KONSEP PERTUHANAN

Isnin, 22 April 2013

NAZAK PEDULI




Keluargaku;

1)   Ketawa mengekeh si iblis berguling-guling kegembiraan meraikan kejayaan mereka. Kita pun turut meraikan. Apakah kita akan meraikan kemenangan perjuangan iblis dan setan sekiranya kita berilmu?

2)   Apakah kita lupa usulnya iblis telah menentang dan mengatakan manusia itu hanya akan merosakkan dunia dan isinya dihadapan Tuhan dan makhluk lain.

3) Untuk sekian kalinya mereka telah berjaya membuktikan kedurhakaan manusia itu dan diberikan kemuliaan sebagai Khalifah itu satu kesilapan. .

4)   Manusia Adam ditimpakan suatu kelemahan iaitu kelupaan diasbabkan nafsu. Namun kerana nafsu jugalah kita dinamakan manusia. Sebenarnya Nafsu adalah infra tambahan utk menguatkan jasad tapi perlu pengawalan rapi.

5)   Kerana kelupaan itu berbagai kecelakaan telah kita undang lalu berperang dan berbunuhan sesama sendiri. Mulanya berbunuhan kerana wanita, kemudian kerana berebut kewilayahan, kebuluran, perbedaan ugama, perbedaan mazhab dan sbgnya.





a.  Maka Tuanlah menentukan cara berugama yg paling benar. Lalu disabitkan ugama selain menyanjung Tuan adalah kafir. Secara tidak lansung seluruh Rasul dan Nabi awal salah dan wajib diperangi. Sepertinya Tuhan cuai menurunkan kitab2 dan rasul2 sebelomnya.
b. Telah dinasihatkan oleh Rasul junjungan kita agar jangan berpecah. Hanya berbekal topeng mencintai Muhammad lalu Tuan khianati amanatnya. Tewaslah ajaran Muhammad dan ugamanya.
c.   Tambah hebat lagi Tuan menangi  umatnya, dah jadi umat Tuan, seterusnya Tuhan pula Tuan akan perdayakan. Gagahnya golongan Tuan.
d.     Keterlupaan membawa kpd hilang kesadaran tanpa rawatan. Firman Tuhan mengharamkan berbunuhan sesama makhluk dan islam juga Tuan pindakan. Tuan  fitnahkan Tuhan, tewas sudah Dia, hihihihi power tuan.

6)   Dalam kelesuan zaman yg hampir ke hujungnya, keengkaran disanjung. Nilai yang murni budaya awal, Tuan lupuskan. Sudah ketinggalan zaman kata Tuan. Kita tahu alam makin lesu dan umat pun turut lembab tidak bermaya berfikir dan terus Tuan perbodohkan. Lahirlah berbagai penyakit lesu termasuk lesu jantung.

7)   Syariat ugama yang usang disuntik nafas baru agar segar. Perlu mengikut perkembangan zaman atau dituduh kolot.
a.   Bukan syariat sahaja Tuan permodenkan konsep asas institusi berugama Tuan sulami fitnah agar kelihatan seperti penduduk setinggan, beriman kalau untung.  
b.   Maka tersasarlah ugama menuju luput. Mutlaklah kemenangan Tuan.Yang buruk diplastikkan agar cantik.  Yang asli dan lama Tuan tukar dengan yang baru dan palsu.
c.   Palsu itu indah lagi murah.! Pasti juga cepat rosaknya! Bergandalah keuntungan perniagaan Tuan.

8)   Alhamdulillah, dipujikan orang kuat iman Tuan berjemaah selalu di masjid. Kemana Tuan tuju ibadah dan doa tadi? Patutlah doa tak makbul, bala juga yg menyalang.  
a.   Dah sama2 tak peduli apa yang didoakan, persendaan!


9)   Kita bertakbir mendayu2 meraikan tahmid setiap Hari Raya. Mampukah Tuan memahami nasihat tahmid tersebut? Sudahkah kita peduli utk menyelami maksudnya? Pentingkah tahmid atau besar semata hanya  jamuannya?

Kenapa kita melalaikan nasihat Tuhan itu, jelas Tuanlah yg dimaksudkan oleh takbir dan tahmid itu.

Bersambung…..edited 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan