunya padaTuhan agar manusia dan jin itu berakhlak? Kalau tidak berakhlak seperti sekarang lebih bagus, byk perniagaan dapat diterokai contohnya banyak peperangan, rompakan, pendustaan dsbnya.

4) Kenapa manusia moden sangat ketakutan dan sangat dimusuhi  oleh alam dan juga hantu? 

Bersambung ………….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan