KONSEP PERTUHANAN

Isnin, 22 April 2013

KONSPIRASI TERHADAP SEJARAH



Sejarah manusia berkembang dan hanya dpt dibukukan untuk selama 10,000 tahun. Kononnya boleh dibuktikan sejarah manusia bermula dari lebih 3 juta tahun lalu dari awal manusia iaitu Nabi Adam. 

Maksudnya kita Cuma tahu sejarah manusia tak sampai 1%. Umno berumur agak tua hampir 70 tahun, terlalu mentah usianya dibandingkan tamaddun manusia sudah mempersendakan Tuhan iaitu sejarahnya.

Umpama nyamuk sangat kerdil yg hanya pusingan usianya 7 hari tapi darah manusia makanannya. Terlalu tinggi risiko selera dan cita2nya. Mampu pula dia menciptakan wabak pada kaum manusia kebelakangan ini.
  
KhabarnyaTuhan Maha Mengetahui. Ramai yg meragui sifat Tuhan yang dikatakan Maha Mengetahui, tiada kelihatan logiknya? Makanya diremehkan lalu dipersendakan.

Maka telah dipamirkan ilmu yang bersangatan tahunya untuk memimpin manusia menungkahi kehidupan namun terbuktilah sengsaranya.

Semuanya sependapat kononnya kita kini berada dihujung zamannya dunia. Semuanya bersetuju dunia ini akan berakhir.  Usahakan ubat agar tersambung hayat dunia dan berpanjangan?

Ramai bersetuju setiap yang hidup akan mati. Mungkin ada mahkamah Akhirat selepas itu. Maksudnya kalu mati boleh dielakkan maka tiadalah akhirat.

Meragui sama juga telah menafikannya. Cuma segan diluahkan namun buahnya kelihatan juga.

Tapi siapakah dapat membuktikan dimana permulaan dunia? Dimanakah akan kita kutip kebenaran sejarah dan ilmunya untuk kita kembali? Siapakah mengerti dan mahir fakta usul dunia yang kita tumpangi ini? Agar jumpa ubat yg dapat mengelakkan mati.

Jambatannya pernah kita bakar pula. Panduan pasti ada, Cuma disembunyikan.

Alam dan kemudiannya bumi ini telah disejahterakan iaitu islam semasa diujudkan lagi. Diperlengkapkan keperluannya oleh Yang Maha Mengetahui tanpa kekurangan. 

Awal makhluk telah bersaksi pada Tuhannya dan merekalah hamba. Manusialah menunjukkan jalan kemakmuran. Mengapa diantara kita memilih untuk berdusta?

1. Tuhan telah menentukan rancangannya lalu melaksanakan konsepnya dalam menjalankan seluruh alamnya termasuk matahari planet  bintang dan bumi.

2. Manusialah berjanji menerima amanah dan tugasannya. Kekuatan dari manakah yang kita ciptakan untuk kita khianati amanah itu?. 

3. Sebab itu kalau umur setahun jagung sudah bercita2 memijak kepala Tuhan maka senyum iblis. Jagung telah membuktikan baktinya pada manusia sehingga enak dimakan. Manusia itu enak berbohong dan berkhianat.

4. Terbukti benar dakwaan iblis bahawa setan manusia akan merosakkan alam ini dan memadamkan kesejahteraan alam kerana khianatnya.

5. Apakah kemuliaan yang dianugerahkan Tuhan pada manusia akan dipersia2kan lalu kecewalah Tuhan dan langit? 

Kecewa pasti namun tewas tidak. Tiada akan tuhan tewas pada makhluk termasuk nyamuk dan iblis kerana itulah Dia Maha Mengetahui. Kebenaranlah itu cahaya.

Bersambung ….rukun iman nadanya sederhana sekali, pertuhanan tidak. Edited 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan