Anak-anakku, marilah belajar berfikir.
Mari kita fokuskan saki baki kebijakan yg ada utk mula memahami serba sedikit agenda akhlak.
Diperhatikan roda akhlak manusia mengambil masa 500 tahun utk setiap pusingan. Dihujung pusingan itu akan kita dapati masyarakat mengamalkan kebejatan dan kebenaran dipinggirkan, pemusuhan amatlah sengit kerana harta dan pangkat. Tamaddun merudum akhinya sehingga sesuatu bangsa dibinasakan.
Waktu itu kita akan melihat segala kemunkaran seakan sangat pintar dan kreatif lalu kita muliakan.
Dahulu kala, setiap ibubapa pada adatnya sangat mencita2kan anak2 membesar dgn minda yang sihat dan akhlak yang sempurna.
Proses ini menuntut byk pengorbanan dari semua pihak terlibat, juga pengorbanan dari segi material, waktu, ilmiah dan perasaan.
Cabaran meningkat,
1. Budaya moden seperti media canggih menambah kesukaran kita menanamkan norma2 murni ke jiwa anak2.
2. Media ugama juga banyak tapi tidak bertujuan dan gagal utk mengimbangi pengaruh negetif.
3. Budaya bebas dilingkongan juga alirannya keroh boleh mempengaruhi tumbesar ank2.
Ibubapa juga harus berjuang dalam mencukupi keperluan keluarga sesuai dgn keadaan dan lingkungan. Dalam waktu yang sama juga harus berhati2 kerana ramai juga diantara mereka hanyut oleh aliran tadi.
Dalam serba kesibukkan;
1. Terkurangnya sentuhan peribadi yang penting dalam mendidik keluarga kita. Selalunya kita dicontohi oleh anak2 tapi ank2 mencontohi sikap pembantu dirumah yg kurang berakhlak dan pelajaran.
2. Anak2 menuntut perhatian dan tumpuan . Keletihan juga membuatkan kita terkurang perhatian bahkan mereka terasa dipinggirkan. Terkurang kasih sayang maka terjerat mereka pd gejala negetif.
Masyarakat kita telah dibawa arus kemodenan. Ketekunan dan kerajinan berkerjaya sangat mendukung wawasan kerajaan.
Pertuhanan tiada pernah menghalang mencari duniawi tetapi jangan sehingga terperdaya olehnya.
Perteguhkan keyakinan kerana banyak sekali pelunturnya terhadap ajaran Pesuruh2 tadi. Bangunlah jika tergelincir dari landasan iman dan tetaplah kepada kebenaran.
Ajaran purba kita sangat menanamkan ikhtibar kpd Lagenda 25 para rasul utama yg digelar Ulul Azmi, walaupun telah pula dikurangi jumlahnya Ulul Azmi kpd 5 org dlm testamen terbaru.
Saki baki masyarakat yg mahu beriman terkapai kapai mempelajari kitab purba. Lebih anih sering kita saksikan golongan yang mahu beriman ini terperangkap lalu dikafirkan pula oleh ulamak. Semuga tuhan melimpahkan ketabahan dan teruslah berani membuktikan iman dan mencari jawapan persoalan pertuhanan tadi.
Apakah tiada kebenaran bahawa baginda Muhammad adalah penghulu kerasulan? Bagaimanakah baginda mengetuai kerasulan sedangkan mereka tidak sezaman? benarkah ada sepasukan bola cuma terlihat hanya seorang pemainnya?
Apakah pula agenda Baginda Muhammad terhadap rasul2 yang diketuainya? Apa pula agenda Baginda terhadap umatnya?
“Kononnya ada hadis mengatakan ulamak penerus nabi.”
Mengapakah golongan tadi bersekongkol terus membisikan agar menyisihkan kebenaran?
Jangan kita bersubahat memfitnah dan mendustakan Baginda Muhammad demi kepentingan kita walau juga dalam keadaan tidur.
a. Berbedakah Agenda Tuhan kepada seluruh kitab2nya dan Pesuruh2nya?
b. Mungkin benar Tuhan itu juga silih berganti mengikut zaman maka kitab dan ajarannya berlainan terutama agendanya?
c. Benarkah Tuhan tanpa tujuan dan tanpa perancangan utk manusia dan alamnya, makanya kitalah menasihatkan beliau?
d. Tiadakah panduan menuju Agenda Tuhan dlm alquraan seperti kitab terdahulu?
e. Dan mungkin kerana keterlaluan tinggi ilmu kita setinggi menara2 Mekah lalu meremeh kan bahasa dan pekerti sederhana alquraan?
Bersambung…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan