Khazanah bahasa yang berbagai corak dan ragam dipusakakan kpd bangsanya yang diperpanjangkan dari moyang2 terdahulu. Bermotifkan amanah perjanjian, sumpahan dan pesan2an agar menjadi ingatan dan panduan sepanjang zaman.
Maka boleh juga dianggap sebagai wasiat mereka. Pasti mereka melalui berbagai pengalaman, kesukaran lalu menciptakan.
Seloka kali ini adalah Lagenda Pak Kadok, gurindamnya adalah menang sabung, kampong tergadai.
Diceritakan juga pada setiap zaman pasti terdapat suatu permainan yang digilai rakyat dan dinantikan musimnya. Diantaranya adalah permainan wau, gasing dan sabungan ayam jago.
Permainan rakyat selalunya melibatkan:
- Disertai oleh ramai peserta dari pelbagai lapisan rakyat, dari rakyat bawahan sehinggalah pembesar negeri serta rajanya. Rakyat dari negeri jiran juga datang menyertai.
- Selalunya melibatkan pertaruhan antara peserta2 dan penonton, sehinggakan si-jago juga lebih berat pertaruhannya, nyawanya.
- Menunjukkan bangsa nusa memangnya berketurunan berani, gemar kehidupan berisiko termasuk kepada perjudian dalam bentuk apapun termasuk nyawa, nasib dan usahanya.
Ayam jago adalah sejenis ayam jantan yang gagah diantara spesis2 ayam. Bersikap garang dan berani menentang apa saja termasuk manusia sekiranya dia diganggu. Lazimnya setiap ayam betina adalah miliknya.
Jago kononnya tangkas serta pandai terbang dan perlambangan keturunan mulia dlm perlambangan asmak.
Kehadirannya ayam jago ini sangat dinikmati kemerduan kokokannya panjang dan mendayu diwaktu fajar. Kerana dia sangat mengenali rahsia fajar dan subuh.
Bagaimana binatang ini sangat mengenali fajar dan subuh? Membawa berita pada alam akan kedatangan setiap sinar terang pada alam. Kokokannya akan lebih hebat dan ceria dimusim menuai.
Banyak lagi sejarah dari kehebatannya dirahsiakan.
Hakikatnya si-jago mengenali rapat si-matahari atau mungkin lebih tua dari matahari. Pesanan juga mengaitkan dia sebagai seorang kesatria kebenaran tampil yg membawa kembali sinar menerangi zaman kabur.
Tetapi bg masyarakat melayu bukanlah kehebatan hakikat si-jago yg kita pelajari malahan lebih canggih lagi dgn memperjudikan nyawa mereka. Bukan belajar pada alam malahan mengajarkan alam.
Pak Kadok membuat persiapan rapi untuk memenangi pertandingan besar sabung ayam.Kelihatannya beliau adalah juga sangat berkebolehan melatih Jago-nya. Tibalah hari pertandingan yang dinantikan.
Berkampunglah rakyat, meriahlah pekan, laris jualan dan perniagaan. Digelanggang sabung kelihatan bergiliran sijago bertempur sehingga ada yang tewas. Kedengaran gegak gempita sorakkan. Yang tewas bermasam muka, yang menang terkinja2.
Pak Kadok bersuka ria kerana jagonya berjaya ke acara akhir.
Kelihatannya beliau dihampiri oleh beberapa pembesar negeri asing yang mengkagumi si-jagonya. Mungkin berbincang pertaruhan yang lebih besar.
Sebentar kemudian jago pak kadok disorong ke gelanggang. Bergema tempikan dan sorakkan. Berlansung dgn hebatnya perkelahian antara dua jagoan, spti sama hebatnya.
Pak kadok sangat bersemangat terkinja2 seakan-akan memberikan arahan kpd jagonya. Pakaian kertasnya koyak rabak menambah gempita sorakkan. Akhirnya jagonya berjaya menewaskan lawan. Pak kadok sudah tinggal seluar dalamnya sahaja. Namun penonton amat gembira dgn kemenangan tersebut.
Penonton2 masih tidak beredar dari gelanggang menantikan pengumuman keputusan seluruh pertandingan. Sebentar kemudian diumumkan pemenang2 dan kemenangan petaruhannya.
Penonton seperti terpukul dan tersintak lalu terlopong. Jago pak kadok diistiharkan pemenang dan pertaruhannya dimenangi oleh orang asing. Seakan ada kesilapan.
Pak kadok juga seperti terkejut lalu berhenti dari kinjanya. Jagonya adalah pemenang tapi kampong halaman tergadai. Kerana jagonya telah ditukar milik setelah menerima wang penjualan.
Seluruh penonton seakan mahu menerpanya, marah bagai singa lapar. Namun belom juga sedar akan khianat yg telah dia lakukan.
Analisa seloka:
- Siapakah menukilkan Lagenda Nasihat ini dan siapakah pula Pak Kadok? Apakah iktibar dan persendaan yang mahu dinukilkan?
- Logiknya dalam posisi apa seseorang berhak mempertaruhkan negeri? Kelihatannya Pak Kadok memiliki keistimewaan seperti seorang Raja atau Pemerintah. Besar keistimewaan beliau kerana negeri itu seperti dipusakai dari keluarganya makanya dia boleh berbuat sesukanya.
- Pak Kadok mengkhianati rakyatnya dengan memperjudikan negerinya sebagai taruhan. Ditengah2 pertandingan lalu memeterai penjualan si-jagonya kepada pihak lawannya tanpa pengetahuan rakyatnya, menambahkan satu lagi pengkhianatan.
- Moral seloka ini cuba menonjolkan dalam setiap masa dan telah berulang dalam lipatan sejarah watak Pak Kadok yang kurang akalnya tapi terlantik memimpin Negara.
- Diumumkan kemenangan sijago. Bergempita sorakkan rakyatnya. Lalu diistiharkan kemenangan utk Negara jiran, terpingalah rakyat kehairanan. Namun Pak Kadok masih terus terkinja kesukaan akan kemenangan si-jagonya. Terlupa akan perjanjiannya, digadai awal si-jagonya. Tergadailah pertiwi serta rakyatnya. Itulah amaran leluhur kita.
- Tersangat sederhana gurindam agar mudah difahami rakyat banyaknya. Disuatu waktu negeri kita akan menghadapi zaman kabur yg bersangatan sehingga mengalami kegoblokkan tegar.
- Sambil berseloka mampu meramal dgn tepat nasib bangsanya dihari muka. Lupakah kita kebijakkan kesusasteraan Nusantara Purba?
Bersambung……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan