KONSEP PERTUHANAN

Isnin, 22 April 2013

TAK PEDULI TU DURHAKA




Wahai keluargaku,

“Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): 
Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).”
(Surah Yunus 10:84):

Analisa:

Sirah ayat adalah semasa kaum Isra’ill pimpinan Nabi Musa as dalam ketakutan atas hambatan tentera firaun. Seruan ayat tersebut ikhtibar dibuat oleh Musa as pada kaumnya utk pasrah dan menyakini sepenuhnya kedatangan pertolongan Tuhan.

Jelaslah ugama Nabi Musa juga islam dan Toarah itu islam seperti yg difirmankan oleh Tuhan. Makanya segala peninggalannya juga adalah warisan islam. Walau disanggah oleh ramai ulamak sedunia yang juga membenci firman diatas.

Ayat diturunkan kepada orang yang sudah beriman (percaya), maksudnya sudah dipelajari makna iman serta faham akan ilmunya lalu selanjutnya adalah menjalankan rasanya berserah dalam melengkapi satu lagi proses masuk dalam benteng kesejahteraan (islam).

Salah satu ciri terpenting tujuan Iman adalah berserah diri. Wajib berserah diri atau bukan dalam golongan Islam. Setelah 1450 tahun usia alquraan apakah yg telah kita pelajari dr system pendidikan kita kearah itu. Berserah diri itu bukan menyerahkan diri kita kpd poli’tikus utk dibahamnya atau kepada para ula’mak utk poket kita ramping.

Pernahkah kita diajarkan bagaimana pembuktiannya syahadah dan rasa kelazatan shahadah?  Jalanilah mujahadah maka terasalah manisnya musyahadah. Pasti hati kita mahu kebenaran walau telah terbiasakan kepalsuan dan kedustaan.
 
Bolehkah kita sejujurnya menjawap mengapa perlu kita dilihat sebagai seorang islam?
  1.  Tidak kelihatan dari sikap dan perbuatan kita yang memerlukan pada ugama atau kebenaran.
  2.  Lebih jelas lagi ramai orang islam terpedaya kerana kita.

Maka jelaslah dasar islam begitu hanyalah akan memusnahkan islam tersebut. Ungkapan pendeta mengatakan sesuatu yang tanpa perancangan, kita telah merancang utk kegagalan itu, terbuktilah kita telah merancang kejatuhan islam dan memusuhi tuhan dan Nabi Muhammad itu sendiri .

Pernahkah kita walau sekali membaca dan mengambil faham membaca tafsiran alquraan tersebut? Paling2 kita jawap kita hampir khatam quraan semasa dikampong dulu. Tambah kuat bukti bahawa kita itu sesungguhnya hati kita tiada pernah ingin mengenal ugama tersebut apatah lg memerlukannya. Jelas ugama itu cuma mainan kita membohongi masyarakat. Perlukah kita persendakan islam dan tuhan?

Keratan Firman diatas hanya petunjuk kepada yang mahu berfikir supaya sesudah kita mempercayai rukun islam tersebut maka wajiblah kita menjalani proses mengenali siapakah yg berfirman itu.

Sekurang2nya kita sudah tahu Nabi Musa itu berugama islam walau kitabnya dipanggil Toarah atau Taurat. Makanya kitab itu adalah sebahagian dari kesempurnaan dan kesejahteraan.



Inilah tongkat yg digunakan oleh Nabi Musa as membelah lautan kononnya.  
                                                                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan