KONSEP PERTUHANAN

Isnin, 22 April 2013

LACUR


Bidalan tua pendita China ini;

“Seluruh Negara itu kelihatan bengap CUMA mereka dipimpin oleh    golongan yang bongok.” 

a.   
Maksudnya bukan tiada lansung rakyat yang pandai, tetapi menghasilkan pandai yang tak boleh ditumpang cerdik yang tak boleh diikut, atau pandai yang tidak boleh dimanafaatkan. Itulah kebijakan yang merugi.

b.    Dalam simpulan sejarah suku adi adalah sangat setia dan selalu dilantik menjadi pengurus istana. Tertulis dalam lipatan sejarah akan suatu perjanjian maka diberikan peluang disamarkan sebagai Sultan. Akhirnya mereka terfikir dan merasakan sama layaknya malah lebih berkelayakan dari sultan asalnya. Dibakarlah segala perjanjian dan berusahalah agar Tuannya dihapuskan.

c.    Berlansunglah peristiwa bersejarah tersebut sehingga hari ini. Memerintahlah dan menyusunlah mereka sekehendaknya akan negerinya, terbuktilah sangat bersultan dihati tabiatnya. Leburlah nama baik dan jasa kesultanan sehingga tidak lagi dihormati dan diperlukan rakyat banyak. Sampailah waktunya kelak pemulangan perjanjian kononnya.

d.    Cuma Kerana bijaksana hakiki Milik dan Anugerah Allah! Pintalah dari Tuhan. Tanpa bijaksana tadi maka kelihatanlah rakyat seolah2 hanya memagut dan mematuk sahaja sepanjang waktu. Maksudnya menginaya orang lain sahaja kesukaannya meneladani akan pimpinannya. Banyak jenis bijak, pasti yang kita perlukan adalah bijak utk kebaikan semua. 

   2. Kita halusi maksud bidalan Dato Utama Sri Lenin di bawah;

Politik adalah pelacuran, kelalaian golongan muda tentang fakta ini adalah musibah dimasa hadapan”

“Politician will lead the people at all time into darkness.”

a. FAKTANYA, politik ala baru adalah menjurus kpd kecelakaan pada ugama, bangsa Negara dan alam. Sekiranya  golongan muda atau pelapis tidak memahami apa yg diwarisi maka kita telah kecelakaan.

b. BUKTINYA, wujud golongan seperti manusia tapi tiada perasaan malu dan bersalah atau berdosa sesudah berjahat.  Terusan menaburkan janji dan harapan dengan tanpa niat menunaikan, asal sahaja dapat apa yg dicitakan. 

c. Kecelakaan antaranya ialah memuliakan fitnah, bersubahat sudah menyingkirkan ugama  dan Tuhan. 

d. Penglupusan maruah berbeda dgn tergadai maruah.  Penglupusan maruah itu apabila tujuan menghalalkan cara. Amanah kita dikhianati dgn sadar menuju tujuan kita. Antara musibahnya adalah apabila sangat bermegah menerima rasuah yang mengakibatkan kehancuran negara. Lupusnya maruah maka segala ibu terancam termasuk ibu jari.

e. Lupus pelita adat lalu kegelapan maka hilang pegangan, terlucut kebenaran. Bersendiwara melaungkan Keagungan Ugama dan Bangsa. Kita tunggu tangan dan kakinya akan memperdayakan dirinya sendiri.

f. Sejarah penting utk diiktibarkani, kerana bulat berpusing dan kembali. Diselewengkan sejarah lalu suruh kita pelajari, maka masuklah kita kedalam longkang. Itukah mau mereka. Kenapa?

g. Jadi kenapanya disanjung oleh masyarakat kita kepada lagenda2 pelacur tadi?? Kerana bertaat mereka setan maka rosaklah sudah budaya, tergadailah maruah. Sungai langat juga sudah semakin keruh dgn timbunan saki baki runtuhan budaya.

             Sebenarnya apabila tergadai maruah dan budaya itu maknanya telah dijajah kita!!!

  •  Penglupusan maruah pula sudah sempurna penjajahan dgn rela keatas kita. Bagaimana harus kita menyedarkan bangsa kita dan memulihkannya? Pelajaran dah ada, kekayaan dah ada, Cuma maruah tak ada.  Sama2 kita cari ubat buta.

  • Sambung lain kali……. 
  •  

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan