Sangat mudahnya kita mengkafir sesuatu golongan.
Sangat marahnya juga kita kalau dikatakan kafir!
Akibatnya silih berganti kedua pihak yang dikafirkan tadi memenuhi jalanan dgn sepanduk2 dengan marahnya,
namun tiada apa pun kesimpulannya dan kedapatan.
Maka seluruh ulamak bertungkus lumus berkarya membikin fatwa2 baru membela kepalsuan tuan masing2. Panduan mana pula yang dicedok untuk digubah dan digarap agar enak diperdengarkan. Apakah pertalian ulamak tadi dengan fatwanya dan kepentingan mereka disisi Tuhan?
Hanya menambahkan kusut dan menyesatkan.
Kemanakah tujuan kita sebenarnya, sewenangnya mengkafirkan mereka yang tidak sebulu kita?. Bersangatan membuktikan kita paling taat kepada Tuhan. Tuhan yang mana?. Perlukah kita mempersendakan Tuhan?
Cuma yang jelas mereka terus menumpukkan keuntungan.
Lalu kita menajamkan hunjaman kita melalui media yang kita kuasai. Takutkah kita seandainya fitnah itu kembali dan membinasakan diri kita? Juga media mengagungkan kewarakan kita keseluruh tanah-air disetiap waktu. Sehinggakan Kaum China dan Kaum India yang berlainan ugama juga murka bila kita dikatakan kafir.
Cuma kita perlu dipandang sangat Islam makanya bertaraf sangat Bumiputra.
Apakah Tuhan Islam dan Alam akan tunduk pada status Bumiputra itu?.
Sebanarnya Kafir itu maksudnya engkar pada pemilik alam, lalu durhaka bukannya keluar dari melayu atau bumiputra. Ketakutan kita lebih kepada tersingkir taraf bumiputra bukan tersingkir dari rahmat Tuhan..
Kekeliruan yang direstui masyarakat banyak tapi membinggungkan masyarakat malaikat2.
Tuhan juga telah lama diremehkan. Ulamak yang taat pada kita dinobatkan pula sebagai Wali Qhutub. Lebih anih golongan ulamak serta masyarakat bersetuju dengan anugerah kita lalu sangat akur jesteru menggununglah sanjungan. Cuma menunggu masa sesuai untuk diPertuhankan.
Tidakkah ulah kita yg sangat menghina Rasulullah danTuhannya?. Mengapa kita seberani itu dan ramai pula sekutu kita. Kelihatanlah permodenan sunnah jauh telah dipertingkatkan.
Sangat kita Khalifah berbudi. Berbagai bentuk bantuan kebelakang ini dihamburkan oleh Khalifah dengan setulus kasih dan cinta antaranya BRIM, sangatlah kita syukuri pekerti mulia. Dengarnya tersangatlah berusaha Khalifah menyamun untuk mendapatkan modal untuk bersedekah tadi. Syariat moden sedekah.
Menitis airmata rakyat miskin setelah sekian lama baru dianugerahkan rezeki. Walau Cuma dgn RM500 setahun utk mereka menukar ketaatan. Lalu kita pahatkan dalam ingatan rakyat agar sentiasa dihargai sedekah kita itu. Dicemuhlah Tuhan dan Rasulnya kerana tiada pernah mereka memberi RM!.
Lautan nikmat dan rahmat dari Tuhan melainkan bertaat juga kita pada musuhnya. Bagaimanakah kita mensyukuri keatas pinjaman kita, nyawa kita dan seluruhnya rezeki dari Tuhan? Bagaimana jika Cuma nafas dan angin dicatukan Tuhan?
Pernahkah Tuhan tiada pernah mempersoalkan pinjamannya maka kita perlecehkan? Tiadalah Tuhan pernah memerlukan undi-mu atas segala pinjamannya. Tiadalah manusia itu bermata dan tiadalah berbudi melainkan membenci kebenaran.
Tuhanlah penanggung yang memartabatkan Khalifah manusia dialam ini tapi dibebankan dgn sikap engkar kita makhluk pilihan. Maka dimuliakan serta diperlengkapkan kesempurnaan kepada manusia itu sebagai Raja Makhluk.
Walau malaikat dan makhluk lain keberatan dgn perintah Tuhan tersebut namun bersetuju juga. Tun Iblis tetap menegakkan penentangannya dan akan terus membuktikan manusia itu adalah setan yg mudah digelincirkan dan sekarang telah menjadi paling durhaka.
Megah dan sombong pula kita dgn kebodohan yang merugi hanya kerana disanjungi oleh golongan kita. Berebutan kita mengumpul umat dan pengaruhi demi menutupi kebenaran Tuhan.
Bahwa janganlah kamu berlaku sombong, dan datanglah kepadaku dgn menyerah diri. Surah An-Naml: 31
Kembalilah pd ugama (kehidupan) yg dikehendaki oleh tuhan dan rasul. Atau kekallah kita merugi dlm ugama sekarang.
Bersambung.......edited 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan